Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 14 Februari 2020

Malaysian Field Day 2018 Dan Kenangan Van Mares

Malaysian field day dan kenangan projek van.

Akhirnya berjasa juga van ni untuk projek2 begini. Field day sempena hari malaysia di lokasi terbaru bagi saya ni amat best lagi2 interference rendah. Aziz 9m2one dengan antena sepanjang 1km dapat direntang baik mampu menangkap signal di MW dengan jelas tanpa kehadiran QRM. Freq amatur pula di 40m penuh dengan contest dari stesen Indonesia membuatkan kami hanya leka menjadi SWL di freq broadcast. Tetapi kerana freq clean...SW lebih syiokk.. 

Sangat santai malam itu sambil mendengar siaran radio shortwave. Lokasi ini ternyata paling kurang interference.

Malamnya kami dipukul angin kencang. Mujur kelengkapan radio sudah disimpan di dalam van.

Cuma nya cuaca yang mendung dan angin kencang menduga kami. Ramai orang yang menjala dan menyauk ikan todak di pesisir pantai.

Terdapat aktiviti menyauk anak ikan todak yang bermain di persisiran pantai di sini.
Mungkin akan datang akan mengikuti lagi senior2 ham radio untuk field day disini Insyallah..

Lokasi pantai aceh, Pulau Indah Klang.
Related Posts with Thumbnails