Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 4 Mac 2014

Masa yang pantas berlalu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesin basuh saya masih lagi berputar. Menantikan pusingan berakhir membuatkan saya terleka bersandar di dinding dan pc ini. Betapa masa pantas berjalan. Bibit-bibit uban pada rambut saya sudah mula kelihatan... mengingatkan saya juga pada beberapa kenalan ham radio yang juga telah banyak beruban. Fadhil 9W2WF, 9W2TR Bang Rashid, 9M2RS Rashid Sultan dan ramai lagi. Betapa masa itu pantas berlalu... Tidak seperti 15 tahun dulu ketika saya masih lagi berkenalan dengan radio amatur ini... Hahaaha..

Minggu lepas 2 aktiviti yang dirancang berjalan agak suram. Malam BBQ di kelab dan Flea Market Mares yang agak hambar, Terima kasih Danny Wong yang sudi menyumbang bahan pada malamnya dan 9W2TR tidak pernah mengecewakan dengan Cendol special sebelum 9W2MUC hadir dengan resepi tambahan cendol bang rashid.. saya entah berapa kali tambah. Begitu juga Hj. Rashid.

Sempat Fadhil berbisik pada saya, jika flea market makin suram mungkin kami akan menjarakkan acara ini setiap beberapa bulan sekali atau ia adalah yang terakhir. Tetapi jika demikian dilaksanakan mungkin kelab akan tiada lagi eyeball yang kerap sekaligus mematikan terus fungsi kelab. Manakala Kabin Mares terkini pula kembali ceria setelah bahagian luar nya dicat semula, air cond dan pendawaian baru oleh 9W2WF, 9W2FG, 9W2TR dan ramai lagi.

Saya amat-amat berharap agar kabin ini dapat berfungsi kembali sebagaimana ia pada mulanya. Bilik mengoperasikan radio HF, Callsign 9M4CME kembali aktif, dan ruang untuk santai... Jika terdapat ruang boleh juga dijadikan ruang tidur bagi kaki DX yang bermalam di dalamnya.

Pada masa mendatang, rumah kelab Mares harus mempunyai kabin lagi agar banyak lagi ruang aktiviti boleh dipelbagaikan. Bukan sahaja eyeball santai di bawah bumbung terbuka sediada tetapi suatu bilik operasi pelbagai guna, ruang tidur bagi ham jauh yang perlukan dan yang paling penting ialah kurang risiko digigit nyamuk... hehehehe..

Tetapi ini semua tidak bermakna jika hanya orang yang sama hadir pada setiap aktiviti dan yang sama juga memerah idea, Mares perlukan pelapis baru.. tenaga muda dan idea baru. Kerana ahli yang aktif kini pasti suatu hari nanti akan tiada dan kesinambungan rumah kelab sebagai suatu ruang aktiviti radio amatur di malaysia harus diteruskan.



P/S: Hanya Mares yang mempunyai Rumah Kelab pada lokasi yang tetap dan infra yang hampir lengkap.. sayang jika ia tidak dihidupkan dan terlepas begitu sahaja....    
  
Related Posts with Thumbnails