Posting ini adalah rentetan dari cadangan saya mewujudkan satu acara pertandingan untuk warga radio amatur. Warga Marts sudah merintis melalui ARDF, Syabas! Dan khabarnya sudah ada penyertaan ke luar negara mewakili komuniti kita. Juga warga Sabah yang telah mengadakan baru-baru ini.
Berikut ialah cadangan saya… hanya cadangan…
Format sebenar contest adalah berbeza. Cadangan format ini adalah untuk pengenalan buat warga radio amatur yang belum pernah menyertai contest. Merasai.. dan enjoy hobi ini. J sambil berehat.
Maklumat lanjut rujuk :-
http://en.wikipedia.org/wiki/Contesting
(Dipetik dari newsgroup Mares)
Ada cadangan nak buka mini Dxpedition? Iota? totally HF dengan minimun 2 station. target sekurang-kurangnya minimum 2 Hari satu malam dengan tidak kurang min 500 contact (off peak propagation) atau 1000 (peak propagation) . Mode CW + Phone voice.Kalau ada please bagi idea lokasi.. Pulau? dekat pantai?atas pergunungan? etc... Tarkh mesti kena dgn ramalan propagasi (harap contest tak monopoli band.Ini sekadar cadangan.. belum lagi mutlak menjadi. Tapi bagi yang kaki hardcore... dapat 2 atau 3 station join pun dah jadik. :)sekadar cadangan tempat menarik yang boleh cover bukan HF sahaja tapi boleh Dxing VHF/UHF.
1) http://studio.netx1.com/hillresort/ - Coverage Singgora (Songhkla) dan Aceh
2) Genting Highland
3) Resort kemuncak Bukit Larut
Tempat hanya HF
1) Hutan Lipur kawasan KL
2) Pulau Perhentian
3) Pulau Meranti hehehe...
(Sambungan posting asal)
Disebabkan ramai yang tak arif tentang format Contest dalam amateur radio dicadangkan buat contest yang paling mudah dan senang difahami di VHF + 28Mhz (kerana populasi pemilik lessen B jauh lebih ramai). Setiap stesen (stesyen) hendaklah mendapatkan contact seberapa banyak stesyen yang boleh. Setiap stesyen yang Berjaya dilog akan diberi markah yang berbeza seperti di bawah.
Markah ikut point (Contohnya di dalam freq VHF dan lokasi di Bukit Maxwell)
Malaysia 9W2 – 6p
Malaysia 9M2 – 12p
Indonesia YB - 30p
Indonesia YC - 15p
Indonesia YD - 10p
Indonesia Lain2 – 6p
Thailand HS/E2 – 50p
Lain2 – 6p
Setiap peserta hendaklah mencatatkan log sekurang-kurangnya perkara-perkara di bawah. Kekurangan data yang perlu dikumpul akan ditolak markahnya. Penganjur akan menyediakan format log pada hari terbabit dan semua log mestilah dimasukkan ke dalam kertas tersebut.
Log Wajib.
Callsign
Handle
Masa GMT
Lokasi
Umur
Sebelum acara dijalankan akan ada talk tentang contest sebenar yang dijalankan di luar negara. Konsep New Multiplier, age, grid locator etc. Juga taklimat prosedur semasa pertandingan.
Lain-lain peraturan tempoh contest berlangsung akan ditetapkan dan maksimum power output juga dihadkan Acara ini mungkin boleh dijalankan secara berpasukan dimana setiap peserta akan bergilir-gilir mengendalikan satu stesyen dan setup stesyen yang paling baik, selamat dan kemas akan diambil sebagai markah tambahan.
Itu lerr idea saya. Kalau kita tak jalankan maka komuniti kita makin jauh ketinggalan. Malaysia sudah lama tidak menganjurkan contest (selain ARDF). 10 tahun? 15 tahun? Atau dah tak ingat. Maka idea saya mungkin mendetikkan kembali aktiviti ini. Kita kena enjoy hobi ini. Kena pelbagaikan, baru tidak bosan. Persaingan boleh dijalankan secara sihat antara komuniti-komuniti radio amatur yang lain. Hadiah tidak perlulah mahal, cukup sekadar piala dan sedikit hamper.
Selamat berfikir.. ini hanya cadangan saya, jika tidak jadi pun sekurang-kurangnya para pembaca telah berimaginasi sebentar tadi bagaimana mengendalikan steseyen contest dalam satu field day di luar rumah… adios!!
73!!
P/S: Kenapa saya memilih tajuk Iguana? Pada pendapat saya aktiviti radio amatur kita di Malaysia dah sedikit perlahan (kecuali ARDF). Dan saya memiliki seekor iguana yang mungkin akan saya dermakan sebagai hadiah johan bagi kontes itu nanti (itu pun kalau masih hidup) hehehe…
2 ulasan:
Saya amat menyokong dengan aktiviti ni dan ingin mendapatkan pengalaman bagaimana mengambil bahagian dalam CQ Contest. Walaupun baru2 ni ada WPX WW CQ Contest tapi tak reti sangat mungkin sebab kita kat sini tiada pendedahan diberikan. Apa2 pun saya menyokong aktiviti ni lebih2 lagi buleh DXing mesti best....73
Hehe..
Upgradekan dirimu dengan menduduki CW nanti hehehe..
Insyallah. Saya percaya hanya 30% warga radio amatur yang biasa dengan contest. Yang lain-lain tidak arif atau hanya pernah mendengar sahaja apa itu Contest. Callsign dari malaysia jarang-jarang ada dalam list DXCC kadang-kadang depa naik juling mata bila dapat dengar callsign dari negara kita masa Contest :p.. hahaha.. :)
Jadi nanti kalau diadakan nanti boleh la kita selitkan program pengenalan dan bimbingan warga radio amatur ke arah menjadi contester dari Malaysia yang digeruni ;).
Catat Ulasan