Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 26 Mac 2014

Kehidupan ini singkat, adakah sempat berbakti?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pantas masa berlalu, sedar tidak sedar umur saya semakin menghampiri cahaya senja. Lagi-lagi sejak tiada gigi hahaha.. mengunyah makanan tidak lagi sesempurna dulu dan ini adalah petanda Allah mula menarik nikmat saya sedikit demi sedikit. 10 tahun atau mungkin esok jika ditakdirkan sudah tiada di dunia ini siapa tahu..

Memasuki usia sebegini mengingatkan saya tentang apa sumbangan saya yang mampu dimanfaatkan oleh generasi pelapis akan datang. Ilmu saya tidaklah seberapa, harta juga tidaklah seberapa.. saya hanya punyai teman sebuah Bench Drill, Laser Cutter dan Welding Set selain bantal dan tilam usang di johor ini. Dengan sedikit hasil jualan produk kraftangan mampu sedikit sebanyak menampung kos makan dan minum di tengah bulan. Owh.. saya rindu zaman-zaman kegemilangan hobi radio amatur saya... jika masa mampu diputar pasti saya akan lakukan...

Ya hobi saya juga memasuki zaman-zaman suram dek penangan teknologi Internet. Pihak pemerintah sudah tidak lagi melihat kepentingan hobi yang saya cebur ini... prefix asal singapura iaitu 9M4 yang diletakkan status 'Reserved' (dengan harapan singapura pasti kembali ke persekutuan) sudah dilupakan.. pemerintah sendiri tidak tahu.

Ahhh.... kekangan kewangan dan jarak keluarga buatkan saya kerap buntu kebelakangan ini. Semoga tuan-tuan tidak menjadi seperti saya...

salam hormat dan 73...



P/S: Terdapat 2 acara yang akan di adakan April 2014 iaitu Eyeball santai di Kelab Mares dan VHF Contest. Juga tidak lupa Flora Fauna Dxing serta jika berkesempatan ke Taman Negara...
Related Posts with Thumbnails