Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 29 Mei 2007

Pasar Radio Amatur


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca.

Minggu ini saya dikejutkan dengan informasi dari saudara Mutalib dan Fadhil mengenai idea menganjurkan Pasar Radio Amatur. dijangkakan akan diadakan pada minggu pertama bulan Julai. Syabas! satu usaha yang baik. Ianya mengimbas kembali kenangan ketika diawal penglibatan saya dalam dunia amatur. Jarang sekali jualan seperti ini diadakan.

Kali pertama saya menyertai aktiviti ini ialah anjuran ASTRA lewat tahun 2002. Lelongan antenna, perkakasan radio dan sebagainya ketika itu di hoskan oleh 9W2TQ. Ianya bertujuan mengumpul dana kebajikan ASTRA dan berjaya mencapai matlamatnya. Pada malam itu saya membawa pulang antenna teleskopik, antenna mobile, 3 biji bateri Kenwood 234 dan sebatang antenna rubber duckie dengan hanya RM50!! Wujud situasi menang-menang. Dari sini saya merasakan pasar radio amatur jika diadakan tidaklah merugikan malahan membantu para penggiat radio amatur memiliki perkakasan radio dengan harga murah disamping penjual pula berjaya mendapatkan 'value' barangan terpakainya.

Jika dibandingkan dengan negara Indonesia, aktiviti ini kerap diadakan. Ia mampu menolong rakan-rakan sesama hobi melengkapkan impian di hati. Tidak kira dari segi permilikan, pertukaran ataupun pulangan hasil. Pasar ini merupakan satu tempat dimana para rakan amatur menjual segala perkakasan peribadi yang mahu dilepaskan seperti transceiver, receiver, ATU, Final Amp, Antenna dan sebagainya. Malahan komponen elektronik yang bernilai untuk aktiviti homebrew juga dijual.

Jualan juga tidak terhad pada perkakasan terpakai malahan buku-buku, majalah berkaitan radio amatur, barangan homebrew dan perkhidmatan pemprograman radio atau penalaan semula radio juga boleh di jaja. Asalkan semua ini mestilah berkaitan radio amatur.

Saya akan kitarkan semula mesej di dalam mel petang tadi untuk tatapan para pembaca.:-

Sekarang kita bagi tumpuan pada jualan pada bulan Julai nanti. Saya harap pihak penganjur dapat memaklumkan pada rakan-rakan Marts dan ASTRA untuk ikut serta.

Last AGM di penang saya terjumpa 9M2TO iklankan Kenwood TS950 (wow!!) tip top condition dan Icom 706 Japan version + Tuner dengan harga berpatutan. Jgn lupa jemput beliau. Shah_Lawyer juga boleh iklankan HF transceiver beliau jika belum terjual.Lokman LRT juga boleh iklankan Mobile set beliau IC2200 dengan harga 'terbakar' hehehe.. Juga pihak penganjur jangan lupa ajak sekali Bapak Mas Syukur atau 9w2ZAJ buka satu boot.

Pak haji Rashid mungkin juga nak let go Roller ATU dan HF Final beliau 1000Watt, kalau tak silap saya dengan Tower dah Yagi Antenna sekali kot (please konform haji) hehehe..Pak Kamsol, mungkin ini masanya nak kemaskan almari anda, Alinco DR 70 HF + Tuner manual, wifi mat grid antenna dan sebagainya, handie dalam koleksi anda mungkin.. :p hehehe

Dr. Kamil mungkin ada antenna berbentuk bulat tempoh hari jenama MFJ Q ***** yang nak dijual? atau barang terpakai lain seperti ATAS 120 yang rosak tempohari sesuai dengan harganya.Dexter, dengan khabarnya awak nak jual antenna homebrew?Juga tidak lupa rakan-rakan yang lain yang ingin menjual antenna mobile yang tak pernah pakai. Atau speaker?Barang-barang yang ingin dijual tidak semestinya barang baru, ia boleh jadi barang terpakai, barangan homebrew (industri kecil dan belakang rumah hehehe), barang yang rosak tetapi ada potensi diperbaiki atau diubahsuai menjadi barang lain.

Juga pelbagai perkhidmatan seperti memprogram radio, membuat sticker. Juga T-shirt bercetak motif radio amatur atau cenderahati. Bagi peminat pengumpul pesawat pemancar amatur, mungkin boleh memperolehi handie yang jarang dilihat iaitu Icom W21AT dan 2iA, itupun jika rakan ini ikut serta.Pihak penganjur harap semasa ke semasa maklumkan dalam newsgroup ini dan newsgroup sahabat komuniti ham yang lain barang-barang 'panas' yang akan dijual untuk menyemarakkan suasana. Bateri? Interface Box? etc.

Selain penyertaan, bilangan pengunjung pada hari tersebut juga harapnya ramai... dengan pengiklanan yang berterusan disamping barang-barang tumpuan ramai pasti membantu.Lawati laman ini untuk membaca komen lajut saya tentang Flea Market."Masa untuk menentukan 'value' perkakasan radio anda" :)




Sedikit gambar dari koleksi saya, berikut ialah antara jualan rakan-rakan radio di beberapa aktiviti yang pernah saya hadiri.



Pelbagai Mic PTT handie, Dummy load dan antenna dijual.

Antena berjenama


Hingga jenama dari siam juga dijual


Juga pesawat pemancar pelbagai pilihan


Konsep jualan terbuka adalah cara terbaik bagi Pasar Radio Amatur


Untuk barang-barang terpakai juga boleh dijual dengan cara ini. Gambar dari aktiviti rakan amatur luar negara mungkin dapat memberi gambaran pada para pembaca.

Terbuka.. sambil bersantai..

Jika anda rasakan ianya boleh dijual, ayuh bawakan pada hari tersebut. Perhatikan, telefon juga ada nilainya :)
Komponen-komponen terlerai ini mungkin boleh menjadi bahan lain untuk di'homebrew' pada mereka yang kreatif. :)

Demikian tulisan saya. Jika anda berminat untuk menyertai Pasar Radio Amataur, sila hubungi Fahroe di fahroe(a)fahroe.com atau ninjaz_boyz(a)yahoo.co.uk . Saya mungkin agak kesibukan selepas ini untuk mengemaskinikan laman ini.
Hingga jumpa lagi 73!!


Ahad, 27 Mei 2007

Gagal Bersedia Adalah Bersedia Untuk Gagal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca.

Minggu ini saya mempunyai kelapangan bertemu dengan Hj. Asri. Banyak teknik pencahayaan kamera yang dapat saya pelajari dari beliau. Mel elektronik saya penuh dengan email dari Dayang. Entah siapa ini.... Petang tadi saya ditegur pula oleh Fadhil tentang blog ini. Oh ya En. Fadhil, blog ini untuk pengetahuan anda mungkin tidak lagi diteruskan oleh kerana faktor masa.

Pertanyaan Fadhil mengingatkan saya pada beberapa keping gambar beliau dalam blog saya. Oh ya, juga perbualan saya dengan saudara Azlan dari Taiping semalam berkaitan CW. Kedua-dua rakan ini ada kaitannya.

Mengimbas kembali soal bahasa kod morse mengingatkan saya tentang penurunan bilangan calon CW yang lepas. Kajian yang sekadar luaran saya menunjukkan permasalahan yang sama masih berlegar dikalangan warga amatur yang akan mengambil CW.

Dapat saya simpulkan tahap persiapan yang lemah masih menjadi topik panas. Calon yang terlalu yakin lulus walaupun belajar dalam tempoh yang singkat masih berulang. Cikgu Rahman ada menyentuh bab ini berulang kali. CW mustahil dapat dipelajari dalam tempoh yang singkat kecuali anda adalah orang yang berdisiplin. Latihan latih tubi mestilah dilakukan mulai sekarang.

Mmmm.. saya agak malas mahu mengulas panjang kerana saya sudah menyentuh bab ini di bulan Februari lepas.

Ok, seperti biasa saya paparkan beberapa gambar di dalam koleksi saya. Ingat lagi tulisan saya tentang pertanyaan soalan panas dari pembaca pada saudari Hajar? tentang pameran radio amatur di Uitm Melaka, ikan bakar dan bla..bla..? Selepas pulang dari Melaka saya bergegas ke Janda Baik untuk bersama-sama rakan-rakan yang menghadiri kursus latih tubi CW. Alhamdullillah bagus, alangkah bertuah rakan-rakan ini kerana masih ada lagi kelas sebegini. Selepas ketiadaan Allahyarham Hj. Idris dan Pak Manan (Arau), saya dapat merasakan yang kelas-kelas sebegini agak sukar untuk dilaksanakan dek kerana tiada tenaga pengajar yang berkesudian.

Rupa-rupanya masih ada. Dengan harga yang berpatutan, kelas ini dimulakan oleh Pak Iskandar dilaksanakan di Petaling Jaya secara percuma. Kemudian pada kemuncak pembelajaran, calon-calon di Lembah Kelang dihimpunkan di Janda Baik (asalnya dicadangkan di Banting) dengan tenaga pengajar En. Rashid, En. Aziz, En. Zack, En. Shah dan lain-lain.

Cuma rata-rata calon yang hadir kurang bersedia maka tidak hairanlah ramai yang terpaksa mengambil masa mengamati bunyi-bunyian yang terhasil. Apapun tahniah diucapkanpada mereka yang mencuba, sekurang-kurangnya pada peperiksaan yang seterusnya pasti lebih matang dan bersedia. :)

Sungai yang jernih di hadapan lokasi kursus intensif CW dijalankan...



Kelihatan 4 orang rakan ham yang turut hadir memeriahkan keadaan.. En. Nik dengan gaya kampungnya hehehe...


Antara perkakasan yang digunakan semasa kursus. Saya dimaklumkan aktiviti komunikasi di HF juga dijalankan. Ia membantu calon membiasankan QSB di dalam menterjemahkan CW.


Kekunci skuis (squish) milik En. Zack



Permandangan kelas dengan rata-rata para pelajar memberi tumpuan.... iyer ker? Kelihatan 3 guru memberi bimbingan. En Rashid, En Zack dan En. Shah.

En. Shah memberi peringatan supaya para calon menggunakan memori ketika hari peperiksaan nanti.

Kelihatan juga 2 calon yang kelihatan tersenyum.. almaklumlah konform lulus heheheh... :)

Hari peperiksaan yang dinanti-nantikan pun tiba. Mungkin ada rakan-rakan yang bertanyakan kenapa harga kopi yang terdapat di MCMC mahal? hinggakan RM50 secawan.. hahahaha... maksudnya tersirat tetapi untuk tontonan rakan-rakan inilah kopi yangdimaksudkan. :)

Guru memerhati anak buah menduduki peperiksaan...

Salah seorang calon yang tewas... memerhatikan dari jauh rakannya berjuang untuk bergelar seorang warga ham 9M. Nasihat saya pada beliau jangan putus asa. Hari masih muda hehehehe...

Sementara menunggu keputusan akhir ujian samada calon yang lulus ujian menerima melepasi ujian menghantar, rakan-rakan ham lain berbincang tentang isu radio amatur di lobi. En. Zack bertanyakan tentang kelajuan penghantaran teks pada pengendali ujian sambil menunjukkan kelajuan tangan beliau mengetuk kekunci kod morse.. hehehehe...

Dan berakhir ujian kod morse yang keempat... bagi calon-calon yang tidak berjaya, jangan putus asa. Bagi yang berjaya selamat datang ke HF. :)

Buat para pembaca pula yang ingin mencuba, mulakan belajar CW sekarang juga. Dimaklumkan peperiksaan seterusnya ialah pada bulan September, jangkamasa waktu yang amat sesuai untuk menguasai CW. Ingat pepatah ini, Gagal bersedia adalah bersedia untuk Gagal. Fikir-fikirkan... CW adalah mudah dipelajari, terpulang pada anda samada mahu atau tidak... 73!!




Selasa, 22 Mei 2007

Shack saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar buat semua pembaca. Minggu ini saya banyak menerima mel dari pembaca dari bernama Kamarul dan Reamy. Mereka juga lincah berbicara tentang kecenderungan mengkaji dan mendekati alam radio amatur. Bagus, saya amat menyokong minat tuan-tuan dalam mentelaah hobi ini. Seperti yang saya coretkan dalam tulisan yang lepas-lepas, menghayati hobi ini tidak semestinya melalui berkomunikasi semata-mata. Ianya juga boleh dihayati melalui aktiviti kemasyarakatan, pengujian serta pembinaan perkakasan, ujikaji dan sebagainya. Yang penting jika kita rasakan ianya adalah lebih memikat hati kita maka teruskanlah.

Oh ya... menjawab salah satu soalan dari satu lagi mel dari pembaca yang menggelarkan diri beliau Jejaka_polimas, kita tidak semestinya datang dari latar belakang yang berkait rapat dengan eletrik atau elektronik untuk mahir. Malahan tidak semestinya datang dari latar belakang graduan universiti untuk menjadi pakar. Saya juga tidak pernah merasai pengalaman memegang segulung ijazah malahan saya masih boleh menikmati hobi ini. Buat Jejaka_polimas, buangkan benda yang karut marut itu dan ayuh bersama-sama menyertai komuniti ini.

Saya agak sibuk minggu ini dengan scanner yang baru saya beli ini. Mungkin saya akan cuba menulis panjang nanti bila berkesempatan dengan topik-topik yang lebih realiti berkenaan hobi ini. Cuma ada beberapa gambar yang boleh saya kongsikan dengan para pembaca.... tentang saya dan shack saya :).

Ketika di tempat pengajian lama saya, salah satu monumen yang amat saya minati... Ianya memberi saya inspirasi berkecimpung dalam data komunikasi. (Dish ini ialah kegunaan makmal telekomunikasi untuk tujuan TVRO)



Gambar terakhir saya sebelum meninggalkan institusi pengajian ini. Gambar ini dirakam ketika hari konvokesyen saya. Saya masih mencari gambar ketika hari konvokesyen saya di PUO di mana saya bergambar di bawah menara antena yagi HF... entah di mana ya saya simpan?



Juga terdapat satu mel dari Anidawati dari Batu Pahat yang bertanyakan pada saya tentang 'shack' milik saya. Harap maaf Puan Anidawati, saya tidak dapat menyertakan gambar shack saya yang terkini atas sebab-sebab tertentu. Walaubagaimanapun mungkin 2 gambar ini mampu memberi gambara evolusi seorang warga radio amatur yang terhad sumber kewangannya hehehehe :).


Perhatikan gambar di atas. Di era penglibatan saya dalam dunia amatur (hujung 90an), saya tidak mampu memiliki pesawat pemancar di freq amatur. Hanya CB sahaja yang termampu.... :(
Gambar di bawah ialah shack saya ketika tahun pertama berhijrah ke ibu kota. Berkat bantuan rakan-rakan, GM950e diperingkatkan ke TM261. Oleh kerana faktor kewangan... shack saya masih bermejakan kotak air mineral..... :( (perhatikan, telefon bimbit yang saya beli RM700 masih lagi digunakan hingga kini :) )

Insyallah jika berkesempatan saya akan paparkan gambar shack terbaru saya, sudah tentu HF akan menggantikan pesawat VHF di atas ;)
Berikut ialah catatan komunikasi saya ketika di awal penglibatan saya dalam radio amatur (pengulang Bukit Genting dan pengulang Ulu Kali ) pada satu malam (tarikh tak ingat).. perhatikan, ketika dulu komunikasi di 2 meter agak meriah berbanding kini walhal bilangan pengamal radio amatur jauh berkali ganda dari dulu.


Demikian coretan saya kali ini..... masih banyak gambar yang perlu saya imbas minggu ini. sebelum saya mengakhiri tulisan saya, ada satu laman web yang mengimbas kembali nostalgia lama dan penuh berinformasi (ketika itu). Laman milik 9W2GR di http://sahak21.tripod.com/ atau terus ke http://sahak21.tripod.com/menu.htm di mana terdapat tips-tips melakukan asas pematerian yang betul dan projek-projek ringkas yang boleh dibina diwaktu lapang.
Itu saja dari saya buat kali ini. Semoga para pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera bersama keluarga. 73!!

Jumaat, 18 Mei 2007

Kad merah dalam kenangan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih pada pembaca bernama Asri atas nasihat beliau mengenai scanner yang sesuai untuk saya. Alhamdullillah saya berjaya menyalin semula negatif-negatif filem 35mm yang telah lama berada dalam simpanan saya. Di masa kini peralihan dari analog ke digital memudahkan kerja-kerja penyimpanan maklumat. Saya memilih Scanner Canon 440F, walaupun kualiti salinan negatif filem ke paparan kaca skrin kurang memuaskan ia mampu menjimatkan kos dari terpaksa mencetaknya di kedai gambar. Ops.. lupa saya, inikan blog amatur hahaha.... ulasan kualiti gambar scanner ini akan saya ulas ke fotopages.

Ok.. selepas menguji pengimbas ini, saya merasakan perlu mendokumenkan beberapa perihal radio amatur. Mmmm apa kata kad QSL dalam simpanan saya? dalam pencarian qsl kad yang berterabur, akhirnya saya menemukan beberapa keping qsl kad yang nyata memberi kenangan manis buat saya.

Ketika di Kelab Radio Amatur PUO, kedaifan kelab kami dapat dirasai setiap kali mengisi qsl kad selepas sesi berkomunikasi di HF. Qsl kad kami hanyalah kertas A4 yang difotokopi kandungannya. Setiap kertas mengandungi 3 QSL kad yang akan dipotong. Saya agak ragu-ragu pada mulanya... apakah benar ia akan sampai? hahahaha... :)

Pada pertama kali saya berkenalan dengan hobi ini, kad qsl pertama yang saya lihat ialah kad qsl milik PUO dimana tercetak gambar sekumpulan pelajar wanita yang mengenakan skaf (dan gambarnya agak kelihatan warna era 80an) mengelilingi seorang lelaki (pensyarah jepun) yang sedang mengendalikan sebuah Transceiver HF Kenwood besar. Malangnya saya tidak sempat merakamkan gambar kad itu. Di era saya, Qsl kad menjadi semakin nipis.. dengan sekeping kertas lembut ianya masih praktikal dan boleh sampai (kata Mr. Chin 9M2CW). :)

Ini ialah QSL kad milik kelab kami dulu... ringkas dan hanya menggunakan salinan mesin pendua sahaja.. hahahaha.... Suatu kenangan yang takkan saya lupakan. :)


Berikut pula ialah kandungan catatan di sebelah belakang kertas ini. Menurut maklumat rakan-rakan, ada juga yang berbalas. Mmmm... ok la tu.



Rupa-rupanya ada juga QSL kad yang kami terima jauh lebih daif dari kami. Ini termasuklah 'Acknowledge' kad (atau 'listening' kad) dari Short Wave Listener yang hanya menggunakan kertas biasa dan janaan komputer. hahahaha....berbaloi!

Juga tidak lupa koleksi kad-kad QSL dari Allhyarhan Hj. Idris, Hj. Yusof dan Pak Dollah yang saya dapati tidak bertarikh.

Perhatikan alamat Allahyarham Haji Idris, menurut beliau ini adalah antara kad-kad beliau diera 70an dan 80an.



Kad variasi kedua dalam koleksi saya ialah bercetak di atas kertas tebal berwarna hitam



Di belakang kad ini pula tercatat rekod perbualan saya dengan beliau. Perhatikan Tajuk, Masa GMT dan Poskod rumah beliau.



Juga dalam koleksi saya ialah kad QSL dari Pak Dollah. Saya masih teringat kenangan pertama kali bertemu dengan beliau di Jinjang.



Dan yang paling menarik ialah cop dibelakang kad ini yang mana ia ialah cop wajah Pak Dollah. Saya pada mulanya tidak perasan hinggalah saya melihat gambar beliau di dalam satu sisipan akhbar lama lewat tahun 1988 di suatu pameran amatur... tidak ubah. :)




Mmm... pengimbas pun nak disimpan semula... oh ya, ada satu lagi keratan yang sempat saya imbas. Gambar 3 orang ini. Mungkin ada rakan-rakan yang kenal? :)



Dan akhir sekali ialah contoh QSL kad milik saya. Sebenarnya terpulanglah pada para pembaca untuk menetapkan apakah gambar yang sesuai untuk QSL kad anda. Ada dikalangan warga amatur yang suka menggambarkan gambar yang boleh memberi 'trademark' lokasi, kebudayaan dan sebagainya. Contoh QSL kad milik seorang warga amatur:

Tetapi bahagian yang paling penting ialah di bahagian catatan kerana disitulah terdapatnya catatan mengenai rekod perbualan, callsign, masa, tarikh, kuasa yang digunakan, freq, mod transmisi dan maklumat-maklumat lain. Pemahaman para pembaca mungkin boleh dikembangkan dengan melawati laman http://www.astrosurf.com/luxorion/qsl-chasing.htm dan http://en.wikipedia.org/wiki/QSL_card .


Saya memasukkan elemen untuk Station amatur dan SWL sekali. Sudah tentu jika dulu mencetak QSL kad adalah terlalu mahal, kini ia tidak lagi merupakan halangan. Kos mencetak sudah murah dan mampu dibuat. Saya menggunakan foto paper yang dicetak di kedai gambar. Bagi saiz 4R jika cetakkan lebih 100 keping, kosnya hanya 30 sen sekeping (Central Market). Dan cetakkan dibelakang kad pula menggunakan pencetak inkjet di rumah. Murah kan? hahahaha..
Oklah... saya mungkin akan mengulas panjang tentang QSL kad ini nanti, banyak faedahnya jika anda rajin bertukar kad. Ia boleh dijadikan bukti komunikasi dengan sesuatu stesyen amatur, koleksi kad atau mungkin setem ataupun mungkin kenangan seperti anda memiliki koleksi album gambar keluarga... siapa tahu :)
Demikian... masih banyak lagi gambar yang perlu saya imbas... hingga kita jumpa lagi!! 73


Sabtu, 12 Mei 2007

Sudahkah anda mencatatnya?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya terpanggil untuk memberi contoh kriteria buku log komunikasi yang dikehendaki mengikut garis panduan MCMC. Ianya bermula apabila saya menerima email dari saudara Roselan dari Machang. Beliau bertanyakan pelbagai soalan bertubi-tubi berkaitan Garis Panduan Radio Amatur MCMC.

Terpulang pada pembaca untuk menilai yang terbaik melalui peraturan, garis panduan dan arahan pihak berwajib. Yang penting ialah para pembaca mestilah membuat kajian terhadap sesuatu itu dengan teliti dan mematuhinya. Garispanduan ini ialah STANDARD YANG PALING MINIMUM YANG MESTI DIPATUHI.

Berbalik pada soalan Roselan, salah satu soalan beliau ialah apakah kelebihan menyimpan Buku Log Radio Amatur dan keperluannya?. Jawapan dari saya yang pertamanya ialah memiliki buku log yang sentiasa diisi adalah bukti yang menunjukkan yang kita pernah berkomunikasi dengan sesuatu stesyen amatur. Kadang kala ia membantu mengingatkan kita setiap kali bertemu dengan orang yang kita pernah berhubung. Buku log juga boleh menjadi buku alamat atau telefon yang mana ketika berkomunikasi, informasi yang diterima dicatat terus di bahagian catatan. Kadangkala ianya adalah kebanggaan kita kerana rekod-rekod komunikasi yang tercatat di dalamnya (terutamanya komunikasi jarak jauh).
Terdapat juga dibeberapa negara, terdapat 'AWARD' (anugerah) diberikan kepada individu amatur jika berjaya berqso dengan bilangan stesyen yang terbanyak melalui pembuktian buku log amatur. Dan yang paling penting ialah apabila seseorang menyertai 'contest' atau pertandingan, buku ini adalah sangat penting dalam permarkahan.
Saya kadangkala selepas berkomunikasi akan menghantar kad QSL dengan merujuk pada catatan buku log. Dengan catatan-catatan ini mampu membantu saya memastikan semua komunikasi dihantar kad QSL atau telah menerima kad QSL.
Adakalanya ketika berkomunikasi diudara, tangan gatal saya akan menconteng-conteng kertas dan buku log selalu menjadi mangsa :).
Dari segi kehendak MCMC pula, semua komunikasi hendaklah direkodkan di dalam satu buku secara bersiri nombor (nombor bilangan atau daftar komunikasi) dan disimpan sekurang-kurangnya 2 tahun terakhir. Semasa pemeriksaan stesyen radio amatur oleh pegawai MCMC, buku ini hendaklah di serahkan pada pegawai tersebut untuk disemak.
Dan apakah kandungan-kandungan yang perlu ada di dalam buku log? garis panduan ada menyatakan seperti di bawah:



Bagi mereka yang masih belum memiliki atau menyediakan buku log boleh mencuba menyediakan mengikut contoh-contoh buku log di bawah:



Buku log yang saya ambil dari Kenwood Logbook yang diberikan percuma sewaktu di Ipoh.



Buku log yang saya gunakan:


Demikian contoh-contoh yang saya berikan, semoga saudara Roselan mendapat ilham menyediakan buku log amatur yang sesuai dan memenuhi semua kehendak MCMC. Dan saya percaya, jika anda memulakan merekod komunikasi di dalam buku log pasti anda akan mengenal makin dalam rakan-rakan amatur yang pernah anda hubungi.
Dan juga bagi sesetengah warga amatur pasti akan mula mempelajari bagaimana menukar waktu tempatan kepada waktu GMT/UTC. Saya pada mulanya agak terkial-kial juga heheheeh :). alhamdullillah kini ianya semudah ABC hehehehe.....
Maaf kerana tidak dapat mengulas elemen-elemen yang perlu ada dalam buku log kerana saya kesuntukkan masa. Insyaallah jika ada kesempatan akan saya kemaskinikan. Hingga jumpa lagi!!! 73!
p/s: Pastikan buku log amatur anda sentiasa dikemaskini atau diisi. Memiliki buku log yang tidak dikemaskini atau diselenggara ibarat memiliki akurium yang cantik tetapi tidak ada ikan di dalamnya... fikir-fikirkan...... :)

Isnin, 7 Mei 2007

Kuasa mobiliti di tangan anda

Salam sejahtera dan assalamuailaikum semua pembaca yang budiman.

Dalam menangani situasi kecemasan, sekiranya kita diminta oleh pihak keselamatan negara atau panggilan bantuan kebajikan untuk bergerak secara 'manpack' bersama-sama perkakasan pemancar kita ke tempat bencana dan sebagainya... apakah kita bersedia? Bagi mereka yang biasa sudah tentu akan menjawab 'mobile' (lebih kepada kenderaan 4 roda). Apa kata kalau tempat yang perlu diberi bantuan adalah tempat yang sukar dilalui oleh kenderaan beroda 4? sudah tentu berjalan kaki jawapannya. Kita terpaksa meredah belukar atau laluan berhalangan dalam usaha memberi bantuan (termasuk komunikasi).

Juru operator radio bergerak atau manpack

Persoalan demi persoalan ini kita boleh hamparkan dalam blog ini, mudah-mudahan ada dikalangan pembaca mempunyai idea yang tersendiri boleh dikongsi. Mengimbas kembali memori saya, ketika Hari Keluarga Marts beberapa tahun yang lepas, saya bertemu dengan sorang rakan Ham yang agak kreatif yang mana beliau menggabungkan transceiver 2m mobile, bateri 12v 7A/H dan telescopic antenna di dalam sebuah bekas plastik tupperware, diikat bersendeng di mana antenna telescopik tersebut diikat kemas menaik. Dari situlah saya sudah mula tertarik dengan teknik manpack.

Saya masih teringat 9W2JI berkata pada rakan ham tersebut (9W2HH), lebih mudah kalau ianya sebuah handie 2M, tapi bagi saya... ianya jauh lebih baik jika ianya sebuah perkakasan HF. Kemampuannya mungkin sama seperti seorang juru semboyan soldadu mengendalikan radio-radio taktikal seperti Racal atau Thompson-sapura di medan perang. Mari kita tinggalkan seketika VHF dan UHF tetapi kita beralih pada band-band ajaib yang mana 'line offside' dan kuasa pemancaran bukannya kriteria utama tetapi antenna dan propagation, iaitu HF di 80M, 40M dan 20M.
Binaan radio manpack banyak menjimatkan kuasa, perhatikan.. penalaan freq dilakukan secara mekanikal. Jika skrin LCD digunakan sudah tentu penggunaan kuasa bateri adalah banyak digunakan terutama dalam mod memantau.
Di masa kini terdapat pelbagai perangkat pesawat yang meliputi jalur-jalur utama pada semua mod emmission (AM, FM, LSB dan USB) (terutama HF) seperti Icom IC 706MkII, IC 703, manakal Yaesu pula dengan FT100D, FT 817ND, FT 857D, FT 897 manakala Kenwood dengan TS480 dan TS 50 (mungkin ada model lain yang saya tak dapat sebutkan), Model-model ini agak sesuai dibuat manpack kerana sifat-sifat mobiliti, kuasa, frekuensi dan kelasnya. Bagi saya, saya amat tertarik dengan 2 model ini iaitu IC 703 dan FT 817ND. Pertamanya bagi IC 703 ialah kerana binaan Unit Penalaan Antena Automatik (aATU) binaan dalam dan ianya bersifat QRP (kuasa pemancaran rendah).

Bagi saya QRP bukanlah suatu yang menjadi penghalang dalam pengeluaran kuasa pemacaran tetapi situasi utama ialah apabila kita berada dalam kawasan yang diluar punca kuasa elektrik, inilah cabarannya. Penggunaan kuasa yang rendah dan berat yang minima membuatkan ia sesuai di konfigurasi sebagai manpack. ATU pula adalah komponen penting dalam situasi QRP yang mana sesuatu pengendali akan cuba memanfaatkan kuasa pemancaran dikeluarkan sepenuhnya keluar melalui antenna melalui penalaan ATU. Walaupun Kuasa yang rendah, tetapi saya pasti isyarat dalam mode emission SSB pasti dapat didengari berbanding FM Manakala bagi Model Yaesu FT 817ND yang kecil agak sesuai juga dijadikan manpack. Ianya sama seperti model Icom IC 703 (10W) tetapi kuasanya hanya 5W.

Walaupun sedemikian, sekiranya saya diberi pilihan ketika kecemasan pesawat yang manakah yang menjadi kriteria samada yang paling kuat pemancaran atau yang paling sensitif penerimaan sudah tentu saya memilih yang sensitif tetapi kurang menggunakan kuasa ketika dalam mode receive. Demikian pesawat model ini yang mana ianya meliputi semua semua jalur termasuk VHF dan UHF, tidak seperti IC 706 yang tiada kedua-dua band. Saiz yang kecil dan kompartmen bateri binaan dalam agak sesuai dibawa kemana-mana. saiznya juga kecil dan amat mudah digandingkan dengan ATU kormesial atau homebrew, malahan input antenna juga terdapat didepan dan belakang. Strip tali boleh dipasang supaya pesawat ini boleh disendeng ke mana-mana.

Jadi, mari kita lihat bagaimana menggandingkan sesuatu pesawat di atas menjadi sebuah manpack. Apa yang perlu ialah beberapa segmen dalam sesuatu manpack. Pertamanya ialah transceiver, ATU (pilihan), Bateri 12V 7A/H (minima), Charger (pilihan) dan portable antenna (single band). Bahan-bahan di atas akan di susunatur di dalam sebuah beg yang telah diubahsuai untuk memegang komponen-komponen ini.
Berikut ialah lakaran yang saya salin dari seorang rakan ham yang sudi memberi gambaran pada saya tentang mekanisma sebuah manpack kampung homebrew bagi pesawat VHF.






Bagi ATU, terdapat pelbagai ATU QRP kormersil yang kecil ataupun homebrew, Saya pernah melihat seorang rakan saya berjaya merekacipta litar QRP ATU dengan meter penunjuk SWR adalah sebutir LED. ATU akan ditala sehingga LED menjadi paling terang (menunjukkan 100% kuasa pemancaran keluar). Ketika di dalam gelap, kami hanya bergantung pada penunjuk LED tersebut semasa menala sekaligus berjaya mengurangkan penggunaan kuasa bateri pada pesawat semata untuk menyalakan cahaya skrin pesawat.

Pada QRP ATU homebrew saya terdapat 2 penunjuk bacaan kuasa yang boleh dipilih samada penunjuk LED atau Meter (Racal).

Tetapi penggunaan ATU dapat dikurangkan sekiranya terdapat persefahaman antara stesyen utama dengan pembawa radio melalui penetapan frekuensi yang akan digunakan. Juru radio amatur akan membawa hanya antenna untuk band tersebut semasa operasi. Tetapi bagaimana pula jenis antenna yang sesuai untuk juru radio amatur yang meredah belukar? teleskopik antena mungkin sesuai tetapi jika anda berkendali di HF sudah tentu saiznya yang agak panjang dan mengganggu pergerakan pengendali manpack.
Di masa kini terdapat pelbagai pelbagai projek antenna manpack yang fleksibel misalnya seperti antenna yang diguna pakai pada model PRC 70 (Low VHF). Saya mendapat idea dan telah berjaya mencuba dengan mengaplikasikan suku gelombang dalam pembuatan antenna ini (yang saya perolehi dari internet), dengan menggunakan pita pengukur (dimasakini popular digunakan oleh peminat fox hunting) sebagai antenna.

Pita pengukur ini jika dilapiskan setebal 3 keping mampu menjadi fleksibel untuk sebuah antenna portable seperti yang digunakan pada PRC 70

Tetapi masalahnya ialah ianya sukar berdiri... saya cuba melapiskan tape pengukur ini sebanyak 5 lapis pita dan ianya berdiri... kemudian selepas dirivet setiap satu inci, saya salutkan dengan tiub getah boleh kecut (shrinkable tube), nah.... antenna ini sama seperti antenna PRC 70! dan ianya boleh dilipat dihujungnya kalau terlalu panjang semasa meredah belukar tanpa menjejaskan bacaan SWR yang besar. Terdapat satu lagi alternatif antenna manpack iaitu dengan menggunakan alluminium tongkat orang buta, dengan menggabungkan 2 3/4 tongkat orang buta juga anda boleh menghasilkan sebuah antenna untuk 40m band, apa yang istimewa ialah antenna ini boleh di rungkai menjadi lipatan kecil tetapi mudah dipasang disebabkan tarikan tali getahnya. Dan jika anda bertemu dengan kabel Andrew dari jenis helical juga boleh menghasilkan antenna portable. Lengkok luaran kabel helical ini memberi radiation patern yang cantik.
Bagi pengecas bateri portable yang saya maksudkan misalnya seperti model EKK yang kecil serta ringan dimana jika digabungkan dengan bateri di dalam manpack boleh membantu menjadi pengecas sekiranya sumber elektrik telah ditemui.

Demikianlah idea-idea yang boleh di ketengahkan, mungkin ada rakan-rakan yang mempunyai idea tersendiri, dipersilakan untuk menambah. Idea yang saya perolehi untuk menulis ini bermula apabila saya bertemu dengan laman ini http://www.powerportstore.com/WorldPack%20II%20AR.htm
Manpack mini saya semasa di Muar
Manpack saya kini menggunakan Yaesu FT817ND bersama-sama dengan LDG Z100 Antenna Tuner

Mudah-mudahan ada rakan yang berjaya membina manpack sendiri. Ianya bukan sahaja untuk kecemasan tetapi ianya berguna apabila kita mengadakan aktiviti luaran, IOTA, contest ataupun melancong.

Sekalung tahniah juga diucapkan bagi rakan-rakan yang telah berjaya meng 'homebrew' manpack sendiri. 9M2MP dengan homebrew manpack dari kerangkan mesin pemotong rumput, 9W2HH dengan manpack homebrew dari kerangka tupperware, 9W2WO dengan homebrew manpack dari kerangka PRC 70, 9W2ZV dengan homebrew manpack dari kerangka kayu (klasik) sebelum beralih ke kerangka Besi Trunking elektrikal, 9W2LRT dengan manpack homebrew dari kepingan tin dan banyak lagi rakan-rakan yang berjaya!! 73...

P/S: Kadangkala kita perlu kreatif.... :)
Related Posts with Thumbnails