Anda adalah tetamu ke blog ini.

Sabtu, 12 Mei 2007

Sudahkah anda mencatatnya?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya terpanggil untuk memberi contoh kriteria buku log komunikasi yang dikehendaki mengikut garis panduan MCMC. Ianya bermula apabila saya menerima email dari saudara Roselan dari Machang. Beliau bertanyakan pelbagai soalan bertubi-tubi berkaitan Garis Panduan Radio Amatur MCMC.

Terpulang pada pembaca untuk menilai yang terbaik melalui peraturan, garis panduan dan arahan pihak berwajib. Yang penting ialah para pembaca mestilah membuat kajian terhadap sesuatu itu dengan teliti dan mematuhinya. Garispanduan ini ialah STANDARD YANG PALING MINIMUM YANG MESTI DIPATUHI.

Berbalik pada soalan Roselan, salah satu soalan beliau ialah apakah kelebihan menyimpan Buku Log Radio Amatur dan keperluannya?. Jawapan dari saya yang pertamanya ialah memiliki buku log yang sentiasa diisi adalah bukti yang menunjukkan yang kita pernah berkomunikasi dengan sesuatu stesyen amatur. Kadang kala ia membantu mengingatkan kita setiap kali bertemu dengan orang yang kita pernah berhubung. Buku log juga boleh menjadi buku alamat atau telefon yang mana ketika berkomunikasi, informasi yang diterima dicatat terus di bahagian catatan. Kadangkala ianya adalah kebanggaan kita kerana rekod-rekod komunikasi yang tercatat di dalamnya (terutamanya komunikasi jarak jauh).
Terdapat juga dibeberapa negara, terdapat 'AWARD' (anugerah) diberikan kepada individu amatur jika berjaya berqso dengan bilangan stesyen yang terbanyak melalui pembuktian buku log amatur. Dan yang paling penting ialah apabila seseorang menyertai 'contest' atau pertandingan, buku ini adalah sangat penting dalam permarkahan.
Saya kadangkala selepas berkomunikasi akan menghantar kad QSL dengan merujuk pada catatan buku log. Dengan catatan-catatan ini mampu membantu saya memastikan semua komunikasi dihantar kad QSL atau telah menerima kad QSL.
Adakalanya ketika berkomunikasi diudara, tangan gatal saya akan menconteng-conteng kertas dan buku log selalu menjadi mangsa :).
Dari segi kehendak MCMC pula, semua komunikasi hendaklah direkodkan di dalam satu buku secara bersiri nombor (nombor bilangan atau daftar komunikasi) dan disimpan sekurang-kurangnya 2 tahun terakhir. Semasa pemeriksaan stesyen radio amatur oleh pegawai MCMC, buku ini hendaklah di serahkan pada pegawai tersebut untuk disemak.
Dan apakah kandungan-kandungan yang perlu ada di dalam buku log? garis panduan ada menyatakan seperti di bawah:



Bagi mereka yang masih belum memiliki atau menyediakan buku log boleh mencuba menyediakan mengikut contoh-contoh buku log di bawah:



Buku log yang saya ambil dari Kenwood Logbook yang diberikan percuma sewaktu di Ipoh.



Buku log yang saya gunakan:


Demikian contoh-contoh yang saya berikan, semoga saudara Roselan mendapat ilham menyediakan buku log amatur yang sesuai dan memenuhi semua kehendak MCMC. Dan saya percaya, jika anda memulakan merekod komunikasi di dalam buku log pasti anda akan mengenal makin dalam rakan-rakan amatur yang pernah anda hubungi.
Dan juga bagi sesetengah warga amatur pasti akan mula mempelajari bagaimana menukar waktu tempatan kepada waktu GMT/UTC. Saya pada mulanya agak terkial-kial juga heheheeh :). alhamdullillah kini ianya semudah ABC hehehehe.....
Maaf kerana tidak dapat mengulas elemen-elemen yang perlu ada dalam buku log kerana saya kesuntukkan masa. Insyaallah jika ada kesempatan akan saya kemaskinikan. Hingga jumpa lagi!!! 73!
p/s: Pastikan buku log amatur anda sentiasa dikemaskini atau diisi. Memiliki buku log yang tidak dikemaskini atau diselenggara ibarat memiliki akurium yang cantik tetapi tidak ada ikan di dalamnya... fikir-fikirkan...... :)
Related Posts with Thumbnails