Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 4 September 2015

Kayuhan santai di Osaka



Memandangkan kelmarinnya merupakan hari pesta Bon Odori di bandar Osaka, banyak kedai yang tutup, kami terpaksa menunda program pada hari ini untuk ke Nagoya.

Di Nagoya terdapat beberapa kedai yang menjual gadget-gadget elektronik di sekitar Osu Konnan.. Seperti yang saya ceritakan, terdapat 3 tempat yang mempunyai  kawasan khusus menjual gadget-gadget berkaitan ham radio iaitu Akihabara di Tokyo, Den den town di Osaka dan Osu Konnan di Nagoya.

Bagi memenuhi permintaan sahabat yang ingin mencari radio 2nd hand dan replacement display Yaesu FT857 dan memudahkan perjalanan kami.. kami memilih untuk hanya menyewa basikal yang hanya ¥500 sehari. Dengan berbasikal kami dapat menjelajah lebih jauh ke seluruh Osaka.


Fadhil bergaya dengan basikalnya..


Orang gemok pun boleh.. hehehe..


Akhirnya sampai juga di Osaka Castle..


Sempat bergaya.. hahhaha.. berlatar belakangkan Osaka Castle


Pinggir Bandar Osaka masih lengang.. mungkin sebab awal pagi.


Singgah kedai basikal kerana tayar pancit.


Selesai mengayuh.. dan singgah di pasar Kuromon.. kami singgah di Euda Musen. Tiada apa yang menarik untuk dibeli. Kami mengambil langkah-langkah kawalan ¥ hahahha.. sebab duit dah tak banyak.


Perjalanan diteruskan ke kedai yang menjual aksesori Arduino dan Rasberry Pie... agak banyak kedai-kedai ini.


LCD yang biasa dijumpai...


LCD lagi...


Audio amplifier dan projek-projek yang digabungkan dengan Arduino..


Boleh tahan...


Ok la... layan..


lagi jenis-jenis LCD.


Shoot dekat sikit...


Aksesori..


Apa ntah..


Lagi modul-modul....


Barisan kapasitor..


Pilih bang..


Pandangan sisi.. nama kedai tak ingat tapi macam Kiroyitsu gitu... kedai ini ada 3 di den den town.. kena pergi ke tiga-tiga kedai beb...


Lagi..


Lagi...... memang banyak pilihan. Kalau kaki Rasberry/Arduino datang.. banyak ilham boleh dapat.


Dah masuk bab mekanikal robotik...

Pada hari pertama kami di osaka, seperti yang saya beritahu banyak kedai-kedai yang menutup perniagaan sempena pesta Bon Odori. Salah satunya ialah kedai yang terpencil dan hanya satu-satunya bangunan di tengah2 bandar.


Ini lah kedai yang saya maksudkan. Kedai yang menjual radio-radio 2nd hand paling banyak di Osaka. Kedai ini terletak 1 baris di belakang jalan utama Den Den Town.


Beberapa shoot gambar yang sempat saya rakamkan. Atas permintaan pemilik kedai ini agar tidak merakamkan bahagian-bahagian radio lain yang lebih ekzotik hahahhaha...


Memang menarik harga yang ditawarkan..


Antenna radio tentera.... saya perasan 6M band dan satu lagi 40M band.


Miming Old School...


Antenna 50Mhz tentera...


Lagi radio 2nd Hand..

Jam di tangan dan menunjukkan jam 3 petang. kami hanya mempunyai 2 jam sebelum matahari akan terbenam. Ini kerana kami harus kembali ke Tokyo sebelum malam. Mutalib dan Pak Lah khabarnya singgah ke Kyoto menikmati Romantic Train di sana.. kemudian barulah ke Tokyo.



Menaiki Tren lokal ke Shin Osaka sebelum beralih ke tren Shinkansen antara bandar.


Fadhil sempat bergambar di hadapan tren shinkansen.


Ahaaa... Hikari!

Perjalanan kami mencecah 2 jam ke Tokyo. Sampai sahaja di Tokyo, sudah gelap. Kami beralih ke lokal tren laluan Yamanote JR sebelum ke Koban JR Line di stesen Ueno dan turun di Minami senju station.

Memang hotel yang dipilih ini sedikit pinggir dari pusat bandar kerana kos nya agak murah. Sangat berbaloi kerana bilik jenis ryokan di hotel Juyoh yang kami pilih ini berdekatan dengan masjid jamii Asakusa. Tambahan pula terdapat satu supermarket murah di hadapannya. Hotel ini mempunyai dapur yang lengkap untuk memasak.


Turun dari stesen Minami senju, kami perlu berjalan 7 minit merentasi 1 persimpangan sebelum tiba di hotel. Terperasan ada sesuatu yang janggal pada lif.


Waktu berfungsi lift adalah ankara jam 4:30 hingga jam 25:00... pukul berapa tu jam 25:00? huhuhuhu... hebat waktu orang jepun rupanya...


Permandangan dalam bilik hotel Juyoh. Sangat luas... Bang Feroz dan Bang Aziz sedang menyiapkan Sayuran Salad bagi makan malam kami.


Dan makanan malam saya...


Ok.. nak pergi basuh pinggan, terperasan lagi...


High Power Detergent.... ingatkan radio ajar yang high power hahahahaha....

Malam yang sangat penat. Saya tidur awal untuk memberi peluang berehat sepenuhnya. Ini kerana esok harinya adalah kemuncak kedatangan kami ke jepun iaitu menghadiri Tokyo Ham Fest di Bight Sight......

ZzZZzZzzzzzzzz......

Sambungan....

Hari pertama di Festival Radio
Related Posts with Thumbnails