Minggu ini saya mempunyai kelapangan bertemu dengan Hj. Asri. Banyak teknik pencahayaan kamera yang dapat saya pelajari dari beliau. Mel elektronik saya penuh dengan email dari Dayang. Entah siapa ini.... Petang tadi saya ditegur pula oleh Fadhil tentang blog ini. Oh ya En. Fadhil, blog ini untuk pengetahuan anda mungkin tidak lagi diteruskan oleh kerana faktor masa.
Pertanyaan Fadhil mengingatkan saya pada beberapa keping gambar beliau dalam blog saya. Oh ya, juga perbualan saya dengan saudara Azlan dari Taiping semalam berkaitan CW. Kedua-dua rakan ini ada kaitannya.
Mengimbas kembali soal bahasa kod morse mengingatkan saya tentang penurunan bilangan calon CW yang lepas. Kajian yang sekadar luaran saya menunjukkan permasalahan yang sama masih berlegar dikalangan warga amatur yang akan mengambil CW.
Dapat saya simpulkan tahap persiapan yang lemah masih menjadi topik panas. Calon yang terlalu yakin lulus walaupun belajar dalam tempoh yang singkat masih berulang. Cikgu Rahman ada menyentuh bab ini berulang kali. CW mustahil dapat dipelajari dalam tempoh yang singkat kecuali anda adalah orang yang berdisiplin. Latihan latih tubi mestilah dilakukan mulai sekarang.
Mmmm.. saya agak malas mahu mengulas panjang kerana saya sudah menyentuh bab ini di bulan Februari lepas.
Ok, seperti biasa saya paparkan beberapa gambar di dalam koleksi saya. Ingat lagi tulisan saya tentang pertanyaan soalan panas dari pembaca pada saudari Hajar? tentang pameran radio amatur di Uitm Melaka, ikan bakar dan bla..bla..? Selepas pulang dari Melaka saya bergegas ke Janda Baik untuk bersama-sama rakan-rakan yang menghadiri kursus latih tubi CW. Alhamdullillah bagus, alangkah bertuah rakan-rakan ini kerana masih ada lagi kelas sebegini. Selepas ketiadaan Allahyarham Hj. Idris dan Pak Manan (Arau), saya dapat merasakan yang kelas-kelas sebegini agak sukar untuk dilaksanakan dek kerana tiada tenaga pengajar yang berkesudian.
Rupa-rupanya masih ada. Dengan harga yang berpatutan, kelas ini dimulakan oleh Pak Iskandar dilaksanakan di Petaling Jaya secara percuma. Kemudian pada kemuncak pembelajaran, calon-calon di Lembah Kelang dihimpunkan di Janda Baik (asalnya dicadangkan di Banting) dengan tenaga pengajar En. Rashid, En. Aziz, En. Zack, En. Shah dan lain-lain.
Cuma rata-rata calon yang hadir kurang bersedia maka tidak hairanlah ramai yang terpaksa mengambil masa mengamati bunyi-bunyian yang terhasil. Apapun tahniah diucapkanpada mereka yang mencuba, sekurang-kurangnya pada peperiksaan yang seterusnya pasti lebih matang dan bersedia. :)
Sungai yang jernih di hadapan lokasi kursus intensif CW dijalankan...
Kelihatan 4 orang rakan ham yang turut hadir memeriahkan keadaan.. En. Nik dengan gaya kampungnya hehehe...
Antara perkakasan yang digunakan semasa kursus. Saya dimaklumkan aktiviti komunikasi di HF juga dijalankan. Ia membantu calon membiasankan QSB di dalam menterjemahkan CW.
Kekunci skuis (squish) milik En. Zack
Permandangan kelas dengan rata-rata para pelajar memberi tumpuan.... iyer ker? Kelihatan 3 guru memberi bimbingan. En Rashid, En Zack dan En. Shah.
En. Shah memberi peringatan supaya para calon menggunakan memori ketika hari peperiksaan nanti.
Kelihatan juga 2 calon yang kelihatan tersenyum.. almaklumlah konform lulus heheheh... :)
Hari peperiksaan yang dinanti-nantikan pun tiba. Mungkin ada rakan-rakan yang bertanyakan kenapa harga kopi yang terdapat di MCMC mahal? hinggakan RM50 secawan.. hahahaha... maksudnya tersirat tetapi untuk tontonan rakan-rakan inilah kopi yangdimaksudkan. :)
Guru memerhati anak buah menduduki peperiksaan...
Salah seorang calon yang tewas... memerhatikan dari jauh rakannya berjuang untuk bergelar seorang warga ham 9M. Nasihat saya pada beliau jangan putus asa. Hari masih muda hehehehe...
Sementara menunggu keputusan akhir ujian samada calon yang lulus ujian menerima melepasi ujian menghantar, rakan-rakan ham lain berbincang tentang isu radio amatur di lobi. En. Zack bertanyakan tentang kelajuan penghantaran teks pada pengendali ujian sambil menunjukkan kelajuan tangan beliau mengetuk kekunci kod morse.. hehehehe...
Dan berakhir ujian kod morse yang keempat... bagi calon-calon yang tidak berjaya, jangan putus asa. Bagi yang berjaya selamat datang ke HF. :)
Buat para pembaca pula yang ingin mencuba, mulakan belajar CW sekarang juga. Dimaklumkan peperiksaan seterusnya ialah pada bulan September, jangkamasa waktu yang amat sesuai untuk menguasai CW. Ingat pepatah ini, Gagal bersedia adalah bersedia untuk Gagal. Fikir-fikirkan... CW adalah mudah dipelajari, terpulang pada anda samada mahu atau tidak... 73!!