Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Kuala Lumpur - Nagoya - Osaka

Assalamualaikum.

Perjalanan kami bermula pada 19hb jam 10.00 malam dimana kami bertemu di KLIA 2. Nyaris tewas mengejar pintu berlepas hahahaha... antara terminal gate di KLIA 2 sangat-sangat jauh. nasihat saya buat kawan-kawan yang pertama kali menggunakan KLIA 2, sila datang awal dan check in awal ya. Terus berada di gate seawal yang boleh. Penerbangan kami adalah jam 12.55 pagi.

Saya sebelum itu singgah di KLIA untuk mengambil portable wifi. Memandangkan handphone kami tidak bersesuaian dengan freq di sana dan polisi negara Jepun yang tidak membenarkan kami melanggan prepaid phone bagi tempoh singkat. Kami terpaksa memilih alternatif menyewa wifi dari malaysia siap2.

Ketika travelling la ni, tanpa internet pasti sukar untuk kami hahahahaa... lagi2 jika ada yang tak boleh berenggang dengan Facebook :p huhuhu... 

Bilangan ahli yang akan pergi bertambah. Saya, Aziz, Iqbal, Feroz dan kak sue. 5 terkini!


Perjalanan dengan kapal terbang mengambil masa 6 jam lebih kurang.


Dan ini ialah peta perjalanan kami mengginakan tren laju (shinkansen). Destinasi tiada diplot dalam gambar ialah Hiroshima dan Kobe.


Saya tertidur sepanjang penerbangan. Cuma tersedar ajer rupanya jam 4 pagi dah cerah. Jam di jepun adalah awal 1 jam dari malaysia.

Setiba di Chubu Airport Nagoya, kami bergerak ke Nagoya Station di bandar. Di sana kami akan menaiki tren antara bandar menuju ke Osaka di mana kami akan menginap.


Sampai di Nagoya Station dimana pejapat Japan Railways terletak, tugas pertama menukar JR Pass Exchange Order dengan JR Pass yang sebenar.

Kemudian barulah dengan menggunakan pass tersebut kami menaiki tren shinkansen dari Nagoya Station ke Shin Osaka (osaka). Jarak perjalanan saya tak pasti tetapi perjalanan melebihi 1 jam kalau tak silap.... 1 jam dengan kelajuan 320km/j beb...

JR Pass ni ada hadnya. Semua tren boleh naik kecuali Mizuho dan Nozomi.. penjimatan dengan pass ni memang banyak. Misalnya perjalanan dari Tokyo ke Osaka adalah hampir RM500 kalau tak silap sehala jika beli tiket biasa.... boleh check rate di www.hyperdia.com.


Atas Shinkansen menuju ke Osaka.

Sampai sahaja di Shin-Osaka, kami melompat ke tren local ke station Osaka dan menuju ke Shin-Imamiya dimana tempat penginapan kami terletak di depan stesen tu. Letak beg, ada geng-geng yang tak cukup tidur surrender awal hahahhhaaha... tinggal saya, aziz dan feroz masih bertahan. jam ketika itu dah hampir jam 4 petang, kami nekad untuk keluar berjalan di sekitar bandar Osaka.

Tiada Universal Studio atau Hard Rock Cafe mahupun Osaka Castle, ini adalah trip ham radio!

Destinasi pertama, Nipponbashi tetapi kawasan di Denden Town.


Bapak sibuk Denden Town.


Kawasan ini merupakan tempat ke dua syurga peminat hobi elektronik di jepun selepas akihabara. Ia tak ubah seperti Yongsan Town di Seoul yang menempatkan kedai-kedai menjual gadget-gadget dan komponen elektronik di Osaka. Dari hotel kami hanya 5 minit berjalan kaki, tapi nak cuba local subway kononnya nak faham sistem local tren... kena caj ¥180 adoii.. takpa pengalaman hahahaha... 1 stesen ajer stop iaitu Ebisucho.

Keluar dari Exit 1A atau 1B.. terus dihadapan kami ialah Den Den town. Tiba-tiba kami jadi gilaa... hehehehe...


Singgah di kedai yang pertama yang menjual hobi Short Wave Listening, Flight Simulator dan Radio Amatur.


Headphone idaman geng2 SWL.


Microphone ajer dan cecah RM2K.. fuh


Sistem ACAR kalau tak silap dalam melaporkan kedudukan pesawat. Bagi kaki monitor flight movement.


Flight Simulator 1, kalau nam cuba kena bayar.


Flight simulator, boles order kalau berminat.


Aksesori simulator juga ada dijual


Radio bagi tujuan SWL


Satu lagi radio SWL.


CW key bagi peminat...


Lagi antara koleksi CW key yang dijual.


Berkilat! Seperti duit yen nya juga.


Secara tidak sengaja ternampak risalah ham radio festival yang akan kami pergi lusa nanti.


Wifi jenama ICOM. Tak pasti samada sebahagian dari option transceiver.


Yaesu FTDX1200 yang dipamerkan.


Kenwood TS590... idaman...


FTDX5000.. atas batu beb...


Ini lah rupanya kedai yang menggabungkan 3 hobi bawah 1 bumbung.

Abang aziz dan feroz mahu mencari koleksi tube transceiver. Alamak.... saya tak pasti mana satu kedai yang menjual tube tertentu lagi2 model tube yang boleh dikira rare....

Apakah kami berjaya menemuinya?


Bersambung.........

Tokyo Ham Festival 2014 - Osaka Den Den Town (Nipponbashi) 1

Khamis, 28 Ogos 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Langkah pertama..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? lama betul saya tak berkesempatan menulis. Saya agak tertinggal banyak perkara berkaitan dunia radio amatur.

Cuma banyak berhubung dengan kawan-kawan yang ada diluar sana hanya melalui Facebook. Jika tidak saya pun tak tahu apa yang berlaku disekeliling tentang aktiviti radio Amatur.

Dalam posting-posting akan datang saya akan menulis tentang coretan perjalanan saya ke Tokyo dalam keadaan bajet terhad.

Semua ini bermula bilamasa saya pada awal tahun Januari tahun ini telah dihubungi oleh abang Aziz 9M2AU bertanyakan tentang apa aktiviti yang boleh kami buat terdekat ini untuk mengisi kekosongan aktiviti radio amatur di malaysia.

Ahh... saya kelu. Lagi-lagi bilamana saya juga mempunyai masa yang terhad kerana terpaksa berulang alik setiap minggu antara Johor Bahru - Putrajaya - Penang. Masa yang terhad lagi meletihkan membuatkan saya selalu menjadi blank hahahaha...

Tiba-tiba dalam perbualan telefon dengan beliau tersebut tentang hamfest. Ya.. lama sudah saya tidak hadir ke hamfest. Bergantung hanya pada hamfest Jakarta ataupun KL hamfest yang sebelum-sebelum ini yang semakin suram, saya seakan tiada idea.

Beliau mencadangkan apa kata jika kami mencuba hamfest yang terdekat tetapi "grand".. Tokyo hamfest? mmmmm....

Saya sebenarnya agak keberatan untuk keluar negara kerana bajet yang terhad sebab hujung tahun perlu menyelesaikan insuran kereta, musim raya dan kebetulan tabungan untuk backpack ke europe pada bulan 5 memerlukan saya mengikat perut aduhhh.... backpack ke europe sebenarnya sudah 3 tahun saya menabung dan pada masa yang sama tabung itu lah yang saya korek untuk cover banyak hal.. gilerr arr..

Entah tiba-tiba Allah telah mempermudahkan perancangan kami. Ngam-ngam Airasia ada offer tiket murah ke jepun. Murah tu memang murah tapi bukan turun tokyo atau osaka. Nagoya beb, jauh!......, formula pertama setle kan tambang flight manakala yang lain kami punyai masa 7 bulan untuk menabung.. dan tugas saya yang pertama ialah merancang sejimat mampu trip kami menghadiri hamfest di Tokyo nanti. Alamak.. makan maggie lagi la aku...

Tadaaaaaaaa..... Tokyo aku datang!!


Risalah Tokyo Ham Festival 2014 yang menjadi kickstart kami.

Untuk makluman, terdapat 3 Ham Radio Festival yang boleh dikira yang terbesar di dunia. Pertama ialah Dayton Hamfest (US), Tokyo Ham Festival (Jepun) dan Europe Hamfest (Jerman). Malaysia? aduh.. jika populasi ham radio di Malaysia tak bertambah alamatnya kita akan masih merempat ke hamfest negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand ajer la..


Pelan perancangan masa dan jarak dengan kekuatan kewangan kami.

Cabaran paling memeningkan ialah Airasia hanya menawarkan tiket murah ke Nagoya pada masa tu, haaiissshhh... event di Tokyo. Seakan kos tambahan jika turun ke Nagoya sebab tiket Shinkansen (kereta api bullet) antara Nagoya ke Tokyo adalah mahal.. semahal tiket flight pergi balik kami kelak.

Alternatif yang ada untuk berjimat hanyalah JR Rail Pass yang dibeli pada harga yang sangat mahal. Paling murah option JR pass ini yang sesuai untuk kami hanyalah 7 hari yang harganya dekat2 RM1K atau ¥29,110 (https://www.jtbmalaysia.com/rail-passes/rail-passes-prices/).. gila..

Dengan pass ini kami boleh naik Tren, Subway, Bas, feri dan shinkansen yang bawah company JR tanpa perlu bayar (sebab lumpsum dah bayar awal2 dalam pass ni). 



Rupa JR Rail Pass yang JTB keluarkan. Nama sebenarnya ialah Exchange Pass.

JR Rail Pass yang dibeli di Malaysia. kat jepun tak jual jadi kena la beli siap2. Saya beli 2. Saya satu dan abang aziz 1. Nanti Pass ni akan kami tukar dengan pass sebenar yang sebesar buku 555 di jepun nanti.

Lagi satu cabaran kewangan kami yang melampau ialah kos penginapan. Bagi saya tiada masalah untuk tidur di hotel jenis dorm dan berkongsi bilik air. Tapi untuk keselesaan jadi saya kena tolak ansur jugak nampaknya. Hostel rata2 dapat murah kecuali di Tokyo yang mahal sedikit. 

Saya memilih di Ueno sebab jangkakan last minute shopping cenderamata. Kawasan tu boleh kira segitiga emas la ala2 Petaling Street (bagi saya la).. almaklumlah.. barang2 fake ajer la yang termampu di jepun yang mahal2 belaka.

Cakap bab mahal, di Tokyo (jepun la senang cakap) majoriti bilik bajet ni dia kira perhead semalam. Bukan kira berapa bilik caj dia. Hangpa akan faham betapa susahnya nak berjimat...


Jadual akhir yang dirancang.

Memandangkan JR Pass adalah 7 hari, kami terpaksa merancang berada di Jepun selama 7 hari supaya pass ini dapat digunakakan sepenuhnya. Rugi woooo kalau tak pakai abis. Awalnya nak singgah Wakayama kat Osaka Perfecture mana tau boleh singgah ICOM Factory kat sana. Melawat kelab stesen ICOM adalah satu dari idaman saya. Tapi sayang la sebab masa kami pack dan email yang dihantar belum dibalas sampai balik malaysia.. :( huhuhu...

Dan akhir sekali yang paling getir dalam soal berjimat ialah makanan. Kebanyakkan makanan di jepun adalah bermula ¥500.. atau kalau nak murah beli nasi kosong atau Bento kosong dalam ¥100 (harga dekat nak expired lewat petang) yang banyak jual di family marts/lawson/seven E, tapi mana boleh tahan... 

Saya ambil keputusan beli roti, dan bawak makanan dari malaysia ajer la..


Harga kat JB dalam RM8.00... waak kat KL mahai gila..


Nasi siap sedia dimakan.

Abaikan harga dalam gambar ni... Nak masak pun senang, rendam dalam air panas dan makan. Kalau air panas takder boleh peluk masa mandi... kepanasan badan dan air shower pun ok ahaakkss.... Makanan dalam tin pun ok sebenarmya macam maggie dengan sardin. Tapi percaya la.. lama-lama akan jemu makanan-makanan ni huhuhuhu...

Ok, nampaknya inilah tips saya berjimat. Nantikan postting saya seterus nya... perjalanan menyulusuri Tokyo Ham Fest dengan bajet murah ahahahahhaa....

Sekian Terima kasih!

Bersambung.......

Rabu, 26 Mac 2014

Kehidupan ini singkat, adakah sempat berbakti?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pantas masa berlalu, sedar tidak sedar umur saya semakin menghampiri cahaya senja. Lagi-lagi sejak tiada gigi hahaha.. mengunyah makanan tidak lagi sesempurna dulu dan ini adalah petanda Allah mula menarik nikmat saya sedikit demi sedikit. 10 tahun atau mungkin esok jika ditakdirkan sudah tiada di dunia ini siapa tahu..

Memasuki usia sebegini mengingatkan saya tentang apa sumbangan saya yang mampu dimanfaatkan oleh generasi pelapis akan datang. Ilmu saya tidaklah seberapa, harta juga tidaklah seberapa.. saya hanya punyai teman sebuah Bench Drill, Laser Cutter dan Welding Set selain bantal dan tilam usang di johor ini. Dengan sedikit hasil jualan produk kraftangan mampu sedikit sebanyak menampung kos makan dan minum di tengah bulan. Owh.. saya rindu zaman-zaman kegemilangan hobi radio amatur saya... jika masa mampu diputar pasti saya akan lakukan...

Ya hobi saya juga memasuki zaman-zaman suram dek penangan teknologi Internet. Pihak pemerintah sudah tidak lagi melihat kepentingan hobi yang saya cebur ini... prefix asal singapura iaitu 9M4 yang diletakkan status 'Reserved' (dengan harapan singapura pasti kembali ke persekutuan) sudah dilupakan.. pemerintah sendiri tidak tahu.

Ahhh.... kekangan kewangan dan jarak keluarga buatkan saya kerap buntu kebelakangan ini. Semoga tuan-tuan tidak menjadi seperti saya...

salam hormat dan 73...



P/S: Terdapat 2 acara yang akan di adakan April 2014 iaitu Eyeball santai di Kelab Mares dan VHF Contest. Juga tidak lupa Flora Fauna Dxing serta jika berkesempatan ke Taman Negara...

Khamis, 6 Mac 2014

Adakah Suruhanjaya Komunikasi Dan multimedia Sedar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya terpanggil untuk meluahkan pandangan peribadi mengenai Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia yang bagi saya harus terbuka dalam menerima kritikan dan teguran membina.

2 hari yang lepas saya telah didatangi oleh ham radio muda yang mengajak saya menikmati teh tarik panas bersama seorang lagi ham radio. Selepas waktu pejabat, kami bertemu di satu warung di hadapan New york Hotel.. Ahh.. gerai yang sudah lama saya tidak singgah.

Dari perbualan kami sepanjang menikmati teh tarik dan tauhu bakar, terbuka cerita tentang satu seksyen berkaitan dalam MCMC telah mengedarkan suatu borang maklumbalas tentang cadangan pindaan garis panduan 'allocation callsign' radio amatur yang agak terburu-buru dan tidak melambangkan sebagai suatu organisasi yang punya protokol dalam berhubung dengan orang ramai.

Ianya begini, MCMC telah mengedarkan surat memohon maklumbalas tentang pindaan garis panduan tersebut yang ditujukan pada beberapa organisasi (dalam bentuk scan) adalah bertarikh 20hb Februari 2014. Manakala surat tersebut pula di emelkan pada wakil organisasi radio terbabit pada 26hb Februari 2014. Ok boleh terima... tetapi amat malang apabila di dalam surat yang di scan kan itu menyatakan tarikh akhir memberi maklumbalas ialah 28hb Februari 2014!! hanya 2 hari atau kurang 48 jam wahai MCMC... Ini adalah feedback agensi kerajaan yang terpantas yang pernah saya alami hahahaha.... memang hebat dan gila. Kerja last minit??

Harus MCMC melihat disini bahawa pelanggan-pelanggan MCMC yang terkesan dengan draf tersebut ialah warga radio amatur marhaen, rakyat miskin, dhaif, petani, drebar lori, cikgu, tukang rumah dan ramai lagi yang adakalanya mampu memberi pandangan yang terbaik ke atas cadangan tersebut... mereka-mereka ini mampu melihat BLINDSPOT yang MCMC tidak dapat lihat.

Ramai dikalangan ham radio ini bukan memiliki masa sesingkat kurang 48jam dalam memberi respon atau pandangan penambahbaikan. Mereka-mereka ini bukan sepenuh menunggu didepan komputer atau memiliki handphone multimedia. Masa diperlukan untuk mengkaji dahulu draf sebelum ulasan yang tulen dapat dihasilkan.

Terdetik dalam hati saya apakah tujuan maklumbalas sedemikian harus diedarkan walhal secara logik tempoh yang diberikan adalah sekadar cukup syarat ajerr.. Kami gusar jika trend sebegini kerap dilakukan, kami seakan alat melengkapkan suatu matlamat malahan sudah ada suara-suara hampa mengatakan pandangan kami selalunya berakhirnya dengan dibakul sampahkan. Bukan kami mahukan nama kami tercatat pada draf tersebut apabila keluar sebagai suatu guidlines ataupun suatu ucapan terima kasih penghargaan tetapi kami mahu ianya menjadi suatu guidlines yang jelas dan seiring dengan kehendak peraturan antarabangsa yang sediada tidak dipatuhi oleh MCMC sendiri.

Sebelum saya mengahiri artikel ini ada suatu perkongsian ham muda ini yang buatkan saya juga terdetik sampai bila MCMC akan melakukan kesalahan dalam penetapan callsign Prefix dan suffix sebagaimana yang dikehendaki dalam Artikel 19 ITU. Saya sempat membelek rancangan draf pindaan tersebut yang hanya significant memasukkan tambahan Light house sahaja... yang lain biasa-biasa saja.

Mungkin Light House baru-baru ini popular dijadikan acara tahunan... saya jangkakan jika kalau experiment stesen popular lepas ni mungkin pindaan seterusnya ialah ada lagi satu pindaan dengan memasukkan suffix experiment pulak hahahaha.. sapa tahu hehehehe..

Tetapi MCMC terlupa, Geografical Identification pada Prefix yang diamalkan dalam garis panduan sediada yang harus di rombak selaras mengikut Artikel 19...

P/S : MCMC harus lakukan sesuatu agar tidak menjadi bahan di ITU nanti... just my 2 cent... tapi anda MCMC sedar?

P/S : Khabarnya Indonesia giat menamakan pulau-pulaunya dengan Prefix Geografical agar secara legal nanti boleh dituntut di makhamah antarabangsa, begitu juga Chinna dan Philiphine di wilayah bertindih, malahan kurang 30km dari pantai Bintulu pun sudah dituntuk Chinna... Malaysia?Prefix bernombor '0' tu bakal jadi sejarah sebab garis panduan tak iktiraf sama sekali.. sama seperti surat dalam artikel terdahulu saya iaitu http://jurukaka.blogspot.com/2008/05/kedaulatan-yang-ditangisi.html

MCMC.. mohon anda tersedar dan berkhidmatlah dengan penuh teliti dan beretika...

http://life.itu.int/radioclub/rr/art19.htm

ARTICLE 19

Identification of Stations


Section I. General Provisions


19.1     §1    All transmissions shall be capable of being identified either by identification signals or by other means.   
19.2    §2    1) All transmissions with false or misleading identification are prohibited.     
19.3            2) Where practicable and in appropriate services, identification signals should be automatically transmitted in accordance with relevant ITU-R Recommendations.  
19.4            3) All transmissions in the following services should, except as provided in Nos. 19.13 to 19.15, carry identification signals:
19.5            a) amateur service;
19.6            b) broadcasting service;
19.7            c) fixed service in the bands below 28 000 kHz;
19.8            d) mobile service;
19.9            e) standard frequency and time signal service.
19.10          4) All operational transmissions by radiobeacons shall carry identification signals. However, it is recognized that, for radiobeacons and for certain other radionavigation services that normally carry identification signals, during periods of malfunction or other non-operational service the deliberate removal of identification signals is an agreed means of warning users that the transmissions cannot safely be used for navigational purposes.
19.11          5) All transmissions by satellite emergency position-indicating radiobeacons (EPIRBs) operating in the band 406-406.1 MHz or the band 1 645.5-1 646.5 MHz, or by EPIRBs using digital selective calling techniques, shall carry identification signals.
19.12            6) When identification signals are transmitted they shall comply with the provisions of this Article.   
19.13             7) However, the requirements for certain transmissions to carry identification signals need not apply to:    
19.14             a) survival craft stations when transmitting distress signals automatically;
19.15             b) emergency position-indicating radiobeacons (except for those in No. 19.11).    
19.16    §3    In transmissions carrying identification signals a station shall be identified by a call sign, by a maritime mobile service identity or by other recognized means of identification which may be one or more of the following: name of station, location of station, operating agency, official registration mark, flight identification number, selective call number or signal, selective call identification number or signal, characteristic signal, characteristic of emission or other clearly distinguishing features readily recognized internationally.
19.17    §4    For transmissions carrying identification signals, in order that stations may be readily identified, each station shall transmit its identification as frequently as practicable during the course of transmissions, including those made for tests, adjustments or experiments. During such transmissions, however, identification signals shall be transmitted at least hourly, preferably within the period from five minutes before to five minutes after the hour (UTC) unless to do so would cause unreasonable interruption of traffic, in which case identification shall be given at the beginning and end of transmissions.
19.18    §5    Identification signals shall wherever practicable be in one of the following forms:
19.19    a) speech, using simple amplitude or frequency modulation;
19.20    b) international Morse code transmitted at manual speed;
19.21    c) a telegraph code compatible with conventional printing equipment;  
19.22    d) any other form recommended by the Radiocommunication Sector.  
19.23 § 6 To the extent possible the identification signal should be transmitted in accordance with relevant ITU-R Recommendations.
19.24 § 7 Administrations should ensure that wherever practicable superimposed identification methods be employed in accordance with ITU-R Recommendations.
19.25 § 8 When a number of stations work simultaneously in a common circuit, either as relay stations, or in parallel on different frequencies, each station shall, as far as practicable, transmit its own identification or those of all the stations concerned.
19.26 § 9 Administrations shall ensure, except in the cases mentioned in Nos. 19.13 to 19.15, that all transmissions not carrying identification signals can be identified by other means when they are capable of causing harmful interference to the services of another administration operating in accordance with these Regulations.
19.27 § 10 Administrations shall, having regard to the provisions of these Regulations relating to the notification of assignments for recording in the Master Register, adopt their own measures to ensure compliance with the provisions of No. 19.26.
19.28 § 11 Each Member State reserves the right to establish its own measures for identifying its stations used for national defence. However, it shall use, as far as possible, call signs recognizable as such, and containing the distinctive characters of its nationality.

Section II – Allocation of international series and assignment of call signs
19.28A § 11A 1) For the purpose of the supply of identification signals, a territory or geographical area shall be understood to mean the territory within the limits of which the station is located. For mobile stations, it shall be understood to mean the territory within the limits of which the responsible administration is located. A territory which does not have full responsibility for its international relations shall also be considered as a geographical area for this purpose.
19.28B 2) In all documents of the Union where the terms allocation of call sign series and assignment of call signs are to be used, they shall be used with the following meaning:


Identification means

Terms used in these Regulations

International series of call signs (including maritime identification digits (MIDs) and selective call numbers)

Allocation to the administration of a Member State (see definition in No. 1002 of the Constitution)

Call signs (including maritime identification digits (MIDs) and selective call numbers)

Assignment by any administration to stations operating in a territory or geographical area (see No. 19.28A)

19.29 § 12 1) All stations open to international public correspondence, all amateur stations, and other stations which are capable of causing harmful interference beyond the boundaries of the territory or geographical area in which they are located, shall have call signs from the international series allocated to its administration as given in the Table of Allocation of International Call Sign Series in Appendix 42.
19.30 2) As the need arises, ship stations and ship earth stations to which the provisions of Chapter IX apply, and coast stations or coast earth stations capable of communicating with such ship stations, shall have assigned to them maritime mobile service identities in accordance with Section VI of this Article.
19.31 3) It is not compulsory to assign call signs from the international series to stations identified by maritime mobile service identities or which are easily identified by other means (see No. 19.16) and whose signals of identification or characteristics of emission are published in international documents.
19.31A 4)Means shall be provided for uniquely identifying mobile stations operating in automated terrestrial or satellite communication systems for the purposes of answering distress calls, for avoiding interference and for billing. Identification of the mobile station by accessing a registration database is satisfactory, provided that the system can associate the mobile station calling number with the particular mobile station user. (WRC-03)
19.32 § 13 Should the available call sign series in Appendix 42 be exhausted, new call sign series may be allocated according to the principles set out in Resolution 13 (Rev.WRC-97) relating to the formation of call signs and the allocation of new international series.
19.33 § 14 Between radiocommunication conferences, the Secretary-General is authorized to deal with questions relating to changes in the allocation of series of call signs, on a provisional basis, and subject to confirmation by the following conference (see also No. 19.32).
19.34 § 15 The Secretary-General shall be responsible for allocating maritime identification digits (MIDs) to administrations and shall regularly publish information regarding allocated MIDs.
19.35 § 16 The Secretary-General shall be responsible for allocating additional maritime identification digits (MIDs) to administrations within the limits specified, provided that it is ascertained that the possibilities offered by the MIDs allocated to an administration will soon be exhausted despite judicious ship station identity assignment as outlined in Section VI. (WRC-03)
19.36 § 17 Each administration has been allocated one or more maritime identification digit (MID) for its use. A second or subsequent MID should not be requested2 unless the previously allocated MID is more than 80% exhausted in the basic category of three trailing zeros and the rate of assignments is such that 90% exhaustion is foreseen. (WRC-03)
19.36.1 In no circumstances may an administration claim more MIDs than the total number of its ship stations notified to ITU divided by 1 000, plus one. Administrations shall make every attempt to reuse the Maritime Mobile Service Identities (MMSI) assigned from earlier MID resources, which become redundant after ships leave their national ship registry. Such numbers should be considered for reassignment after being absent from at least two successive editions of List VIIA of the ITU service publications. Administrations seeking additional MID resources must meet the criteria of having notified all previous assignments, in accordance with No. 20.16. This criteria applies only to MMSIs in the basic category and to all MIDs assigned to the administration.
19.37 § 18 The Secretary-General shall be responsible for supplying series of selective call numbers or signals (see Nos. 19.92 to 19.95) at the request of the administrations concerned.
19.38 § 19 1) Each administration shall choose the call signs and, if the selective calling system used is in accordance with Recommendation ITU-R M.257-3, the ship station selective call numbers and the coast station identification numbers of its stations from the international series allocated or supplied to it; and shall notify this information to the Secretary-General together with the information which is to appear in Lists I, IV, V, VI and VIIIA. These notifications do not include call signs assigned to amateur and experimental stations.
19.39 2) Each administration shall choose the maritime mobile service identities of its stations from the maritime identification digits allocated to it and notify this information to the Secretary-General for inclusion in the relevant lists, as provided for in Article 20.
19.40 3) The Secretary-General shall ensure that the same call sign, the same maritime mobile service identity, the same selective call number or the same identification number is not assigned more than once and that call signs which might be confused with distress signals, or with other signals of the same nature, are not assigned.
19.41 § 20 1) When a fixed station uses more than one frequency in the international service, each frequency may be identified by a separate call sign used solely for this frequency.
19.42 2) When a broadcasting station uses more than one frequency in the international service, each frequency may be identified by a separate call sign used solely for this frequency or by some other appropriate means, such as announcing the name of the place and frequency used.
19.43 3) When a land station uses more than one frequency, each frequency may, if desired, be identified by a separate call sign.
19.44 4) Where practicable, coast stations should use a common call sign for each frequency series3.
Section III – Formation of call signs
19.45    § 21    1) The twenty-six letters of the alphabet, as well as digits in the cases specified below, may be used to form call signs. Accented letters are excluded.
19.46                 2) However, the following combinations shall not be used as call signs:
19.47               a) combinations which might be confused with distress signals or with other signals of a similar nature;
19.48               b) combinations in Recommendation ITU-R M.1172 that are reserved for the abbreviations to be used in the radiocommunication services.
19.49               SUP
19.50    § 22 Call signs in the international series are formed as indicated in Nos. 19.51 to 19.71. The first two characters shall be two letters or a letter followed by a digit or a digit followed by a letter. The first two characters or in certain cases the first character of a call sign constitute the nationality identification.
19.50.1 For call sign series beginning with B, F, G, I, K, M, N, R, W and 2, only the first character is required for nationality identification. In the cases of half series (i.e. when the first two characters are allocated to more than one Member State), the first three characters are required for nationality identification. (WRC-03)
19.51   Land and fixed stations
19.52    § 23         1)
– two characters and one letter, or

– two characters and one letter followed by not more than three digits (other than the digits 0 and 1 in cases where they immediately follow a letter).
19.53         2) However, it is recommended that, as far as possible, the call signs of fixed stations consist of:
– two characters and one letter followed by two digits (other than the digits 0 and 1 in cases where they immediately follow a letter).
19.54   Ship stations
19.55    § 24      1)
                    – two characters and two letters, or

                    – two characters, two letters and one digit (other than the digits 0 or 1).
19.56         2) However, ship stations employing only radiotelephony may also use a call sign consisting of:
– two characters (provided that the second is a letter) followed by four digits (other than the digits 0 or 1 in cases where they immediately follow a letter), or

– two characters and one letter followed by four digits (other than the digits 0 or 1 in cases where they immediately follow a letter).
19.57   Aircraft stations
19.58    § 25
– two characters and three letters.
19.59   Ship’s survival craft stations
19.60    § 26



– the call sign of the parent ship followed by two digits (other than the digits 0 or 1 in cases where they immediately follow a letter).
19.61   Emergency position-indicating radiobeacon stations
19.62    § 27



– the Morse letter B and/or the call sign of the parent ship to which the radiobeacon belongs.
19.63   Aircraft survival craft stations
19.64    § 28



– the complete call sign of the parent aircraft (see No. 19.58), followed by a single digit other than 0 or 1.
19.65   Land mobile stations
19.66    § 29



– two characters (provided that the second is a letter) followed by four digits (other than the digits 0 or 1 in cases where they immediately follow a letter), or

– two characters and one or two letters followed by four digits (other than the digits 0 or 1 in cases where they immediately follow a letter).
19.67   Amateur and experimental stations
19.68    § 30   1)





– one character (provided that it is the letter B, F, G, I, K, M, N, R or W) and a single digit (other than 0 or 1), followed by a group of not more than four characters, the last of which shall be a letter, or

– two characters and a single digit (other than 0 or 1), followed by a group of not more than four characters, the last of which shall be a letter. (WRC-03)
19.68A1A)   On special occasions, for temporary use, administrations may authorize use of call signs with more than the four characters referred to in No. 19.68. (WRC-03
19.69              2) However, the prohibition of the use of the digits 0 and 1 does not apply to amateur stations.
19.70   Stations in the space service
19.71   § 31 When call signs for stations in the space service are employed, it is recommended that they consist of:
– two characters followed by two or three digits (other than the digits 0 and 1 in cases where they immediately follow a letter).
Section IV - Identification of stations using radiotelephony
19.82A  § 35A Amateur stations and experimental stations
                                                – a call sign (see No. 19.68). 


Last update: 20 juin, 2012



Selasa, 4 Mac 2014

Masa yang pantas berlalu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesin basuh saya masih lagi berputar. Menantikan pusingan berakhir membuatkan saya terleka bersandar di dinding dan pc ini. Betapa masa pantas berjalan. Bibit-bibit uban pada rambut saya sudah mula kelihatan... mengingatkan saya juga pada beberapa kenalan ham radio yang juga telah banyak beruban. Fadhil 9W2WF, 9W2TR Bang Rashid, 9M2RS Rashid Sultan dan ramai lagi. Betapa masa itu pantas berlalu... Tidak seperti 15 tahun dulu ketika saya masih lagi berkenalan dengan radio amatur ini... Hahaaha..

Minggu lepas 2 aktiviti yang dirancang berjalan agak suram. Malam BBQ di kelab dan Flea Market Mares yang agak hambar, Terima kasih Danny Wong yang sudi menyumbang bahan pada malamnya dan 9W2TR tidak pernah mengecewakan dengan Cendol special sebelum 9W2MUC hadir dengan resepi tambahan cendol bang rashid.. saya entah berapa kali tambah. Begitu juga Hj. Rashid.

Sempat Fadhil berbisik pada saya, jika flea market makin suram mungkin kami akan menjarakkan acara ini setiap beberapa bulan sekali atau ia adalah yang terakhir. Tetapi jika demikian dilaksanakan mungkin kelab akan tiada lagi eyeball yang kerap sekaligus mematikan terus fungsi kelab. Manakala Kabin Mares terkini pula kembali ceria setelah bahagian luar nya dicat semula, air cond dan pendawaian baru oleh 9W2WF, 9W2FG, 9W2TR dan ramai lagi.

Saya amat-amat berharap agar kabin ini dapat berfungsi kembali sebagaimana ia pada mulanya. Bilik mengoperasikan radio HF, Callsign 9M4CME kembali aktif, dan ruang untuk santai... Jika terdapat ruang boleh juga dijadikan ruang tidur bagi kaki DX yang bermalam di dalamnya.

Pada masa mendatang, rumah kelab Mares harus mempunyai kabin lagi agar banyak lagi ruang aktiviti boleh dipelbagaikan. Bukan sahaja eyeball santai di bawah bumbung terbuka sediada tetapi suatu bilik operasi pelbagai guna, ruang tidur bagi ham jauh yang perlukan dan yang paling penting ialah kurang risiko digigit nyamuk... hehehehe..

Tetapi ini semua tidak bermakna jika hanya orang yang sama hadir pada setiap aktiviti dan yang sama juga memerah idea, Mares perlukan pelapis baru.. tenaga muda dan idea baru. Kerana ahli yang aktif kini pasti suatu hari nanti akan tiada dan kesinambungan rumah kelab sebagai suatu ruang aktiviti radio amatur di malaysia harus diteruskan.



P/S: Hanya Mares yang mempunyai Rumah Kelab pada lokasi yang tetap dan infra yang hampir lengkap.. sayang jika ia tidak dihidupkan dan terlepas begitu sahaja....    
  

Ahad, 20 Oktober 2013

Awakening...

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

Insyallah jika ada kesempatan saya akan cuba mengemaskini blog ini. Agak ketinggalan zaman saya rupanya dengan alam radio amatur di malaysia. Kehidupan dan kesempitan hidup buat masa sekarang telah membuatkan saya terasing dengan sahabat-sahabat se hobi hahaha...

Adakalanya sebuah antenna mampu menampung makan malam saya... begitu lah ceritanya.

Teringat banyak perkara yang harus saya kongsi kan bersama para pembaca... tetapi makin lama ianya makin ketinggalan zaman.. Aahh, sedikit tawar hati untuk menulis.

ya.. seperti kad index di perpustakaan.. anda masih ingat kad index dalam rak kecil di perpustakaan?.. generasi sekarang tidak akan tahu kewujudan kad index ini.

Seringkali ke perpustakaan mencari buku berkisar radio amatur... dan dengan kad indeks ini lah saya dapat mengetahui kewujudan buku-buku berkaitan radio amatur wujud atau tidak dalam sesebuah perpustakaan.

Ok, itu zaman dinasour.. generasi sekarang hanya ke kiosk di pepustakaan dan hanya satu ketik di papan kekunci sudah tahu jenis buku dicari wujud atau tidak.

Oh... itu juga zaman hitam putih.. generasi terkini tidak lagi ke perpustakaan kerana semuanya ada dalam internet... hahahaaha... yang kadangkala bukan suatu artikel yang tulen dan tepat.

Apapun mudah-mudahan saya ada kesempatan untuk menulis lagi kelak.. :)

Sambil menonton Filem Awakenings..... pesakit yang tiba2 tersedar dari suatu tempoh lama di bawah sedar..

73!

Khamis, 13 Jun 2013

Mencari Key Begali Buatan Itali di Akihabara Jepun


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog saya yang masih lagi setia membaca blog ini. 

Ok, baiklah...  

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa gambar yang telah sekian lama saya draf. Segala-galanya bermula apabila saya melewati kota Beijing awal 2009. Ketika itu saya telah terlihat 1 CW key yang telah buatkkan saya jatuh hati untuk memilikinya. Entah apa jenamanya.. hanya sedikit memori berkaitan warna dan bentuk sahaja. Atas perkiraan ini dan kebetulan Airasia ada menawarkan tiket murah ke Osaka Jepun... mmmm dalam RM599 return, saya memilih untuk kesana selama seminggu. 

Ke Jepun agak sukar kerana saya harus melepasi kriteria visa yang ditetapkan. Antaranya ialah minima dalam akaun bank mesti ada RM6000 dan pengesahan majikan. Alhamdullillah ada beberapa sahabat-sahabat ham radio sudi meminjamkan RM untuk tujuan bukti dalam akaun hehehehe.. tong tong.. kemudian pulangkan.

Untuk memudahkan pergerakkan, saya telah membeli dari awal Japan Rail Pass di agen JTB. Harga JYP28,000 untuk seminggu.. RM1K tuhh fuhh. Ini mampu menjimatkan kos pergerakkan kerana di Jepun yang semuanya mahal. Dengan Rail Pass ini membolehkan saya menggunakan semua pengangkutan di bawah Japan Railway (JR).... ya.. termasuk Shinkansen :) Tarikh trip ini tak ingat tapi dalam bulan Mei 2012. dengan 5 bulan menyimpan duit huhu.. :)

Penginapan pulak bergantung pada Hostel Bajet yang selalunya untuk bag packer dan di jepun biasanya dikira mengikut kepala.. bukan bilik tau.. kos setiap malam ialah RM70 lebih kurang.

Makanan? Alhamdullillah di Jepun ni tak tegas sangat pasal barang-barang nak bawak masuk sana, jadi saya bawak 2 pek beras nasi himpit segera, maggie, Brahim, Makanan dalam Tin untuk 1 minggu.. Ini merupakan teknik yang biasa kami lakukan apabila bag pack ke luar negara. 4 bungkus nasi himpit cukup sebagai hidangan sepinggan nasi. Sekiranya 7 hari 2 kali makan maka 4 X 2 X 7 = 42 bungkus nasi himpit. Lauk-lauk segera yang dipek dalam plastik seperti Brahim, Maggie dan banyak lagi boleh diperolehi di supermarket.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana nak masak? mudah saja, kebanyakkan hotel atau hostel ada menyediakan water heater. Rendamkan dan panaskan pek nasi himpit tu sehingga kembang. Kalau bekas water heater besar, rendamkan sekali pek makanan siap dalam plastik pek seperti Brahim dsb.. Biasanya nasi himpit ini sangat mudah untuk masak kerana sebahagiannya sudah dimampatkan dalam bekas plastik.

Alhamdullillah sepanjang di sana soal makanan cukup bagi kami terutama maggie mee yang banyak terjual di sana hahahaha.. tetapi hari-hari makan maggie mana boleh tahan...

Oklah, trip saya sebenarnya dari Hokaido ke Kyushu yakni dari hujung utara pulau Jepun ni ke paling selatan... kalau trip mencari key ini sebenarnya 2 hari saja. termasuk hari terakhir kira 3 hari la. Saya banyak merujuk pada laman http://www.9m2cnc.com tentang lokasi kedai radio di Akihabara Tokyo (http://www.g4zfe.com/akihabara.html). jadi.. layan ya gambar-gambar yang saya...   


Seperti Korea, kelebaran LRT di Jepun agak besar.. wah..


Papan tanda menuju ke Jalan utama Akihabara. Sebenarnya Kawasan Akihabara agak luas. Tetapi target saya adalah sekitar Kompleks Japan Radio Department.


dan keluar LRT stesyen.. dah nampak Labi.. Labi ni kedai yang jual gadget-gadget la.. dan kami masa tu hampir terkeliru kenapa signal wifi yang ada ialah Softbank di mana-mana.. apakah bank ni bagi free internet?? Sebenarnya tidak. Softbank ialah Service Provider di sana hahahaha..




Ini ialah kedai yang saya terjumpa di laluan keluar stesen subway (saya akan panggil sebagai LRT ya) Kedai-kedai ini menawarkan harga yang sedikit mahal dari kedai utama menjual perkakas radio. Tidak menarik hati kecuali trending ketika itu banyak dijual freq jammer dan bug scanner.


Di satu lorong..



Kedai yang menjual radio pemancar dari jenama Alinco.. juga icom dan yaesu. Saya dapati jika sesuatu produk radio itu adalah dibuat sepenuhnya di jepun, pekedai akan meletakkan satu tanda 'Made In Japan'. mmmmm... macam satu kebangggan bagi mereka jika radio itu datang dari mereka. Saya sempat bertanya kenapa pada pekedai tersebut. Mungkin kerana bahasa inggeris mereka tak lancar.. hanya memberi isyarat, "japan product good!, other not good!' hahahahaha.. ada benarnya. dari segi ketahanan dan kualiti. Jenama cap ayam? tak jumpa beb...


Lagi.. rambang mata beb...


Ni kedai-kedai di sepanjang akihabara..


Mentol bulb? ada.. tapi banyak LED dah...


Di satu lagi sudut... Banyak kedai menjual gadget dan game.. oh ya.. Shinjuku yang hanya beberapa blok dari sini atau 1 hentian LRT depan merupakan syurga game! :)


lagi... dari pemerhatian saya harga yang ditawar berserta tukaran matawang lebih memihak singapura sebagai sumber peralatan radio amatur termurah.. kecuali anda inginkan yang lebih terkini...


ni dalam Japan Radio Department, satu bangunan yang agak tersorong dalam Plaza.. Kedai-kedai di sini banyak menjual kit-kit elektronik dan barangan hobi.. kira macam collector item la..


CB transceiver dan radio VHF analog... sangat-sangat old school. Sekiranya ada ham radio yang baru berjinak dengan hobi radio tentu tidak pernah bertemu dengan beberapa jenis pesawat radio lama seperti TRIO (kini jenama Kenwood). CTSS kena buat sendiri jika mahu berkendali secara duplex ke repeater yang ber ton beb..


Valve.. tiub-tiub audio. Saya tiada kepakaran dan kecenderungan pada radio tiub. Bagi yang kaki, memilikinya seperti memiliki motor vintage. Radio tiub ni ada pro dan kontra..


kit-kit hobi terpakai.. saya terpandang radio seperti sony 27Mhz zaman telekom... wahhh macam dalam WW2 punya daa.. rasanya National kot maaf..


Ya! sony... sama model seperti di 9M2PIC dulu.. saya ingatkan National..


koleksi tiub-tiub.. vintage beb.. kalau nak buat part standby..


Ni kit-kit transceiver single band.. rasanya semua transistor kot. Bukan cristal.. boleh tahan sebab antara kit DIY radio transceiver (atau receiver sahaja) adalah single band.. ada juga multi band tetapi harga bikin mata sedikit juling.


Lagi Kit..


Ni satu tingkat atas.. banyak gerai yang custom made on the sport.. sekiranya pelanggan nak buat tulisan, marking dsb pada projek, Kedai-kedai di atas ni boleh buat. Siap guna mini CNC untuk ukir tulisan atau catatan atas casing pelanggan..


Kedai casing... juga custom made..


Turun balik bawah.. kedai jual collector item..


Radio receiver...


Antenna ARDF kot..


kedai lagi... helmet dengan kit kamera wireless. TX pada 1.2Ghz.. ada berani pakai di kepala?


Sementara tu saya singgah sebentar ke kedai menjual lens 2nd hand.... arghhh.. masih mahal, harga 2nd hand dah melebihi harga lens baru kat malaysia.

err.. ni kedai lain.. hehehehehe.. tapi syurga jugak hehehee..


Ahaa.. inilah Japan Rail Pass yang saya beli siap-siap dari Malaysia.. Memang saya guna habis-habisan.Bayangkan tanpa pass ini, harga tiket Shinkansen dari Tokyo ke Osaka saja hampir RM400. Dan dengan pass ini kami tidak perlu beratur. Memadai menunjukkan pass pada petugas tren dan terus naik tren. Jimat masa dan kos. Tetapi terdapat syarat yang juga ketat bagi memohon pass ini. Pelancong hanya boleh membeli pass ini sebelum sampai di Jepun dan untuk visa tourist sahaja. Lawati http://www.jtbmalaysia.com/1217920708628/ untuk maklumat lanjut.


Kami sempat singgah ke Fukushima kerana ingin melihat sendiri Reaktor Nuklear yang rosak akibat tsunami tempohari. Dari maklumat stesen Tren, tiada pendedahan radioaktir lagi dikesan.. ini yang membuatkan kami berani sikit. Rupa-rupanya stesen janakuasa tersebut sangat jauh dari kedudukan kami, perancangan dibatalkan.. perjalanan diteruskan lagi ke utara.. Sendai.


Deretan teksi di atas ini ialah permandangan di Stesen Tren Sendai.. Lihat betapa tertib pemandu teksi jepun beratur menunggu giliran mengambil penumpang.. Malaysia?


Ini Polis di sana.. berbasikal sahaja.. kadar jenayah adalah kecil.

Oh ya... memandangkan saya masih belum bertemu dengan CW key yang dicari.. pada hari terakhir saya di jepun, telah memilih bermalam di Osaka kerana penerbangan saya adalah pada malam keesokkannya di Kansai Airport. aduhh.. malam terakhir buatkan saya tekad mesti kembali ke Tokyo (akihabara) walau apa keadaan sekalipun untuk dapatkan key tersebut. Terkilan juga jika dah sampai sejauh ini tetapi pulang dengan tangan kosong. Dalam berborak-borak dengan kawan saya dia ada bercerita selang beberapa blok dari tempat penginapan kami ada satu kawasan elektronik dan gadget dipanggil Den Den Market.Tapi hati tetap berdetik hanya di Akihara saya boleh temui key tersebut.

Saya katakan pada beliau saya tetap akan ke Tokyo dengan Shinkansen dan esok pagi jam 8 pagi dan akan berada di Osaka jam 4 petang. Jam 12 malam ialah flight kami kembali ke KL. Persetujuan dicapai, sahabat saya akan menunggu di Osaka dan tidak ikut saya. Malam itu saya habiskan telaah kedai-kedai ham radio di laman http://www.9m2cnc.com. Internet pulak laju gileerrrrrr..

FYI, jarak Osaka ke Tokyo adalah 509km.. pergi dan balik adalah 1000km lebih! 

Awal paginya saya ke Tokyo dengan Shinkansen.. saya tidak ingat berapa lama perjalanan. Mungkin 3 jam. Sesampai di Akihabara, 4 kedai yang disebut dalam web tersebut saya cari. Hanya 2 sahaja yang masih wujud. Selebihnya telah bertukar menjadi kedai menjual barangan komputer. Ternyata apa yang dikatakan oleh seorang anak muda ketika saya melawati Kelab Stesen ICOM di Kilang Icom Osaka ada benarnya... ham radio di jepun juga menerima tempias teknologi maklumat iaitu Internet.. Golongan muda tidak ramai memilih radio amatur sebagai hobi sejak kebelakangan ini.


Ini kedai yang paling banyak produk.. Rocket.. ayuh kita lihat dalamnya.. jarak perjalanan dari stesen tren Akihabara ke lokasi pertama kedai ini tidaklah jauh. Hanya perlu berjalan 1 blok menyeberangi jalan sahaja.. atau belakang blok Japan Radio Department sahaja.


Pemandangan depan cermin pameran..


Pintu masuk..


Nindia.... radio-radio mahal.. lihat saja laa..


lagi... depa ni bab tagging no. 1.. kedai ni nampak ceria kerana tagging.


telan ayaq liuq.... TS590 RM5800.. kat Singapore lebih kurang RM4600...


Ahaa... CW key! MK705..


harga lepas convert dekat2 RM450.. model ni banyak varian.. tapi bentuk dan keselesaan memetiknya buatkan saya tidak berkenan. Ahh.. ini sahaja key yang ada? saya sedikit terkilan.


Dek kerana tak banyak pilihan CW key, saya hanya berlegar melihat apa lagi barangan radio yang boleh saya sambar.. hati sedikit kecewa kerana cw key yang saya lihat di Beijing tidak ditemui di Akihabara..


Nampaknya orang-orang jepun pun terkebil-kebil melihat harga. Sempat bertanya jugak walaupun bahasa isyarat, pak cik ni memberitahu mahal.. oic.. saya ingatkan orang jepun ni kaya-kaya. Tidak jugak.. seperti kebanyakkan orang malaysia juga.


Sedang buat keputusan?


Patut la.. mengidam hat ni.. memang tak mampu la hehheheheh..


JPY158,800... dekat RM5100.. mahal. Di Singapore saya agak dalam RM3500 kot. Lawati http://www.blazer.com.sg atau http://www.suneast.com.sg atau http://www.tecomart.com.sg ataupun kedai pak boy http://www.onecom.com.sg/  yang masih dikira murah sebelum GST 7% berbanding Jepun. Jangan lupa ada 2 lagi kedai di Malaysia iaitu http://www.wavecommunications.com.my dan http://www.onecommunications.com.my yaa..


RM11000... tapi spec jepun ni ada hadnya.. tak semua freq boleh dioperasikan. Dan banyak yang dah lock.


handy talkie... bukan pilihan..


Lagi dengan variant mic yang berbeza..


Siap gantung sample..


Loop antenna untuk handie talkie. Model MK-5S. Untuk ARDF?


Yang ni Loop antenna untuk base station. Menggunakan kaedah Air Capacitor. Dah siap Factory Tuned. Guna dan pakai. Harga dekat RM500. Kalau homebrew jimat banyak ni. Dalam RM50 ajer.. Jadi hobi radio ni kalau nak jimat dan thrill.. homebrew la. Kepuasan tahap maksima beb.


Koleksi rotator.. dari light weight hinggalah ke heavy duty..


Maklumat berkaitan spiral antenna..


Spare Part untuk trust bearing dan bearing rotator...


Spiral atau loop antenna? cover 3.5Mhz ke 50Mhz.. kalau ada tiub bending nak try la. Ni yang 9M2DEL sebut di kepung ada bengkel boleh customize spirak macam ni..


Koleksi Valve.. tube.


kabel-kabel...


Kru.. bolt.. nut.. U clamp.. bulldog bla bla..


Bahagian tower... haaaa.. ni yang special jepun.  Siap jual diagram.. bagi yang nak membuat sendiri. Ada yang diterjemah ke dalam bahasa English.


Sample roof top tower.. ini adalah tower yang sangat praktikal bagi mereka yang memiliki ruang yang terhad.


sample base untuk rotator yang nak dipasang pada tower..


Balun... dan lightweight rotary dipole..


connector...


HF Magnetic Loop.. jenama DX. perhatikan menggunakan capacitor dari gandingan kabel...


kasut... linear amplifier.


Lagi...


Antenna Tuning Unit Cat-300..


Ni ialah antenna yang saya beli di Akihabara. Nampaknya ini sahaja yang saya sambar.. lihat cara pembungkusannya. Sangat kemas.


Sesudah 3 jam saya berkitar di Akihabara. Saya kecewa kerana CW Key yang dicari tidak ditemui. Rasanya hampir 2 kali saya berpusing di sana. Dari 4 kedai yang dinyatakan dari laman www.g4zfe.com/‎ atau www.9m2cnc.com/ saya dapati hanya 2 kedai yang masih beroperasi.

2 lagi kedai telah pun menjadi kedai komputer. Mungkin dengan penurunan populasi penggemar hobi ini membuatkan pendapatan mereka makin berkurangan dan seterusnya beralih pada perniagaan lain yang lebih menguntungkan. Saya teringat baru-baru ini saya ke Hong Kong dan Shanghai, nasib kedai-kedai radio amatur macam mati segan hidup tak mahu. Misalnya kedai CQ Shop di Sham Shui Po, Kowloon www.cqshophk.com/ yang tidak lagi menyimpan stok radio. Sekiranya ada order barulah disediakan. Showroom mereka pun makin kurang radio dipamerkan.

*sedikit catatan kedai yang telah ditutup iaitu Ham Geppan boleh baca (saya rasa komen yang tidak tepat) disini http://www.flickr.com/photos/jonathancharles/2674676329/
**Roketto Musen nama yang kerap disebut..

Saya mengambil keputusan untuk kembali ke Osaka dengan perasaan kecewa...

Sepanjang saya di Jepun antara bandar yang saya suka lawati ialah Kobe dan Hiroshima. Hiroshima ialah sebuah bandar perindustrian terutama semasa perang dunia kedua. Ramai penduduk korea yang bekerja sebagai buruh bekerja di Hiroshima. Ketika itu bandar ini merupakan bandar utama yang membekalkan 'support' buat Ketumbukkan ke 5 tentera Infrantri Jepun di Chinna.

Ramai yang tahu tentang bom atom yang digugurkan ke atas bandar ini tetapi ramai yang tidak tahu 2 fakta bagaimana bom ini diletupkan,



Gambar di atas ialah bandar Hiroshima sebelum di bom. Dari imej udara tentera US mensasarkan jambatan berbentuk T sebagai titik bom atom diletupkan.


Dan bom atom sebenarnya tidak meletup sejurus mencecah bumi.. ia diletupkan pada ketinggian 5 km dari aras bumi untuk memberi kesan 'Blast' membakar penduduk di bandar dari atas. Kejam.. sangat kejam. Jika ada yang pernah membaca buku Debu-Debu Hiroshima pasti dapat memahami situasi ini.

Hiroshima kini ialah bandar yang sangat tenang dan saya bersama sahabat saya hampir 30 minit berehat di hadapan kubah yang menjadi mercu tanda bandar yang pernah musnah ini.

Ok, saya telahpun tiba di Osaka... jam 4 petang ketika itu. Jadi saya mengambil keputusan untuk berjalan-jalan melewati bandar. Sementara menunggu penerbangan jam 12 malam nanti, masih banyak masa yang harus dihabiskan. Owh, teringat pesan kawan saya.. Den Den Market yang hanya 1 stesen ke depan sahaja dari stesen Shinkansen.

Dengan duit syiling jepun yang saya kira-kira cukup pergi dan balik saya pun bertekad ke sana dengan niat menjamu mata sahaja.... keluar saja dari tren..
 


Rupa-rupanya Den den Market tak ubah seperti Yongsan Electronic Market di Seoul Korea. Konsep yang sama dengan deretan kedai sepanjang jalan beberapa kilometer.. Tenang tanpa peniaga luar kaki lima seperti jalan Pasar Kuala Lumpur.


Tidak jauh saya berjalan saya terjumpa kedai berkaitan hobi.. wah.. Kedai radio amatur dan kedai Short Wave Listener khusus untuk penggemar Trafik Udara!


Ini adalah hadapan kedai Radio dan Air Trafik Radio.. hobi simulator kapal terbang dan sebagainya. Saya terkilan tidak membeli cover Yaesu FT817ND yang hanya berharga kurang RM20 di sini.


Simulator lama dalam cermin pameran..


Ingat simbol ini.. kedai ham radio..


Wah, set mahal dibuat pameran beb.. terliur lagi. Penat baru sampai dari Akihabara terus hilang beb.. hahahaha... layan..


handy talkie.. sudah tidak menarik hati saya hehehehe..cuma yang ini khusus untuk kaki Scanner dan SWL.


barisan radio yang dijual..


Saya beralih ke tingkat atas kedai, ternyata produk di atas amat berbeza..


Gambar-gambar kapal terbang...


kipas kapal terbang.. pameran sahaja..


Meter dari pesawat kapal terbang.. untuk dijual


Air Trafik Monitor.. siap jual dengan kit lagi beb..


Flight simulator..


Dah abis jalan-jalan saya pun beredar.. rupa-rupanya ada satu lagi kedai disebelah ada menjual CW key.. tiba-tiba hati tergerak nak bertanyakan samada kedai ini mempunyai stok lain.. sayang tiada katanya. Tetapi pemilik kedai tersebut menyarankan saya ke kedai yang satu lagi selang satu lorong dari jalan utama.

Hati terasa macam kedai kecil mungkin.. saya mengorak langkah..



dari jauh terpandang... Ueda Musen? bukankah ini kedai ham yang agak popular dulu dalam buku-buku radio amatur lama? wah.. ada sesuatu yang menari hahahahha... pucuk dicita ulam mendatang.. heheheh.. inilah kedai yang selalu kawan-kawan kat jepun cakap port CW key beb..


Dari luar, ada contoh Roof Top tower daaa..


barang-barang lama dan juga 2nd hand. tuner yang kelab Mares pakai sumbangan 9M2RS pun ada.. dekat RM800 tu..


GaAsfet...  untuk VHF?


Kit-kit old school... generasi sekarang mungkin dah tak berminat..


Waduhh tiub 8877 tu....


Kenwood TS450... legend ni selepas TS440. Dulu ini la model radio yang saya kerap guna ketika di 9M2PIC.


Dan mata saya terus terpandang koleksi...


Dengan lebih dekat...


Koleksi casing..


Yang kelabu hujung tu Redifon.. saya ada satu.. vintage


Berbalik pada CW key tadi.. masa untuk memilih. hampir kesemua koleksi CW key yang dipamerkan menarik hati dan perasaan saya,, Apakah aku akan rabak RM di sini?? aduuuuuhhh..


Duplex ada.. untuk High Speed CWer.. hat ni la terbaik.. berat besi bawah tu mau2 1kg entah... ni gambar balut plastik.. belum buka lagi... mau nangis beb.


hat cikai yang dijual di Flea Market oleh fadhil 9W2WF pun ada dijual.. dekat2 RM300 tu.. kalau ada yang berminat ada beberapa unit lagi last dijual di blog http://amateur-radio-flea-market.blogspot.com/  . Diimport dar Russia.


Dah berminit memilih akhirnya saya beberapa unit CW key saya letakkan atas meja. Mana satu nak beli ni haisshhh..


Semua cantik-cantik dan bila diketik/sentuh CW key rata-rata seakan ngam dengan jadi saya. sentuhan padelnya amat lembut tetapi anjal.Warna? emas mungkin seakan mewah tetapi warna crome juga apa kurangnya. Saya memilih Simplex basic sahaja.. memadai berbanding Duplex.


Mmmmm.. semua gold plated contact point..


dan akhirnya Begali Key special edition dengan signature saya pilih.. inilah key yang saya temui di Beijing dulu..Akhirnya saya temui di Osaka Jepun. Terus saya conform.. tetapi alamak! duit tak cukup.. kurang JPY1000.. hampir 1 jam saya merayu pada kedai.. Orang jepun ni tak berapa suka tawar menawar. Jika mahu ambil dan jika tidak tinggalkan. Nasib baik ketika itu ada seorang pekerja kedai sudi memberikan diskaun.. alhamdullillah..


Akhirnya saya pulang tanpa tangan kosong. Inilah Key Begali yang saya idamkan..

Setibanya saya di Hotel, sahabat saya kebetulan juga sampai dan kami mengambil beg dan seterusnya bergerak ke Airport...

Malam itu kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan tiba jam 5 pagi di Malaysia.Kuran 4 jam saya akan ke KL pulak untuk menghadiri KL hamfest.. Wah.. penat yang berbaloi :).


Kembali ke Malaysia saja kerja pejabat yang bertimbun banyak belum habis lagi adusss... gambar di atas ialah projek Dialog Vopaks bagi tebus guna tanah antara Tg Ayam dan Tg Kapal di Pengerang... Ni ajer travelling setiap hari ada ketikanya.. jauh sayup. khabarnya kat sini dulunya banyak Dugong.. sayang sekali.. habitat dugong terancam..


Ni gambar kat mana yer.. owh Muar.. rumah old timer ham radio.. anda tahukan ;)


3 bulan kemudian sekembali ke pejabat amat-amat memenatkan... cuti di jepun memang tak dapat menghilangkan penat/stress kerja.. aduhh.. saya mengambil keputusan berehat lagi... kali ini tiada lagi pencarian barangan radio.. tiada lagi hobi... hanya rehat semata-mata. Terima kasih FlyScoot, penerbangan tambang murah dari Changi Airport. Kebetulan harga yang ditawarkan amat murah dan lokasi tak jauh dari pejabat pulak tu.. lepas waktu pejabat ajer terus saya chow..


Laut Tasmania?.. tak kot.. laut sebelah NZ..


Penginapan termurah kalau ke sydney.. AUD20 semalam..


Haaahhhh... Bondi Beach ramai orang..Santai berehat di Manly Beach ajer la... sambil pekena aiskrim...

Insyallah jika ada kesempatan akan saya kongsikan pengalaman mencari barangan radio amatur di negara Kanggaroo nanti ya ;)..

Oklah... itu ajer coretan saya.. maaf gambar bercampur-campur sebab banyak draf dalam blog ini tetapi belum publish.. hahahha.. tak ingat banyak tapi harap enjoy membacanya ya ;)

Hingga kita jumpa lagi ya.. bercuti lah jika penat heheehehe...





Related Posts with Thumbnails