Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih pada pembaca bernama Asri atas nasihat beliau mengenai scanner yang sesuai untuk saya. Alhamdullillah saya berjaya menyalin semula negatif-negatif filem 35mm yang telah lama berada dalam simpanan saya. Di masa kini peralihan dari analog ke digital memudahkan kerja-kerja penyimpanan maklumat. Saya memilih Scanner Canon 440F, walaupun kualiti salinan negatif filem ke paparan kaca skrin kurang memuaskan ia mampu menjimatkan kos dari terpaksa mencetaknya di kedai gambar. Ops.. lupa saya, inikan blog amatur hahaha.... ulasan kualiti gambar scanner ini akan saya ulas ke fotopages.
Ok.. selepas menguji pengimbas ini, saya merasakan perlu mendokumenkan beberapa perihal radio amatur. Mmmm apa kata kad QSL dalam simpanan saya? dalam pencarian qsl kad yang berterabur, akhirnya saya menemukan beberapa keping qsl kad yang nyata memberi kenangan manis buat saya.
Ketika di Kelab Radio Amatur PUO, kedaifan kelab kami dapat dirasai setiap kali mengisi qsl kad selepas sesi berkomunikasi di HF. Qsl kad kami hanyalah kertas A4 yang difotokopi kandungannya. Setiap kertas mengandungi 3 QSL kad yang akan dipotong. Saya agak ragu-ragu pada mulanya... apakah benar ia akan sampai? hahahaha... :)
Pada pertama kali saya berkenalan dengan hobi ini, kad qsl pertama yang saya lihat ialah kad qsl milik PUO dimana tercetak gambar sekumpulan pelajar wanita yang mengenakan skaf (dan gambarnya agak kelihatan warna era 80an) mengelilingi seorang lelaki (pensyarah jepun) yang sedang mengendalikan sebuah Transceiver HF Kenwood besar. Malangnya saya tidak sempat merakamkan gambar kad itu. Di era saya, Qsl kad menjadi semakin nipis.. dengan sekeping kertas lembut ianya masih praktikal dan boleh sampai (kata Mr. Chin 9M2CW). :)
Ini ialah QSL kad milik kelab kami dulu... ringkas dan hanya menggunakan salinan mesin pendua sahaja.. hahahaha.... Suatu kenangan yang takkan saya lupakan. :)
Berikut pula ialah kandungan catatan di sebelah belakang kertas ini. Menurut maklumat rakan-rakan, ada juga yang berbalas. Mmmm... ok la tu.
Rupa-rupanya ada juga QSL kad yang kami terima jauh lebih daif dari kami. Ini termasuklah 'Acknowledge' kad (atau 'listening' kad) dari Short Wave Listener yang hanya menggunakan kertas biasa dan janaan komputer. hahahaha....berbaloi!
Juga tidak lupa koleksi kad-kad QSL dari Allhyarhan Hj. Idris, Hj. Yusof dan Pak Dollah yang saya dapati tidak bertarikh.
Perhatikan alamat Allahyarham Haji Idris, menurut beliau ini adalah antara kad-kad beliau diera 70an dan 80an.
Kad variasi kedua dalam koleksi saya ialah bercetak di atas kertas tebal berwarna hitam
Di belakang kad ini pula tercatat rekod perbualan saya dengan beliau. Perhatikan Tajuk, Masa GMT dan Poskod rumah beliau.
Juga dalam koleksi saya ialah kad QSL dari Pak Dollah. Saya masih teringat kenangan pertama kali bertemu dengan beliau di Jinjang.
Dan yang paling menarik ialah cop dibelakang kad ini yang mana ia ialah cop wajah Pak Dollah. Saya pada mulanya tidak perasan hinggalah saya melihat gambar beliau di dalam satu sisipan akhbar lama lewat tahun 1988 di suatu pameran amatur... tidak ubah. :)
Mmm... pengimbas pun nak disimpan semula... oh ya, ada satu lagi keratan yang sempat saya imbas. Gambar 3 orang ini. Mungkin ada rakan-rakan yang kenal? :)
Dan akhir sekali ialah contoh QSL kad milik saya. Sebenarnya terpulanglah pada para pembaca untuk menetapkan apakah gambar yang sesuai untuk QSL kad anda. Ada dikalangan warga amatur yang suka menggambarkan gambar yang boleh memberi 'trademark' lokasi, kebudayaan dan sebagainya. Contoh QSL kad milik seorang warga amatur:
Tetapi bahagian yang paling penting ialah di bahagian catatan kerana disitulah terdapatnya catatan mengenai rekod perbualan, callsign, masa, tarikh, kuasa yang digunakan, freq, mod transmisi dan maklumat-maklumat lain. Pemahaman para pembaca mungkin boleh dikembangkan dengan melawati laman http://www.astrosurf.com/luxorion/qsl-chasing.htm dan http://en.wikipedia.org/wiki/QSL_card .
Saya memasukkan elemen untuk Station amatur dan SWL sekali. Sudah tentu jika dulu mencetak QSL kad adalah terlalu mahal, kini ia tidak lagi merupakan halangan. Kos mencetak sudah murah dan mampu dibuat. Saya menggunakan foto paper yang dicetak di kedai gambar. Bagi saiz 4R jika cetakkan lebih 100 keping, kosnya hanya 30 sen sekeping (Central Market). Dan cetakkan dibelakang kad pula menggunakan pencetak inkjet di rumah. Murah kan? hahahaha..
Oklah... saya mungkin akan mengulas panjang tentang QSL kad ini nanti, banyak faedahnya jika anda rajin bertukar kad. Ia boleh dijadikan bukti komunikasi dengan sesuatu stesyen amatur, koleksi kad atau mungkin setem ataupun mungkin kenangan seperti anda memiliki koleksi album gambar keluarga... siapa tahu :)
Demikian... masih banyak lagi gambar yang perlu saya imbas... hingga kita jumpa lagi!! 73
Anda adalah tetamu ke
blog ini.