Alhamdullillah, saya sempat melarikan diri dari tugasan yang sibuk sangat-sangat di pejabat baru di JB. Tambahan pula tugas 36jam tanpa henti di CIQ tambak johor sebelumnya banyak memberi kesan pada mental saya.
Untuk lari dari semua ini saya telah 'backpack' mencari kesejukkan di luar malaysia, trip menjelajah dengan keretapi ini mengambil masa yang sedikit pendek tetapi benar-benar memenatkan. gambar saya banyak berkisar dengan Beijing dari bandar-bandar yang lain seperti Tianjin. Total shoot ialah 5000 keping dengan Nikon D300 kesayangan saya dengan suhu terendah -2 Celcius. Fungus mula kelihatan berkembang sebaik saya kembali ke Malaysia.
Kita lari dari topik radio seketika... ;) hehehehe..
gambar setibanyanya saya di Beijing, bandar yang terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Suhu mula meningkat hingga 4 celcius. tidak seperti ketika beberapa hari sebelumnya Obama dan ribut salji turun di kota ini.
daun sudah mula gugur di sini.. kesan perubahan awal musim di sana.
makanan eksotik yang mampu menitiskan air liur (dan air hidung dek suhu terlalu sejuk).. perhatikan tapak sulaiman, daging ular, benda berduri kat dasar laut tu, kala jengking, dan banyak lagi... terliur ;)
Ni pula ialah motosikal dengan badan kereta hehehe... teringin saya nak bawak balik satu buat jalan2 hahaha... jimat dari kancil ni.
Situasi ni ialah satu pemeriksaan biasa di Tianjin di mana hanya penduduk Tianjin dan beberapa lagi kategori sahaja yang dibenarkan tinggal dan bekerja. Ini bermakna penduduk luar kota ini (dan lain-lain kota) memerlukan permit khas untuk tinggal dan bekerja. ia mengurangkan penghijrahan beramai-ramai penduduk luar dan mewujudkan masalah sosial.. bayangkan China terdapat 1 bilion rakyatnya.
Biasa la... kasut beku daa...
Ya Allah... ramainya umat nak mendaki... saya hanya sempat sampai kat atas tu.. Lepas tu fikir nak turun balik.
Pemandangan dari atas Tembok besar... yang ni di Badaling, terdapat juga tembok besar yang lain dan ia merangkumi 6000km jarak (jika tidak silap). salah satu keajaiban dunia sehhh -UNESCO.
Masa untuk pulang. terdapat jaringan keretapi ke Tembok Besar ini. wsalah satunya ialah Badaling. Anda boleh mengaksesnya melalui stesen keretapi Beijing utara kalau tak silap. Ada beberapa lagi pintu masuk selain Badaling tetapi yang ini antara paling mudah akses melalui bas awam dan keretapi yang murah. ianya antara yang terjaga rapi.
Salji dah mula cair, suhu ketika itu sudah hampir meningkat ke 8 Celcius.
Layan pertunjukkan akrobatik malamnya. Boleh la tahan tapi nak tengok orang terkangkang-kangkang hehehehe... layanzzzz....
Soal makan usah khuatir, di Beijing terdapat banyak Hutong-Hutong iaitu rumah-rumah pembesar yang berhimpit sekitar Kota larangan di Tianmen. kalau anda rajin menyusur akan terjumpa makanan halal.. tapi awas ya, tidak bagi arak ;).
Soal makan usah khuatir, di Beijing terdapat banyak Hutong-Hutong iaitu rumah-rumah pembesar yang berhimpit sekitar Kota larangan di Tianmen. kalau anda rajin menyusur akan terjumpa makanan halal.. tapi awas ya, tidak bagi arak ;).
Waduh pak.. Sup sedap lagi panas. Di sini saya melihat nikmat makanan. Jika suhu sejuk sebegini, sup panas paling sedap.. owh satu lagi, Aiskrim memang sedap dimakan time ni. Tetapi nikamt mengunyak coklat tidak bagi musim sejuk. Coklah akan terasa seperti mengunyak snek wafer manakala krimer coklat ibarat mengunyah mentega keras dari peti ais hahahaaha.. Cuba-cubalah tanya Pak hamid 9W2TU tentang makanan apa yang paling nikmat di makan masa musim sejuk... ;) lawati Yellow-cruisser.com.
Sempat bertemu dengan Mr. Wang, rakan sejawat saya dari Kerajaan China. Beliau mengajak bersama makan tengahari di Wangfujing bersama isterinya. walaupun bahasa Inggerisnya agak sederhana tetapi layanan beliau aduss... Perkenalan kami adalah melalui Fuad semasa satu tugasan di Korea yang lepas.
Sesi bersenam di sana agak perit.. Peluh tak keluar-keluar. Supaya stamina bertahan sepanjang backpack, pagi-pagi dan berjalan supaya peluh keluar... mmmm tak jugak sehh...
Sesi bersenam di sana agak perit.. Peluh tak keluar-keluar. Supaya stamina bertahan sepanjang backpack, pagi-pagi dan berjalan supaya peluh keluar... mmmm tak jugak sehh...
Tepi tempat bersenam tu (Istana musim panas) tasiknya membeku. Dapat la tengok orang berjalan atasnya. Saya pun mencuba tetapi.... di mana saya berjalan terdengar rekahan ais. terus tak jadi... takut ;).
Balik semula ke medan Tianmen... cadangnya nak ke Russian market. Tak jadi. bas sini murah, hanya RMB1 (RM0.50). Jangan terkejut kerana konduktornya wanita, konduktor kedua wanita dan drivernya pun wanita! Perghh.. bas panjang ni.
Saya suka cara kawad komunisnya... ganas. Bila dengar derupannya cam background game Red Alert pulak. kommrade!! hahahaha...
Ni muzium ketenteraan Chinna. Sebelahnya ialah Kementerian Pertahanan Chinna. saya dihalang dari mengambil gambar bagunan sebelah oleh anggota SWAT.
Hummer? owh tidak. ini adalah versi Chinna.
Nuijie, cari makanan halal lagi... makanan pun boleh tahan murah. Food court ni kat atas. bawahnya shooping compleks halal.
Pemandangan nya...
Pemandangan nya...
Bercakap soal makanan halal, yang ini saya paling suka masa di Tianjin.. soya apa ntah lupa dah nama kat malaysia.. wallaa... sodap. (update-Tau fu fah dengan sos kicap)