(Artikel ini berada dalam bentuk draf sejak 4 tahun yang lepas)
Saya menerima panggilan telefon dari 9W2TZ Bang Hanafi di Alor Setar yang terlantar di katil kerana stroke. Beliau meminta saya membina satu antenna Loop untuk 40M band sebagaimana Pak Saito di penang. Malangnya saya tidak lagi membina antena ini kerana faktor kesihatan dan kekangan ruang sejak saya berpindah ke Putrajaya sejak 4 tahun yang lepas.
Sambungan...
Masih ingat semasa National Field day yang lepas di bangi? antenna magnetic loop yang digunakan tempohari?

Sedikit perkongsian bacaan SWR dengan menggunakan kapasitor lain dalam julat 20pf-120pf ... kali ini dapat cover 14mhz, 18mhz, 21mhz dan 24mhz sebagaimana design yang diperolehi dalam pengiraan.
Bagi yang berminat homebrew boleh menjengah ke laman
http://www.66pacific.com/calculators/small_tx_loop_calc.aspx
http://www.66pacific.com/calculators/small_tx_loop_calc.aspx
Loop untuk saudara Allahyarham 9M2RDX sedang dibina pada 2013 jika tidak silap saya.
Menggunakan Variable Capacitor
dan pada 14.200Mhz
18Mhz mantap!
21Mhz ok
24Mhz masih ok
Ini saiznya yang sebenar
Pada Karnival Perisik 2019 di Maeps Serdang terjumpa loop digunakan untuk tujuan monitoring.
Jenama MFJ rupanya.. digandingkan dengan peranti SDR
Perhatikan Loop 40M band pada dinding dan 2 loop lagi yang baru sahaja saya siapkan untuk beberapa orang sahabat.
Saya membengkokkan loop menjadi Hexagon kerana bengkel yang ada di rumah saya tidak dapat membentuk menjadi bulat atas faktor saiz dimeter tidak sama dengan mould.
Yang ini untuk kegunaan saya sendiri
Dan yang ini untuk dipos ke Temerloh ketika itu. Allahyarham 9M2RDX memesan satu set tanpa capacitor. Pada Konvensyen Ham Radio di Pahang 2 tahun lepas, saya ternampak loop ini telahpun menjadi milik orang lain.
Yang ini pula ialah buatan saudara 9M2YOT yang berjaya membengkokkan tepat menjadi bulat.
Aapapun tips terbaik ialah, lebih besar diameter materia loop yang digunakan adalah lebih baik sebenarnya. Baik bagaimana? cuba eksperimen dengan calculator di link di atas.
Hingga jumpa lagi!