Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 26 Mac 2008

Laporan CW siri 1/2008-Apa yang terjadi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sedang menyiapkan kupasan mengenai lompang Akta Universiti Dan KolejUniversiti 1971 (dan peraturan-peraturan di bawahnya) dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) yang mengongkong pelajar menceburi persatuan-persatuan (radio amatur amnya). Idea saya terbantut seketika apabila menerima panggilan dari 9M2MGL mengenai keputusan peperiksaan CW siri 1/2008.

Apa yang menariknya calon 9W2HNY lulus setelah 2 kali mengambilnya. Moralnya, jika para pembaca telah pun mencuba sebelum ini tetapi gagal... adalah malu sekali anda tewas pada budak hingusan ini yang acapkali mengambil sehingga berjaya.

Saya masih lagi menyimpan gambar-gambar calon yang telah mengambil sebelum ini tetapi gagal. Hanya beberapa sahaja yang saya pangkahkan mukanya (macam cerita P.Ramlee “Enam Jahanam”) telah berjaya.. yang lain masih lagi menyorok disebalik pesawat pemancar VHF yang sudah berhabuk. Hehehe..

Kepada mereka yang telah gagal sebelum ini, harus ingat.. Orang yang gagal ialah mereka yang jatuh tetapi enggan bangun kembali. Anda akan dikenang sebagai satu sejarah kegagalan. Ini masanya anda mengubah sejarah itu.

Kelajuan CW telah sedikit diperbaiki dengan gap setiap huruf dipanjangkan untuk memberi masa calon berfikir menterjemah. Ambil peluang ini, mulakan dari sekarang. Jangan biarkan apa yang telah anda habiskan selama ini belajar berkarat begitu saja. Mulakan sekarang, September ini pasti akan mengukir senyuman anda kembali.

Jangan mimpikan bulan akan jatuh ke riba kerana ia ibaratkan pungguk rindukan bulan....

Keputusan penuh CW siri 1/208 di http://9m2mgl.blogspot.com

Terima Kasih.

**diambil dari http://jurukaka.blogspot.com



Gambar: Pemandangan Pertandingan CW di luar negara yang mana pesertanya adalah kaum Ibu.. bagaimana pula Malaysia? Hanya seorang sahaja calon dari warga wanita yang lulus CW dalam era MCMC, selepas MCMC berusia 10 tahun penubuhannya....


Related Posts with Thumbnails