Anda adalah tetamu ke blog ini.

Isnin, 26 Februari 2018

Portable/Mobile Repeater untuk kecemasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ingat lagi posting tentang pelican box beberapa bulan lepas? Yang saya perolehi dari kedai radio yang telah ditutup. Akhirnya dapat disiapkan portable repeater ringkas.

Menggunakan sumber kuasa samada bateri atau bekalan kuasa 220v AC, pengalihudaraan dalaman dan penggunaan duplexer bagi memisahkan kesan antara RX dan TX. Penggunaan controller komersil sumbangan sahabat radio tempohari sangat membantu.

Penggunaan controller jenis ini adalah tidak berapa digalakkan. Sebaik-baiknya mekanisma controller diambil dari titik COS radio penerima.

Juga di letakkan port PTT diluar supaya apabila dioperasikan di kawasan remote boleh menjadi command centre radio pada masa yang sama ia menjalankan tugas pengulang.

Akhirnya dapat disiapkan. Semoga dapat memberi ilham pada sahabat-sahabat radio amatur lain yang juga rajin bereksperimen dalam dunia radio amatur. Jumlah kos ialah RM1000 tidak termasuk pelican case yang didermakan serta mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan kerana sumber kewangan yang terhad.



Kotak pelican ini asalnya ialah untuk kegunaan unit telemetri.


Beberapa komponen diletakkan untuk diukur kesesuaian.


Ilustrasi cadangan susunan komponen


Soket external mic yang dibeli di Lazada. Jalan pasar sebiji RM100.. Lazada cuma rm11


Komponen luaran yang telah dipasang.


Komponen luaran di bahagian lain yang telah dipasang kecuali soket mic yang belum sampai dari Lazada. Perhatikan penutup lantai tandas yang digunakan untuk menutup lubang kotak pelican yang asalnya telah berlubang ketika mula-mula diperolehi.



Pandang depan


Pandangan atas. 


Gambar dekat


Ini rupanya soket mic


Ada getah penutup


Bahagian belakang. Barang dah sampai.. kita pasang.


Apabila radio telah sampai, saya mula mencuba kedudukan yang sesuai untuk radio diletakkan. Saya menggunakan radio QYT 8900D. Radio ini bukan lah radio yang sensitif dan saya baru terperasan yang kuasa pemnacaran Low adalah sama dengan High.


Akhirnya radio dipasang pada penutup atas case. Dan pada masa yang sama Duplexer dan Controller telah sampai.


Setelah mengubah ke beberapa kedudukan, nampaknya ini sahaja lokasi yang terbaik untuk mela


Kalau ikutkan nak beli case pelican yang original memang tak mampu.


Mujur ada sahabat yang sudi sedekahkan satu case terpakai ini.


Padangan atas. sangat mudah dibawa.


Terdapat 2 antena iaitu RX dan TX. Sekiranya duplexer digunakan maka hanya satu sahaja soket antenna yang akan digunakan. Jika tidak tanpa duplexer maka kedua-duanya akan digunakan.

Perhatikan terdapat 2 sumber input bekalan kuasa yang boleh dipilih samada menggunakan direct 240V AC melalui kabel ataupun sumber luaran 12v DC samada bateri atau bekalan kuasa luaran lain.


Kesan skru yang memegang radio RX dan TX


Faktor mewujudkan soket mic ialah supaya pada masa sama portable repeater ini boleh digunakan sebagai command centre selain menjalankan tugas relay transmisi pada masa sama. Pengguna boleh 'interupt' perbualan yang sedang di ulang.


Sudah siap dengan wayar sambungan.


Pandangan sisi.


Pandangan lentang.


Yang belum dibuat pendawaian ialah speaker output yang mana boleh mendengar komunikasi yang diulang dan jumper mic dari radio ke soket luar.


Dan siap. pemilihan kedudukan radio RX dan TX ialah supaya sekiranya dibuka sedikit dan kedudukan begini ianya boleh digunakan sebagai portable shack semasa kecemasan serta mudah melihat skrin kedua-dua radio.

73!


P/s pendawaian sangat serabut kerana saya tiada kemahiran pendawaian yang baik.


Related Posts with Thumbnails