Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 14 April 2008

Lambang kemegahan 9Mike a.k.a kelas tertinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdullillah, keadaan saya semakin sihat. Walaubagaimanapun keadaan meniskus atau tulang rawan (biasanya disebut) masih tidak diketahui sehingga saya bertemu dengan doktor esok pagi. Semalam saya hampir putus asa apabila beberapa percubaan memperbaiki gamma match yang 'tahan lasak' tidak berjaya. Akhirnya saya memutuskan untuk ke Tanjung Piandang bertemu dengan En. Rahim.

Pemergian saya yang asalnya hanya berkisar masalah antena akhirnya meleret hingga ke suatu projek yang sudah lama tertinggal. Mustahil? tidak kot hingga ia akan diaplikasi nanti insyallah. Biar saya rahsiakan projek ini sehingga ianya berjaya.

Lewat malam barulah saya bertemu dengan Jaafar (bukan nama sebenar). Perbualan kali ini banyak berkisar CW... anda boleh membaca di laman blog beliau. hehehe...

Diakhir perbualan dengan Jaafar, saya dibawa menyelusuri kawasan perumahan di sekitar Parit Buntar melihat menara-menara yang menjadi kebanggaan warga radio amatur kelas A.

Sebelum lebih mendalam eloklah saya tekankan di sini agar pembaca dapat membandingkan antara Lesen A dan B. Ini bukan untuk menunjukkan gah tetapi justifikasi anda menyertai alam radio ini dan apakah anda telah mencapai tahap klimaks radio amatur? atau 'tewas' diawal permainan?

Bagi pemegang lesen kelas tertinggi hobi ini, memiliki sebuah antena yang besar dan hebat atau menjadi mercu tanda 'base station' sendiri adalah impian semua orang. Rata-ratanya sudah berjaya mengapai impian ini. Saya juga mengakui ini banyak membuatkan saya bakal menjadi cerewet apabila memilih rumah, lokasi rumah dan ruang laman rumah (lebih teruk dari feng shui). Kononnya ingin membangunkan sebuah menara tinggi mengandungi antena yagi HF yang 'gabak' besar. Nafsu serakah... hahaha.. :)

Jadi tidak hairanlah rumah warga radio amatur yang hardcore mempunyai menara dan antena yang besar. Tetapi bagaimana pula mereka yang juga hardcore tetapi berlesen B? Sayang jika mereka juga mempunyai menara yang tinggi.. antena yagi (10m mungkin) yang 'kontot'? Tetapi tidak dapat memaksimumkan 'kepuasan' bermain di freq 'terlarang'.

Oleh itu saya menyeru para pembaca blog saya agar mempertingkatkan had sediaada ke tahap tertinggi iaitu mengambil ujian CW. Ujian Kod Morse seterusnya ialah September (bergantung pada pengumuman semasa SKMM).

Jangan jadi ibarat orang yang 'mati pucuk' (maaf sedikit kasar). hehehe.. 'sangap'. Melihat dari jauh dengan penuh nafsu... :P

Dan apabila anda berjaya mempertingkatkan ke kelas tinggi nanti saya percaya, segala-galanya akan berubah. Tiada halangan lagi. 'Menara' anda boleh 'dipanjangkan; lagi. Antena anda boleh di'besar'kan lagi. Dan yang paling indah ialah anda boleh mencapai 'klimaks' di 'freq-freq' yang sebelum ini terlarang sebelum ini. Aduh!!....... syahdu! hahahaa... :p

Eh, apa yang saya merapu ni? ;)

Oklah, saya sertakan gambar-gambar koleksi antena dan menara yang sempat saya potretkan. Oleh kerana ketika saya dibawa oleh Jaafar melihat antena tersebut pada tengah malam jadi kebanyakkan antena sukar saya cam. Saya sekali lagi petang tadi meninjau.... aduh.. geramnya ;) kalaulah saya juga memiliki seperti mereka.


Ini ialah menara dan koleksi antenna milik En. Rahim. Beliau aktif bereksperimen di 2m dan jaluran TV Band III. Semuanya homebrew termasuk dengan menara sekali. Hebat!!



Satu lagi stesyen radio amatur di Parit Buntar. Cukup ganas hehehe... dari 1km dan cukup jelas dilihat.


Gambar lebih dekat. Khabarnya antena HF terbesar kat atas tu homebrew.


Untuk gambar lebih jelas, ketik pada gambar di bawah.

Satu lagi stesyen radio amatur yang tinggal di Parit Buntar sempat saya potret. Mudah dan ringkas. Dibangunkan di atas platform di belakang rumah.


Pandangan dari Barat, yang mana satu antenanya yer?



Tetapi ada yang merisaukan jika memiliki menara yang terlalu tinggi, pertamanya ialah kilat dan keduanya ialah risiko tumbang... Mmmmm.. tapi jika anda bangunkannya dengan perkiraan kejuruteraan yang betul maka masalah ini dapat diatasi dengan mudah.

Demikian catatan saya.... harap jangan yang kecil hati dengan penulisan saya. Ianya sekadar memberi semangat pada kawan-kawan untuk terus maju jaya dalam hobi ini. Jika anda mahu 'bermain', biarlah ia 'bertahan lama'. Dan jika anda 'bermain', biarlah ianya mencapai'klimaks'nya.. hahaha....
"Alang-alang menyeluk pekasam... alang-alang main radio amatur biar sampai kelas tertinggi"
Jangan lupa, ujian morse kod hujung tahun ini :)!!
73!
P/S: Saya terjumpa pautan ini. Sekurang-kurangnya kita masih ada ruang.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails