Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 22 Mei 2007

Shack saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar buat semua pembaca. Minggu ini saya banyak menerima mel dari pembaca dari bernama Kamarul dan Reamy. Mereka juga lincah berbicara tentang kecenderungan mengkaji dan mendekati alam radio amatur. Bagus, saya amat menyokong minat tuan-tuan dalam mentelaah hobi ini. Seperti yang saya coretkan dalam tulisan yang lepas-lepas, menghayati hobi ini tidak semestinya melalui berkomunikasi semata-mata. Ianya juga boleh dihayati melalui aktiviti kemasyarakatan, pengujian serta pembinaan perkakasan, ujikaji dan sebagainya. Yang penting jika kita rasakan ianya adalah lebih memikat hati kita maka teruskanlah.

Oh ya... menjawab salah satu soalan dari satu lagi mel dari pembaca yang menggelarkan diri beliau Jejaka_polimas, kita tidak semestinya datang dari latar belakang yang berkait rapat dengan eletrik atau elektronik untuk mahir. Malahan tidak semestinya datang dari latar belakang graduan universiti untuk menjadi pakar. Saya juga tidak pernah merasai pengalaman memegang segulung ijazah malahan saya masih boleh menikmati hobi ini. Buat Jejaka_polimas, buangkan benda yang karut marut itu dan ayuh bersama-sama menyertai komuniti ini.

Saya agak sibuk minggu ini dengan scanner yang baru saya beli ini. Mungkin saya akan cuba menulis panjang nanti bila berkesempatan dengan topik-topik yang lebih realiti berkenaan hobi ini. Cuma ada beberapa gambar yang boleh saya kongsikan dengan para pembaca.... tentang saya dan shack saya :).

Ketika di tempat pengajian lama saya, salah satu monumen yang amat saya minati... Ianya memberi saya inspirasi berkecimpung dalam data komunikasi. (Dish ini ialah kegunaan makmal telekomunikasi untuk tujuan TVRO)



Gambar terakhir saya sebelum meninggalkan institusi pengajian ini. Gambar ini dirakam ketika hari konvokesyen saya. Saya masih mencari gambar ketika hari konvokesyen saya di PUO di mana saya bergambar di bawah menara antena yagi HF... entah di mana ya saya simpan?



Juga terdapat satu mel dari Anidawati dari Batu Pahat yang bertanyakan pada saya tentang 'shack' milik saya. Harap maaf Puan Anidawati, saya tidak dapat menyertakan gambar shack saya yang terkini atas sebab-sebab tertentu. Walaubagaimanapun mungkin 2 gambar ini mampu memberi gambara evolusi seorang warga radio amatur yang terhad sumber kewangannya hehehehe :).


Perhatikan gambar di atas. Di era penglibatan saya dalam dunia amatur (hujung 90an), saya tidak mampu memiliki pesawat pemancar di freq amatur. Hanya CB sahaja yang termampu.... :(
Gambar di bawah ialah shack saya ketika tahun pertama berhijrah ke ibu kota. Berkat bantuan rakan-rakan, GM950e diperingkatkan ke TM261. Oleh kerana faktor kewangan... shack saya masih bermejakan kotak air mineral..... :( (perhatikan, telefon bimbit yang saya beli RM700 masih lagi digunakan hingga kini :) )

Insyallah jika berkesempatan saya akan paparkan gambar shack terbaru saya, sudah tentu HF akan menggantikan pesawat VHF di atas ;)
Berikut ialah catatan komunikasi saya ketika di awal penglibatan saya dalam radio amatur (pengulang Bukit Genting dan pengulang Ulu Kali ) pada satu malam (tarikh tak ingat).. perhatikan, ketika dulu komunikasi di 2 meter agak meriah berbanding kini walhal bilangan pengamal radio amatur jauh berkali ganda dari dulu.


Demikian coretan saya kali ini..... masih banyak gambar yang perlu saya imbas minggu ini. sebelum saya mengakhiri tulisan saya, ada satu laman web yang mengimbas kembali nostalgia lama dan penuh berinformasi (ketika itu). Laman milik 9W2GR di http://sahak21.tripod.com/ atau terus ke http://sahak21.tripod.com/menu.htm di mana terdapat tips-tips melakukan asas pematerian yang betul dan projek-projek ringkas yang boleh dibina diwaktu lapang.
Itu saja dari saya buat kali ini. Semoga para pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera bersama keluarga. 73!!
Related Posts with Thumbnails