Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siang tadi telah diadakan satu pertandingan Eksperimen Antenna yang telah dijalankan oleh komuniti Putrajaya. Pertandingan ini julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dengan mengambil kaedah penganjuran di Indonesia. Dari tahun 2002 telah ada beberapa percubaan menganjurkan aktiviti seperti ini tetapi tidak berjaya. Walaubagaimanapun kerana pertama kali penganjur menganjurkan acara ini maka terdapat beberapa syarat yang diringankan dan disesuaikan dengan keadaan semasa.
Oleh kerana pertama kali penganjuran penganjur terkhilaf dalam membuat persiapan promosi seperti penggunaan tajuk pertandingan iaitu 'Audio Doubling' yang sebenarnya sesuai sekiranya acara dijalankan dalam mode SSB, tetapi untuk FM perkataan yang lebih tepat ialah 'Isyarat'. Untuk memastikan tiada percanggahan dalam sudut perundangan serta aspirasi semangan radio amatur iaitu tidak memberi gangguan pada freq dan semangat ujikaji, tajuk yang lebih harmoni pada pandangan saya ialah Pertandingan Eksperimen Antenna sebaiknya.
Satu lagi penambahbaikkan yang harus diteliti pada penganjuran pada masa hadapan ialan penggunaan freq yang betul untuk aktiviti eksperimen iaitu 144.200Mhz (berdasarkan band plan) sebagaimana yang dijalankan oleh negara tetangga kita.
Saya difahamkan oleh penganjur oleh kerana terdapat peserta yang telahpun membina antenna pada freq yang di awalnya di pilih, maka untuk kali ini program diteruskan. Insyallah jika ada penganjuran pada masa depan maka perkara ini akan diperbetulkan. Pemilihan antenna 1/4 gelombang juga menjadi syarat awal kerana ianya adalah antenna yang paling mudah dibina. Juga pada masa hadapan pelbagai variasi kategori antenna bakal dipertandingkan.
Acara ini bukan sahaja kekuatan antenna tetapi juga ciri-ciri antenna yang sempurna seperti galangan, SWR, kekemasan dan banyak lagi diambil kira.
Berikut ialah perkongsian gambar yang sempat saya ambil melalui lensa saya dan sumber dari FB komuniti radio putarajaya.
Tajuk pertandingan perlu diperbaiki pada masa depan dengan perkataan yang tepat dan sejajar aturan radio amatur.
Antenna yang khabarnya mendominasi pertandingan.
Jarak antara khmeah juri dan 2 khemah peserta
Persiapan antenna
Lebih banyak radial
Groundplane...
Juri
Khemah juri. perserta sedang dipanggil oleh juri
Justifikasi
Terdapat pasukan yang mendapat bimbingan dari jurulatih Indonesia.
setup antena
Pemancaran bermula
Antara pemenang-pemenang
9W2JCY ialah senior saya dan 'abang besar' zaman high school dulu.
Keputusan akhir
Juara - 9W2NNU
Naib Juara - 9W2EGT
Ketiga 9W2YOE
Keempat - 9W2SDH
Alhamdullillah aktiviti ini sukses dijalankan. Sekadar nota tambahan, saya bukanlah penganjur dan aktiviti ini dilaksanakan oleh komuniti radio amatur Putrajaya secara muafakat. Walaupun saya dikecam teruk di FB kerana dikatakan bertindak menggalakkan 'pirate'.
Oh ya, sedikit tambahan. Di Indonesia kegilaan berekperimen dan menguji rekaan antenna membuatkan beberapa band di HF dan 2M menjadi 'spam'. Ada stesen radio mahupun tidak berlesen menguji di freq yang bukan disediakan khusus atau sepatutnya. rentetan dari itu Orari pernah mengeluarkan satu surat edaran menghentikan aktiviti ini di acara-acara field day, hamfest dan tempatan. Saya kurang tahu apakah masih sudah dibenarkan kembali atau tidak kerana sudah lama tidak mengikuti perkembangan di sana.
Berbalik pada aktiviti ini, ianya adalah satu 'baseline' dan akan diperbaiki pada masa hadapan. Malaysia masih beruntung kerana komuniti ham tidaklah besar dan kita masih mampu mengawal stesen-stesen radio tempatan agar menjaga perilaku dan intergriti dalam menikmati hobi ini. Acara sebegini perlu diadakan selain untuk menyemarakkan/mempelbagaikan kandungan hobi radio amatur yang terlalu stereotaip sekadar QSO sahaja, malahan meredakan nafsu ham radio muda pada aktiviti eksperimen di landasan yang sejajar dengan undang-undang.
Sama seperti jika pemerintah tidak mewujudkan perlesenan radio amatur saya percaya aktiviti perlanunan di freq 'harami' pasti tidak terkawal, begitu juga mewujudkan aktiviti beradu eksperimen akan meredakan gelora anak muda dalam bereksperimen radio amatur dengan cara yang betul dan 'diredhai'.
73!