Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 15 September 2015

Sayonara dan pulang ke Kuala Lumpur


Post terakhir.... fuhh. lega akhirnya.

Subuh agak awal di Tokyo.. sedar2 matahari dah naik. Saya selak tingkap dan lihat di bawah.. tiada kenderaan. Sama seperti 4 tahun lepas.. jalan di Asakusa memnag lengang.


Hah.. ada satu kereta lalu..

Selesai kemas, agenda bagi hari terakhir ini ialah menghabiskan sisa-sisa Yen dan singgah ke pasar Tsujiki.. ramai yang bilang lebih baik lihat lelongan ikan tuna di pasar tsujiki. Tapi penat punya hal maka kami pun tak jadikan ia agenda utama. Untuk melihat lelongan ini kami harus pergi ke pasar seawal jam 2 pagi utk dapatkan giliran... arghh.. taknak la huhuhu..

Jam 10 pagi check out hotel. Sebelum beredar, kami ambil kesempatan untuk singgah di masjid asakusa yang hanya beberapa puluh meter dari hotel kami.


Ini lah rupa masjid asakusa..


Sepanjang perjalanan kami ke masjid asakusa rupa-rupanya merupakan deretan kedai membuat kasut dan aksesori pembuat kasut.


Antara barangan aksesori kasut yang dijual ditepi-tepi jalan..


Kebetulan ada pula CQ Residence... CQ CQ hehehe..


Sampai di hotel, nak ambil beg di hotel sebelum terus checkout baru terperasan rupanya ada poster tentang pesta bon odori yang kami singgah semalamnya.

Kami singgah di Pasar Tsujiki..


Ada orang borong pisau di pasar ni...


Sahabat saya fadhil....


Antara yang sempat saya shoot..


Masa nak pulang, ada kereta yg bawa pokok...


Polis trafik sedang bagi nasihat pada pesalah trafik.


Salah satu yang kami singgah ialah Tokyo Metropolitan Government Building... satu kaedah murah nak lihat keseluruhan tokyo tanpa perlu bayar apa-apa.. Free..

Memandangkan ada sahabat yang memesan untuk membeli SWR meter yang cover hingga 2Kw..  singgah jap akihabara... buat kali terakhir.


Sambar satu... dan terus bergegas keluar akihabara


Ternampak ribbon cable 300 ohm transparent... wow.. lebih murah dari malaysia.. yg saiz besar! cuma RM1.80 semeter.. Yen dah takdak adoii


Best kalau dapat ni..

Terus ambil beg yang disimpan di locker stesen Shimbashi dan kami beransur ke airport...


Memang indah pemandangan dek peninjau airport haneda ni..


Dan hasil tangkapan kali ni... fuhh..

Ok, berakhir judah trip kali ni. semoga ada peluang untuk kembali lagi ke negara matahari terbit Insyallah...

:)


Related Posts with Thumbnails