Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 11 April 2008

Rugi atau untung?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali.

Sekadar menjawab beberapa soalan dari pembaca. Saya tidak dapat menjawab semua persoalan tuan-tuan kerana ada yang diluar dari pengetahuan ilmu saya. Jika termampu insyallah akan saya bantu.

Terdapat pembaca yang telah membangunkan projek teleskopik antenna dalam posting yang lepas. Ada juga yang sukar mendapat bacaan SWR yang bagus atau terbaik bagi semua jalur HF, VHF dan UHF. Ini adalah normal. Saya juga tidak dapat meliputi antenna buatan saya dengan keseluruhan jalur tersebut. Disebabkan gegelung yang dibina adalah kekal dan perlarasan gegelung tidak membantu, maka alternatif yang boleh membantu ialah melaraskan kepanjangan teleskopik. Kepanjangan yang sesuai akan ditanda untuk mudah mengingati.

Soalan kedua dari pembaca ialah gelung ferit yang sesuai. Saya menggunakan gelung ferit berdiameter 3.5cm (16swg) dan projek yang pertama ialah 2cm (kecil sedikit dari 16swg). Kedua-duanya memberi prestasi yang baik.




Demikian pengalaman yang dapat saya kongsikan. Minggu ini saya sedikit sibuk dengan lens baru 50mm f1.8. Mmmm... bukaan f1.8 cukup bagus! Respon AF yang cepat. Rasanya lens ini hanya untuk light box sahaja mungkin. Produk-produk mini yang harus dipotretkan.



Hasilnya sedikit tajam dari 18-200mm VR saya. Gambar di bawah ialah shoot pertama selepas dipasang pada nikon D300..


Asalnya saya hanya ke Komtar untuk membeli stok IC untuk projek. Entah macam mana tersinggah ke kedai Snap n XXXX . Asalnya mencari Macro lens Nikkor seondhand... terjumpa pulak lens ni. Nafsu punya pasal jadi saya ambillah.. dengan harga RM360 baru. Dalam perjalanan pulang terasa rugi pulak sebab banyak lens yang dah cover 50mm. Tapi bila shoot dua tiga kali... rasanya tidak, selepas beberapa hasil yang sangat memuaskan. Saya masih untung kerana lightbox saya adalah tempatnya.

Ops.. ini blog radio hahaha...

Oklah.. itu saja. hingga jumpa lagi. 73!

P/S: 9M2GL menulis tentang memancar di negara orang, info yang bagus untuk dibaca.

4 ulasan:

9M2IBR berkata...

lens 50mm f1.8 adalah lens 'mesti ada'. Tak lengkap dslr tanpanya. Jika berkemampuan boleh juga mendapatkan 50mm f1.0 :-)

Jurukaka berkata...

Mm... selepas mencuba beberapa kali, memang benar kata tuan lens ini adalah satu kemestian ada. :)

Tanpa Nama berkata...

lagi satu, kalau mampu, dapatkan flash diffuser jenis gary foong. ianya lebih baik dari stofen. di singapura, harganya lebih murah.

Jurukaka berkata...

Terima kasih, saya akan mencubanya nanti. Flash diffuser ala Gary Foong cap ayam paling murah dalam RM45. Nice idea ;)!

Related Posts with Thumbnails