Anda adalah tetamu ke blog ini.

Khamis, 8 November 2018

Cadangan mengadakan Antenna Party di Putrajaya 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya bercadang untuk mengadakan Antenna Party di Putrajaya. Antenna Party ini merupakan satu program bukan bertujuan untuk membuat profit, membantu ham radio yang berminat membina antenna radio sendiri serta merasai pengalaman homebrew antena asas sendiri. Ianya amat sesuai bagi ham radio yang belum mempunyai antenna base station dan antena kenderaan. Saya mencadangkan peserta boleh memilih membina satu dari pilihan antena ini.

Berikut ialah gambar antenna party yang pernah dijalankan di Johor Bahru suatu ketika dulu yang saya ambil dari FB Jasra.


Pemotongan antena yang telah selesai dibengkokkan


Setiap peserta membina sendiri antena dan sama-sama dibimbing.


Diskusi


Pematerian kabel


Antenna dibengkokkan dengan tube bender. 

2 pilihan antenna yang dicadangkan ialah antena Slim Jim (untuk rumah) dan antena ground plane (untuk dipasang di pada handy atau mobile).


Antena Slim Jim 


Contoh antenna ground Plane

Berikut ialah gambarajah antenna yang bakal dibina untuk gambaran awal aktiviti ini


Gambarajah antena slim jim


Antena Slim Jim. Perhatikan cara melaras bagi mendapatkan bacaan SWR sangat mudah iaitu menggerakkan sambungan kabel ke antenna atas atau bawah.


Bagi antenna Ground Plane, menggunakan 1/4 gelombang adalah paling mudah dan ringkas bagi mereka yang belum mempunyai antenna kereta.

Kita tinggalkan pasal antena ground plane sebab mudah.. lihat pula radiation patern slim jim ini






Dalam keadaan Horizontal, take off angle antena ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai halangan di sekeliling base station.

Jika kena pada ukuran slim jim mungkin boleh bekerja dalam 2 freq iaitu 145mhz dan 440Mhz 



Dan pada sudut Vertical pula antena ini bersifat omnidirectional dan sesuai bagi qso stesen di sekeliling.


Gambarajah di atas ialah dimensi antena yang akan dibina sekiranya memilih 145.500Mhz sebagai freq tengah dan padankan dengan gambarajah di bawah bagi mengetahui panjang antena yang akan dibina dan kuantiti bahan yang diperlukan. Sekiranya ingin membuat pengiraan berdasarkan freq yang anda ingin tentukan bolehlah melawat ke https://m0ukd.com/calculators/slim-jim-and-j-pole-calculator/

Ber
 Bagi memahami lebih lengkap cara antena i i berfungsi dan ciri-cirinya ada baiknya melawat ke laman https://ac8gy.com/dual_band_slim_jim_antenna.html


Slim jim ini ialah antena J Pole asasnya.

perhatikan perbezaan J Pole dan Slim Jim

Bahan- Bahan yang diperlukan untuk membina 1 unit antena Slim Jim



1. Alluminium Tube 10 kaki dengan diameter 3/8"
2. Kabel RG58 dengan panjang minima  X 2 meter


3.1 Bagi connector terdapat pilihan samada menggunakan PL259 X 1 unit

3.11 Dan semestinya adaptor ini juga perlu sekiranya ingin membuat sambungan kabel X 1 unit


3.2 Atau menggunakan SO239 jenis ini yang sedikit mahal X 1 unit

4. Ring Lug Connector X 2 unit












5. Hose Clip bagi mengikat kabel ke antenna dari jenis stainless steel X 2 unit



6. PTFE Pipe untuk memegang gap X 10cm


7. Shrinkable tube bagi menutupi kabel yang terdedah X 10cm



8. PVC Trunking yang akan dijadikan pemegang gap tengah-tengah antenna X 20cm


9.1 Cable Ties besar bagi memegang cable RG58 dan batang PVC pemegang antenna X 3 Unit 
9.2 Cable Ties Kecil X 3 unit



10. PVC paip saiz 1 inci untuk memegang antena X 50cm


Antenna ground plane 1/4 wave

Bagi membina 1 unit antena mudah ini, berikut ialah bahan-bahannya


1. 1 batang rod tembaga (welding) 1 meter


2. PL259 untuk kabel RG213


3. Tape elektrikal

 Peralatan yang diperlukan dalam projek ini :



1. Hot Air Gun

2. Solder/Timah


3. Hot Glue 


4. Tube bender


5. Tube Cutter



6. Pita ukur


7. Soldering Iron


8. Antenna Analyzer


9. Atau SWR Meter manual


10. Pisau


11. Skru driver

12. Cutter


Ringkasan projek dan kos boleh saya senaraikan seperti dibawah :

Bil
Bahan
Kuantiti
Kos anggaran kasar
1
Alluminium Tube 3/8”

10 kaki
RM12
2
Kabel RG58 

2 meter
RM5
3
PL259 (RG58)
1 unit
RM4*
Adaptor Female to Female
1 unit
RM4*
SO239 (RG58)
1 unit
RM10*
4
Ring Lug Connector
2 unit
RM1
5
Stainless Hose Clip
2 unit
RM5
6
PTFE Pipe ID 3/8”
10 cm
RM2
7
Shrinkable Tube 8mm
10 cm
RM2
8
PVC Trunking 25mm lebar
20 cm
RM3
9
Cable Ties Besar
3 unit
RM2
10
Cable Ties Kecil 
3 unit
RM1
11
Paip PVC OD 1 inci
50 cm
RM5
JUMLAH
RM48

* Pilihan perlu pilih connector 
** Perkataan bertanda merah adalah kos yang boleh dikurangkan dengan cara berkongsi dan pembelian pukal. 
- Misalnya Alluminium dijual dalam 20 kaki sebatang berharga RM12. Ini bermakna 1 antenna menggunakan hanya 10 kaki sahaja dan baki 10 kaki lagi boleh dikongsi oleh peserta lain.
- Ring Lug Connector dijual dalam 100 unit satu pack yang purata adalah 20 sen seunit 
- Pembelian Stainless Hose Clip secara pukal boleh menjimatkan sehingga 50% kos anggaran kasar.
- 1 meter Shrinkable tube berharga RM2 dan yang digunakan hanya 10 cm sahaja.
- Cable Ties kecil dan besar sangat murah jika dibeli secara pukal.

ANGARAN KOS JIKA BERKONGSI/PUKAL BAGI PROJEK SLIM JIM IALAH RM30 SEUNIT

Bagi antenna 1/4 wave pula :

Bil
Bahan
Kuantiti
Kos anggaran kasar
1
Rod Welding Tembaga

1 meter
RM6
2
PL259 (RG213)
1 unit
RM4
3
Electrical tape
1 roll
RM2
JUMLAH
RM10

* Electrical tape boleh dikongsi ramai-ramai 1 roll.

ANGARAN KOS JIKA BERKONGSI/PUKAL BAGI PROJEK 1/4 ANTENA IALAH RM10 SEUNIT

Insyallah saya cuba usulkan pada komuniti radio amatur di Putrajaya untuk mengadakan antena party ini. Sekiranya mendapat sokongan dan ada yang komited mudah-mudahan berjaya diadakan kelak. Dan membantu ham radio yang belum mempunyai base station antenna dapat memancar dari rumah masing-masing.

73!


Related Posts with Thumbnails