Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 15 September 2015

Tokyo Hamfest hari terakhir


Jumpa lagi... 

Paginya ialah hari terakhir Tokyo Hamfest. Seperti yang dirancang kami bertemu dengan mutalib di stesen shimbashi sebelum bergerak ke Big Sight.

Hari terakhir festival merupakan hari yang ramai ham radio jepun kejar kerana ramai pempamer yang mengambil bahagian akan melelong barang-barang radio. Kebanyakkan nya tidak mahu membawa pulang barangan yang belum habis dijual.



Keluar sahaja dari tren, dah nampak Big Sight.


Mutalib dan fadhil bergambar dengan simbol big sight.


3 Orang kuat bergambar dihadapan Big Sight.


Singgah di Kenwood... sambar lagi kipas free.


Terjumpa antenna analyzer dari MFJ yang paling latest... fuhh dugaan.


Bateri utk field day...


Harga boleh tahan...


Ini la alat fax melalui HF yang kormersil.. atau bahasa yang biasa kita guna, SSTV.


Idaman saya.. next year nak beli hahaha.. microphone amplifier.. tak perlu dah yang besar..


Banyak pilihan rupanya... Dum Dum..


FM Broadcast... YL tu..


Aktiviti bagi peserta kategori pelajar sekolah...


Banyak ferrite core yang dijual. siap dah buat utk eliminate interference...


Banyak rupanya produk dia..


Inductor yang dah siap..


Tapak LoTW... 


Berkenan juga saya yang kat bawah tu..


Ada idea yang boleh diciplak dari gerai ni..


fuuhh...


ni pulak bahagian satellite.. pprojek-projek satelit cube macam sprout.. Projek nano satellite.


siap dah pasang...


Fokus pada yang di pasang pada laptop... apakah ia? 2.4Ghz..


Pelajar yang terlibat dalam projek nano satellite.... boleh tanya macam-macam.. tapi sayang la, depa ni cuma faham bahasa jepun saja.


Ringkasan projek nano satellite atau sprout satellite.


Ni projek radio remote HF/VHF/UHF yang menang anugerah semasa festival... dengan guna satu Yaesu FT817, satu sim kad data dan litar controller... setup ini ditinggalkan jauh tetapi boleh diakses oleh pemiliknya dari mana-mana lokasi dengan menggunakan smartphone.


Bagi pelajar yang berminat dengan perkenalan projek eletronik... akan ada ham yang akan bantu di satu sudut ni.. menarik.


Biro QSL kad 


Balik pada gambar tadi.. projek soldering...


Replika satelite amatur milik JAMSAT.


Sesi mencuba radio baru...


Siri talk di sat lagi sudut menarik minat pelajar-pelajar mendengarnya... Perbincangan di konti radio ini disiarkan ke freq broadcast..


Sambung balik menguji radio baru Icom..


Icom IC-7300 terbaru.. ada direct sampling..


Bergambar kenangan di pintu keluar festival... perhatikan perkataan di belakang.. NEXT YEAR punya HAM FESTIVAL ialah 20 DAN 21 OGOS 2016! Bagi yang berminat untuk hadir boleh mula survey tiket murah ke sana ya hahahha...

Kami mula beransur pulang. duit Yen pun dah abis, manakala mutalib pula terpaksa membatalkan hasrat untuk menunggu lelongan oleh gerai WIMO kerana faktor ini.

Selamat tinggal Festival!!


Kami mula beransur pulang... dalam tren kami dipenuhi oleh orang ramai yang nak ke beberapa aktiviti di sekitar kokusai tenjijio. Di sini terdapat banyak tempat menarik spt Gundam City dan sebagainya...


Eh.. lalu New York? hahhaa..


Singgah di akihabara kembali.. kami berselisih dengan ramai gegadis jepun yang memakai kimono..
ada Festival apa ya?


Rupa-rupanya pada hari ahad, jalan di akihabara ditutup pada kenderaan dan khusus untuk pejalan kaki sahaja...


Riuh rendah dengan gadis promoter....


Ramai orang di jalanan... selesai urusan di akihabara.. kami mula beransur pulang...  saya tak ingat tapi ketika di akhibara, Fuji Musen ada menjual Rotator Yaesu G800 yang hanya RM1000 sahaja.. wow.. ada yang sambar rupanya.


Singgah di Ueno untuk makan malam. Beli kebab saja lah.. Selesai sudah.. ayuh pulang ke Minami senju...

Rupa-rupanya ada Festival Bon Odori di kejiranan tempat mutalib menginap. Juga tidak jauh dari hotel kami.. Owh. patutlah kami jumpa ramai gegadis berkimono rupanya di bandar tadi. Sampai di stesen Minami Senju, kami ke lorong apartment mutalib..


Ada jagong bakar.... mmmmm...


Festival ini di adakan atas jalan sahaja... tetapi agak ramai orang yang hadir rata-rata penduduk tempatan.


Santai sambil menikmati sotong bakar..


Warga tempatan dan emas tidak lepaskan peluang menari bersama.


Wah.. laki bini...


Pentas tengah dimana gegadis menari mengikut alunan muzik klasik jepun.


Lapaq la pulak bila tengok.. Jam 9 malam.. kami meninggalkan festival untuk pulang ke hotel... badan terasa penat.

Malamnya selepas mandi sempat saya belek-belek beberapa lagi tangkapan akhir semasa di festival...


Antara nya balun 4:1 yang kemas dan tegap ini.. apa yang menariknya ada lab certificate dan infra red   data bagi haba yang dikeluarkan oleh ferrite di dalamnya.


Ceramik tu..


Yaesu FT857ND 2nd hand yang berharga tak sampai RM1200... siap separation kit.


dan barang yang 9M2RDX pesan... fuhhh..

Entah jam berapa saya tertidur....

Sambungan


Related Posts with Thumbnails