Saya telah dihujani dengan beberapa email yang bertanyakan tentang antenna Buddipole.
Gambar dari Buddipole
Ini rentetan dari pemergian Fahroe ke Kota Jakarta bersama aweks-aweksnya satu bas mencari antenna tersebut. Malang tidak berbau (dan antena juga tidak berbau hehehe).. antenna yang dicari tidak dijumpai. Rasanya antenna tersebut masih boleh ditempah melalui Internet. Atau jika anda berminat boleh membangunkan sendiri melalui gambarajah yang banyak terpapar di internet. Search engine seperti google atau altavista mungkin membantu. Seronok!
Ok, mungkin ada alternative lain untuk antenna yang mudah alih dan berkuasa. Tulisan saya kali ini adalah khusus untuk penggemar Dxing diluar rumah dengan kuasa yang rendah (QRP).
Bagi kebanyakkan pemilik handie talkie yang berkendali di VHF, mereka akan memilih akan menggunakan antenna teleskopik. Tetapi bolehkan antenna teleskopik ini dibangunkan untuk kegunaan HF? Atau VHF+UHF+HF? Jawapannya ada. Antenna ini telah dikormersilkan dengan nama Miraclewhip.
Gambar dari Universal-Radio
Gambar dari Miracle Antenna - Seorang pakcik sedang berkomunikasi
Saya pernah menggunakan kedua-dua versi kormersil dan homebrew. Sudah tentu yang kormersil adalah terbaik tetapi homebrew lebih memberi kepuasan. Malangnya antenna tersebut sudah tiada kerana belum dipulangkan dari peminjamnya. Versi kormersil sedikit rapuh dah kekerapan anda menala butang pelarasan lama kelamaan membuatkan sedikit intermittent. Saya masih mencari gambar yang hasil homebrew antenna buatan saya ini.
Bagi yang ingin membangunkan antenna ini boleh memuat turun artikel asal dari ARRL di http://www.savefile.com/files/1491884
Saya telah membangunkan 2 unit dan keputusannya amat memuaskan. Untuk gambaran sebenar dibahagian lilitan butang ferit boleh melihat di laman http://www.qsl.net/n2ffl/miracle%20whip.htm
Walaubagaimanapun bahagian yang sukar untuk dibangunkan ialah bahagian gegelung dan pelaras. Menggunakan berus tembaga bukanlah penyelesaian terbaik kerana pengoksidaan pada dawai gelung dan sentuhan pada pelaras yang akan haus kelamaan. Terdapat satu lagi teknik menggunakan 2 unit 12 arah/kutub suis sebagaimana teori di http://myweb.tiscali.co.uk/m1ios/html/wonder%20whip.htm
Ok, cuba bangunkan satu dan berikan maklumbalas pada saya.. semoga Berjaya!! Setakat ini di 40m band dari Puchong ke Alor Setar (9M2AR) tiada masalah dengan laporan 5/3. manakala ke Sumatera dan Kalimantan juga dalam 5/5. Semua komunikasi ini dilakukan dengan hanya 5W dan antenna ini. Mengagumkan bagi situasi portable QRP. :)
Buddipole? Diharap penulisan akan datang saya akan berkaitan buddypole dan projek homebrew antenna popular ini Insyallah. Kali terakhir saya lihat ada rakan membangunkan antenna mirip buddipole ialah di laman web 9M2AZ. Tetapi link ke projek beliau telah tidak aktif lagi atau telah dipadam ( http://www.qsl.net/9m2az/ )
JIKA KITA BOLEH BERJIMAT KENAPA TIDAK MEMBINANYA SENDIRI?
Selamat ber’homebrew’ dan menikmati hasil tangan anda.. 73!
P/S: Akhirnya saya menunaikan permintaan 9W2VXR, 2 tahun kemudian…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan