Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku masih lagi terlantar di katil tetapi kali ini di Bukit Mertajam. Susah betul hidup tanpa anggota badan yang sempurna. Jangkaan cuti pula sehingga pertengahan Jun.
Seharian tadi siang melihat-lihat rumah kecil (setor) yang merangkap bengkel dan shack yang terbiar lama di luar rumah… 5 tahun ditinggalkan. Ah.. welding set yang sudah terbiar, radio TS440 yang masih lagi berfungsi, table drill yang berdebu dan banyak lagi. Dalam menanti saat-saat hari menjadi gelap tidak banyak yang boleh aku lakukan. Band di HF masih lagi sunyi.
Aku gerakkan juga tangan dan ensotkan badan merapati dinding rumah kecil itu. Aduh alangkah indahnya kalau isteriku doktor.. kan mudah menjaga aku, macam adik si Fahroe (hehe..).
Banyak salinan pelan-pelan antenna yang terbiar dan dimamah anai-anai. Semua tu aku salin semasa aku masih lagi mentah dalam hobi ini. Nama-nama seperti 9W2IP (khabarnya kini di Jerman), Pak Lang 9W2BA, Mr. Chin 9M2CW, Ujang 9W2AU, Hj, Idris serta banyak lagi banyak menyumbang pada koleksi ini.
Bosannya.. atau mungkin ini masanya aku boleh menulis tentang banyak peristiwa suka duka dalam dunia radio amatur? Mmm… menarik kan? Insyallah saya akan mencoretkan sesuatu terdekat ini.
Hingga jumpa lagi!!
p/s : Tempahan semua produk ditangguh sehingga saya sihat. Semua antenna 10M telah ditempah telah disiapkan serta dituntut dan jaminan dilanjutkan sehingga saya maklumkan kelak.
Anda adalah tetamu ke
blog ini.