Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 1 April 2008

Aku merindui kembali saat-saat itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah melurutkan segala perkakasan hobi yang saya ada di atas meja demi sekangkang tanah yang tak seberapa... kerinduan memiliki semula koleksi-koleksi ini kembali membuak lagi.

Posting saya di satu laman newsgroup sekadar dapat dijawab sayu oleh Abang Aziz. Pesawat yang dicari-cari amat sukar diperolehi walaupun sebagai barang terpakai dek kerana populasi pemegang lesen radio amatur kelas A semakin berkurangan. Bilangan mereka yang 'pergi' (maksud saya meninggalkan hobi ini yer.. hehe) terlalu besar nisbahnya dengan bilangan mereka yang masuk.

Gambar dibawah ini saya perolehi dari http://9w2zf.fotopages.com/?entry=84408&back=http://9w2zf.fotopages.com/?page=0 memberi seribu satu kenangan sejarah. Mereka majoriti dalam gambar ini telah pun tidak aktif dan ada yang telah meninggalkan kita. 9M2AA misalnya dan juga pemilik gambar ini. Saya juga hampir-hampir 'pergi'... Mungkin ada hikmahnya Allah memberi saya nyawa agar sujud padaNya.

(Saya yang memakai baju hitam Marine PUO).


Shack dalam kenangan...
Yang masih setia dengan saya di Pulau Meranti. Inilah yang saya usung ke hulu dan hilir.. tuner dan pesawat kecil tetapi berjasa.


Perasaan kepingin itu menebal tatkala saya di kampung ini. Sekadar hanya ditemani pesawat pemancar yang terlalu uzur kenwood TS440 (Pemberian 9M2FF) dan Redifon R551N (Pemberian 9M2SY) yang separuh berfungsi rupa-rupanya memberi satu perasaan bersyukur.
Kedua-dua pesawat ini mengingatkan saya erti kekurangan itu bukan halangan. Rakan-rakan saya terdahulu jauh lebih kekurangannya. Tapi mereka menjadikan kekurangan itu satu perangsang agar jauh lebih berjaya...mereka bangkit dari kekurangan!
Saya masih tersandar di kerusi roda ini..... memerhatikan radioku yang membuatkan saya merindui saat-saat itu...
73!
P/S: Terkilan tak dapat ikut Hj. Rashid 9M2RS dan 9W2SQ ke Lampung. Lawati http://www.qsl.net/9w2sq untuk gambar di sana.
Related Posts with Thumbnails