Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 7 September 2015

Tokyo dan hari pertama Tokyo Hamfest 2015





Pagi yang tenang di Asakusa di mana kami menginap... tak banyak kenderaan yang lalu lalang di hadapan hotel kami.

Perjalan kami kali ini ke festival tidak sama seperti tahun lepas. kali ini kami menggunakan tren Yurikamome yang melalui kawasan baru pinggir Tokyo. Kawasan ini dikira kawasan baru di Tokyo dengan laluan tren meliputi Gundam City, New York (tokyo), tapak festival pantai dan laluan tren ini sangat mengujakan sebab ia akan membuat pusingan di tengah-tengah laut.

Ok.. sampai di Kokusai tennjijio kami berjalan kaki 1 minit sahaja untuk sampai di Big Sight.



Bergambar di hadapan banner Hamfest.


Orang sudah pun ramai beratur. Mutalib dan Pak Lah ada dalam lautan ham yang sedang beratur. Selepas beli tiket, beratur dan mendengar ucapan aluan Bapak Presiden JARL. kami mula memasuki ruang pameran.


Antara bahan pameran terawal yang sempat saya rakam. C4FM Wares..


Pameran geng-geng penembak bulan... ganas..


Rigol DSA815-TG... next festival Insyallah akan sambar..


Serbu!... jualan barangan 2nd hand


RM30 seketul.. High Voltage Capacitor.


Dah ada barangan yang telah dibeli.... Gramaphone?


Ni waktu outdoor amat sesuai. Signal Meter gabak besar. pasang kat dinding bagi para pelawat yang datang nampak.


Barisan radio lama untuk dijual.


Grid Dip Meter...


Antara Ham radio yang telah berjaya memborong.. keletihan mungkin.


Dummy Load untuk Microwave..


MRF150... berkilat baru.


Mic Amplifier... menarik beb.


CW QSO dengan telemtri printer untuk semakkan..


Microwave..dari case projektor filem


Low Band Receiver dan Antenna.


Tapak peminat antenna Loop..


Shoot dari sisi..


LF/MF Club...


Linear Amp spare part dan home brew..


antenna dan komponen bagi peminat microwave.


Antenna saja pun dah mahal...


Nak main 1.2Ghz, 2.4Ghz dan 1.8Gz tapi takder modal nak buat litar? amik dari PCMCIA kad ajer..


Ada satu produk antenna analyzer yang menarik!.. Comet CAA-500 siap dengan digital screen.


Risalah analyzer ni...


Eh.. ada kanak-kanak dok cuba radio!


Ada sesi on air bersama YL... 


hasil tangkapan kali ini... awal2 dah sapu. takut duit abis.


Gerai jualan Connector... saya dah lupa kenapa Guni tu ada kat dinding.. mungkin sapa-sapa yang nak borong connector boleh beli ikut guni mungkin hehehehe...


 Wimo buka booth... Saudara Mutalib 9M2SQL kelihatan menitis air mata....


Antara produk yang dijual...


Shoot dekat sikit.. SDR mencecah 3Ghz dan MiniVNA beb...


SDR lagi...


Sedikit Info perbandingan analyzer..


Harga nya pula.. 9M2SQL mula berhenti keluar air mata bila lihat harganya...


Huh... Sebenarnya harga nya agak mahal. Jika sekadar nak monitor AOR sudah memiliki spesifikasi SDR yang baik. Jika untuk TX pula, Alinco pun ada power TX hingga 100watt... atau ICOM yang terbaru.


Wow... HackRF One beb..


Booth QSO dan menguji radio...


Radix.. jenama yang ada kelas yang tersendiri...


satu komuniti yang membangunkan minat radio amatur dikalangan masyarakat Jepun.


Terserempak dengan Kazoo (9M2ADX) di bahagian asas sains. Beliau bertugas saban tahun disini. Satu bahagian yang bagi saya amat bagus kerana ia mensasarkan kanak-kanak dan pelajar sekolah agar meminati sains dan hobi elektronik.


"Eh.. dengar suara la!" mungkin ini yang dikatakan oleh kanak-kanak ini.


Apa yang kanak-kanak ini kendalikan ialah satu litar yang menggunakan cahaya sebagai media menghantar suara. Terdapat 2 tranceiver yang mana ia mengandungi 1 punca cahaya sebagai pemancar dan 1 solar panel sebagai penerima... suara yang memasuki ganggang telefon akan ditukarkan ke denyutan cahaya... cahaya akan terpancar ke satu lagi transceiver dan mengenai solar panel. Solar panel bertindak sebagai foto sel akan menukarkan cahaya kepada denyutan elektrik dan seterusnya amplifier yang menguatkan isyarat ini menukar ke dalam bentuk suara melalui speaker ganggang..


Ini litarnya.. kata Kazoo..


Saya tak ingat nama kits yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini... ia seperti konsep magnet yang memotong fluks akan menghasilkan arus elektrik.


Ruangan pameran projek-projek ham radio jepun yang memenangi pelbagai kategori pertandingan sempena Festival kali ini. saya amat tertarik projek remote radio yang menggunakan yaesu FT-817, Arduino dan Sim kad data. Radio ini ditinggalkan di tempat remote di atas tower. Dengan menggunakan data, ia menjadi radio remote dan ditinggalkan jauh di pedalaman. pemiliknya boleh bila-bila masa log in dan tx dari rumah ke radio ini.


Antara majlis yang sedang berlangsung.


Kenang-kenangan utk kazoo...


tak ingat nama projek ni... 


Owh.. radio Short Wave...


Teori antenna..


Kenangan buat kami... Saya, Mutalib dan Fadhil.


Nak beli tak mampu.. dapat sentuh jadi la..


Gadis Litar...

Jam dah mencecah pukul 5 petang. kami pun mula beransur pulang. Oleh kerana Mutalib masih belum menyelesaikan misi mencari kit Arduino/Rasberry, kami singgah ke Akihabara...


Berbincang tentang antenna yang ada...


Tower ni boleh ciplak ni... hehehhe..


Bergambar kenang-kenangan...


Eh.. ada orang jual bauhulu...


Rehat dulu.. memang penat berjalan dari pagi sampat nak malam...


Tiba-tiba kelibat kereta ni datang untuk ambil parking.. kami pun ambil keputusan untuk balik ke hotel.


Dah gelap.... atas tren..


Antara Hasil tangkapan untuk sahabat-sahabat saya di malaysia... nampaknya duit Yen saya hanya tinggal untuk beli air masak esok huhuhuhu...

Bersambung.....

Hari Terakhir di Festival....
Related Posts with Thumbnails