Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 29 Mac 2008

Buat sendiri antena GPS paling sensitif dan jimat

Gambar di bawah dari fail ARRL



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya masih bergerak dengan kerusi roda buat masa sekarang. Tak tahu apa nak buat.. terlalu bosan.

Kebetulan di kerusi roda ini ada satu mounting yang bolih saya letak GPS 276C saya. malangnya antenna yang terdapat padanya hanya dapat mengesan tidak lebih dari 4 isyarat satelit walaupun di kawasan terbuka.

2 Hari lepas selepas pulang dari rawatan di Hospital Pulau Pinang, ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya terlihat beberapa bot nelayan melalui bawah jambatan. Terpandang antenna GPSnya besar-besar. Semuanya berwarna putih dan besar macam cendawan. Idea mengarut mula muncul.

Carian dari internet memberi saya satu pelan antenna yang sangat bagus. Saya telah membinanya semalam dan hasilnya sensitiviti GPS saya meningkat sehingga 90%. Respon ke atas pengesanan satelit sangat pantas.. cuma 2 saat selepas GPS dibuka!.

Pagi tadi saya telah terjumpa magnet pada mini phone book yang banyak terjual di supermarket yang mana saya jadikan magnet mount antenna ini. Manakala penutup plastik nipis/ringan yang mana saya warnakan dengan menggunakan spray berwarna putih dan menambah tulisan GARMIN 276C padanya. Saling tak ubah seperti yang kormersil!!

Jika ada yang ingin cuba, boleh mendapatkan di bahagian 'file'. Anda boleh berjimat sehingga RM130 berbanding membeli yang kormersil. Kabel RG174 boleh diperoleh di Jalan Pasar. Pastikan setiap bilah antenna mempunyai kecondongan 45 darjah setiap satu bagi vertikal dan horizontal 90 darjah. Kepanjangan kabel hendaklah sependek yang boleh untuk mengurangkan loss.

Selamat mencuba!!

Dowload projek antena diatas kat sini

Berikan respon pada saya hasil buatan tangan anda. Kini antena tersebut diletakkan pada kerusi roda saya...


*Maaf, kamera tak ada untuk tunjukkan hasil ini
Related Posts with Thumbnails