Salam sejahtera dan assalamuailaikum semua pembaca yang budiman.
Dalam menangani situasi kecemasan, sekiranya kita diminta oleh pihak keselamatan negara atau panggilan bantuan kebajikan untuk bergerak secara 'manpack' bersama-sama perkakasan pemancar kita ke tempat bencana dan sebagainya... apakah kita bersedia? Bagi mereka yang biasa sudah tentu akan menjawab 'mobile' (lebih kepada kenderaan 4 roda). Apa kata kalau tempat yang perlu diberi bantuan adalah tempat yang sukar dilalui oleh kenderaan beroda 4? sudah tentu berjalan kaki jawapannya. Kita terpaksa meredah belukar atau laluan berhalangan dalam usaha memberi bantuan (termasuk komunikasi).
Dalam menangani situasi kecemasan, sekiranya kita diminta oleh pihak keselamatan negara atau panggilan bantuan kebajikan untuk bergerak secara 'manpack' bersama-sama perkakasan pemancar kita ke tempat bencana dan sebagainya... apakah kita bersedia? Bagi mereka yang biasa sudah tentu akan menjawab 'mobile' (lebih kepada kenderaan 4 roda). Apa kata kalau tempat yang perlu diberi bantuan adalah tempat yang sukar dilalui oleh kenderaan beroda 4? sudah tentu berjalan kaki jawapannya. Kita terpaksa meredah belukar atau laluan berhalangan dalam usaha memberi bantuan (termasuk komunikasi).
Juru operator radio bergerak atau manpack
Persoalan demi persoalan ini kita boleh hamparkan dalam blog ini, mudah-mudahan ada dikalangan pembaca mempunyai idea yang tersendiri boleh dikongsi. Mengimbas kembali memori saya, ketika Hari Keluarga Marts beberapa tahun yang lepas, saya bertemu dengan sorang rakan Ham yang agak kreatif yang mana beliau menggabungkan transceiver 2m mobile, bateri 12v 7A/H dan telescopic antenna di dalam sebuah bekas plastik tupperware, diikat bersendeng di mana antenna telescopik tersebut diikat kemas menaik. Dari situlah saya sudah mula tertarik dengan teknik manpack.
Saya masih teringat 9W2JI berkata pada rakan ham tersebut (9W2HH), lebih mudah kalau ianya sebuah handie 2M, tapi bagi saya... ianya jauh lebih baik jika ianya sebuah perkakasan HF. Kemampuannya mungkin sama seperti seorang juru semboyan soldadu mengendalikan radio-radio taktikal seperti Racal atau Thompson-sapura di medan perang. Mari kita tinggalkan seketika VHF dan UHF tetapi kita beralih pada band-band ajaib yang mana 'line offside' dan kuasa pemancaran bukannya kriteria utama tetapi antenna dan propagation, iaitu HF di 80M, 40M dan 20M.
Binaan radio manpack banyak menjimatkan kuasa, perhatikan.. penalaan freq dilakukan secara mekanikal. Jika skrin LCD digunakan sudah tentu penggunaan kuasa bateri adalah banyak digunakan terutama dalam mod memantau.
Di masa kini terdapat pelbagai perangkat pesawat yang meliputi jalur-jalur utama pada semua mod emmission (AM, FM, LSB dan USB) (terutama HF) seperti Icom IC 706MkII, IC 703, manakal Yaesu pula dengan FT100D, FT 817ND, FT 857D, FT 897 manakala Kenwood dengan TS480 dan TS 50 (mungkin ada model lain yang saya tak dapat sebutkan), Model-model ini agak sesuai dibuat manpack kerana sifat-sifat mobiliti, kuasa, frekuensi dan kelasnya. Bagi saya, saya amat tertarik dengan 2 model ini iaitu IC 703 dan FT 817ND. Pertamanya bagi IC 703 ialah kerana binaan Unit Penalaan Antena Automatik (aATU) binaan dalam dan ianya bersifat QRP (kuasa pemancaran rendah).
Bagi saya QRP bukanlah suatu yang menjadi penghalang dalam pengeluaran kuasa pemacaran tetapi situasi utama ialah apabila kita berada dalam kawasan yang diluar punca kuasa elektrik, inilah cabarannya. Penggunaan kuasa yang rendah dan berat yang minima membuatkan ia sesuai di konfigurasi sebagai manpack. ATU pula adalah komponen penting dalam situasi QRP yang mana sesuatu pengendali akan cuba memanfaatkan kuasa pemancaran dikeluarkan sepenuhnya keluar melalui antenna melalui penalaan ATU. Walaupun Kuasa yang rendah, tetapi saya pasti isyarat dalam mode emission SSB pasti dapat didengari berbanding FM Manakala bagi Model Yaesu FT 817ND yang kecil agak sesuai juga dijadikan manpack. Ianya sama seperti model Icom IC 703 (10W) tetapi kuasanya hanya 5W.
Walaupun sedemikian, sekiranya saya diberi pilihan ketika kecemasan pesawat yang manakah yang menjadi kriteria samada yang paling kuat pemancaran atau yang paling sensitif penerimaan sudah tentu saya memilih yang sensitif tetapi kurang menggunakan kuasa ketika dalam mode receive. Demikian pesawat model ini yang mana ianya meliputi semua semua jalur termasuk VHF dan UHF, tidak seperti IC 706 yang tiada kedua-dua band. Saiz yang kecil dan kompartmen bateri binaan dalam agak sesuai dibawa kemana-mana. saiznya juga kecil dan amat mudah digandingkan dengan ATU kormesial atau homebrew, malahan input antenna juga terdapat didepan dan belakang. Strip tali boleh dipasang supaya pesawat ini boleh disendeng ke mana-mana.
Jadi, mari kita lihat bagaimana menggandingkan sesuatu pesawat di atas menjadi sebuah manpack. Apa yang perlu ialah beberapa segmen dalam sesuatu manpack. Pertamanya ialah transceiver, ATU (pilihan), Bateri 12V 7A/H (minima), Charger (pilihan) dan portable antenna (single band). Bahan-bahan di atas akan di susunatur di dalam sebuah beg yang telah diubahsuai untuk memegang komponen-komponen ini.
Berikut ialah lakaran yang saya salin dari seorang rakan ham yang sudi memberi gambaran pada saya tentang mekanisma sebuah manpack kampung homebrew bagi pesawat VHF.
Bagi ATU, terdapat pelbagai ATU QRP kormersil yang kecil ataupun homebrew, Saya pernah melihat seorang rakan saya berjaya merekacipta litar QRP ATU dengan meter penunjuk SWR adalah sebutir LED. ATU akan ditala sehingga LED menjadi paling terang (menunjukkan 100% kuasa pemancaran keluar). Ketika di dalam gelap, kami hanya bergantung pada penunjuk LED tersebut semasa menala sekaligus berjaya mengurangkan penggunaan kuasa bateri pada pesawat semata untuk menyalakan cahaya skrin pesawat.
Pada QRP ATU homebrew saya terdapat 2 penunjuk bacaan kuasa yang boleh dipilih samada penunjuk LED atau Meter (Racal).
Tetapi penggunaan ATU dapat dikurangkan sekiranya terdapat persefahaman antara stesyen utama dengan pembawa radio melalui penetapan frekuensi yang akan digunakan. Juru radio amatur akan membawa hanya antenna untuk band tersebut semasa operasi. Tetapi bagaimana pula jenis antenna yang sesuai untuk juru radio amatur yang meredah belukar? teleskopik antena mungkin sesuai tetapi jika anda berkendali di HF sudah tentu saiznya yang agak panjang dan mengganggu pergerakan pengendali manpack.
Di masa kini terdapat pelbagai pelbagai projek antenna manpack yang fleksibel misalnya seperti antenna yang diguna pakai pada model PRC 70 (Low VHF). Saya mendapat idea dan telah berjaya mencuba dengan mengaplikasikan suku gelombang dalam pembuatan antenna ini (yang saya perolehi dari internet), dengan menggunakan pita pengukur (dimasakini popular digunakan oleh peminat fox hunting) sebagai antenna.
Pita pengukur ini jika dilapiskan setebal 3 keping mampu menjadi fleksibel untuk sebuah antenna portable seperti yang digunakan pada PRC 70
Tetapi masalahnya ialah ianya sukar berdiri... saya cuba melapiskan tape pengukur ini sebanyak 5 lapis pita dan ianya berdiri... kemudian selepas dirivet setiap satu inci, saya salutkan dengan tiub getah boleh kecut (shrinkable tube), nah.... antenna ini sama seperti antenna PRC 70! dan ianya boleh dilipat dihujungnya kalau terlalu panjang semasa meredah belukar tanpa menjejaskan bacaan SWR yang besar. Terdapat satu lagi alternatif antenna manpack iaitu dengan menggunakan alluminium tongkat orang buta, dengan menggabungkan 2 3/4 tongkat orang buta juga anda boleh menghasilkan sebuah antenna untuk 40m band, apa yang istimewa ialah antenna ini boleh di rungkai menjadi lipatan kecil tetapi mudah dipasang disebabkan tarikan tali getahnya. Dan jika anda bertemu dengan kabel Andrew dari jenis helical juga boleh menghasilkan antenna portable. Lengkok luaran kabel helical ini memberi radiation patern yang cantik.
Bagi pengecas bateri portable yang saya maksudkan misalnya seperti model EKK yang kecil serta ringan dimana jika digabungkan dengan bateri di dalam manpack boleh membantu menjadi pengecas sekiranya sumber elektrik telah ditemui.
Demikianlah idea-idea yang boleh di ketengahkan, mungkin ada rakan-rakan yang mempunyai idea tersendiri, dipersilakan untuk menambah. Idea yang saya perolehi untuk menulis ini bermula apabila saya bertemu dengan laman ini http://www.powerportstore.com/WorldPack%20II%20AR.htm
Demikianlah idea-idea yang boleh di ketengahkan, mungkin ada rakan-rakan yang mempunyai idea tersendiri, dipersilakan untuk menambah. Idea yang saya perolehi untuk menulis ini bermula apabila saya bertemu dengan laman ini http://www.powerportstore.com/WorldPack%20II%20AR.htm
Manpack mini saya semasa di Muar
Manpack saya kini menggunakan Yaesu FT817ND bersama-sama dengan LDG Z100 Antenna TunerMudah-mudahan ada rakan yang berjaya membina manpack sendiri. Ianya bukan sahaja untuk kecemasan tetapi ianya berguna apabila kita mengadakan aktiviti luaran, IOTA, contest ataupun melancong.
Sekalung tahniah juga diucapkan bagi rakan-rakan yang telah berjaya meng 'homebrew' manpack sendiri. 9M2MP dengan homebrew manpack dari kerangkan mesin pemotong rumput, 9W2HH dengan manpack homebrew dari kerangka tupperware, 9W2WO dengan homebrew manpack dari kerangka PRC 70, 9W2ZV dengan homebrew manpack dari kerangka kayu (klasik) sebelum beralih ke kerangka Besi Trunking elektrikal, 9W2LRT dengan manpack homebrew dari kepingan tin dan banyak lagi rakan-rakan yang berjaya!! 73...
P/S: Kadangkala kita perlu kreatif.... :)