Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 7 Februari 2018

Lumba Eksperimen Antenna



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini terdapat usaha sahabat-sahabat radio di Putrajaya yang mahu mengadakan aktiviti eksperimen antenna. Ianya sebahagian dari usaha untuk memeriahkan aktiviti radio amatur disamping menggalakkan ham radio tempatan bereksperimen dengan antenna.


Aktiviti ini dikira agak baru di Malaysia kerana tak ramai yang menganjurkan. Pada masa sama di Indonesia pula pertandingan sebegini dihentikan sementara kerana terdapat aktiviti menguji antenna dengan cara menguji tak kira masa dan freq menyebabkan banyak band-band di 40 meter dah 2 meter menjadi 'crowded' dan mengganggu komunikasi ham lain.

Tetapi bagi saya jika ianya dikawal selia dengan baik, diuji pada freq yang dikhususkan dan hanya pada ketika pertandingan sahaja tidak mengapa. Dan harapan saya semoga aktiviti ini bakal memeriahkan dan merapatkan hubungan sesama han radio.

Saya lampirkan beberapa gambar yang sempat saya potret pada tahun 2008 ketika Ham Radio Festival di Malang Indonesia.




Peserta sedang menyiapkan antenna yang bakal dipertandingkan.


Acara lain, Mobile Fox Hunt


Jauh team ni.. dari bali


Pandangan sisi


Gadget untuk mengesan isyarat beacon


Backup guna handy


Fuhhh... banyak meter isyarat


Sisi


Pendaftaran eksperimen antenna


Siap dipasang dan di temubual oleh panitia


Setup last minit..


Panitia berlegar di mana-mana


Peserta dan antenna yang bakal dipertandingkan dah beratur


Gazden pun ada!


Menunggu giliran bertanding


Tempat dimana antenna bakal diuji.


Pintu masuk


Perhatikan stand antenna di padang


Juga set radio dan power supply dibekalkan oleh penganjur. Kuasa pemancaran adalah diukur dan sama dengan lawan. Ini untuk memastikan sama adil kuasa pemacaran dan panjang kabel ke antenna.


Selamat berlomba dan sukses


Terdapat pemisah pada peserta dan hadirin.


Perhatikan penandaan kedudukan antenna yang bakal diletakkan.


Pertandingan kalah mati


Panitia bersedia menjalankan tugas


Hadirin yang hadir menyaksikan pertandingan.


Sportivitas!


Sedia!


Pada masa sama pertandingan mobile fox hunt berlangsung.




Siap!


Antenna yang dah daftar akan diletakkan dan dipamerkan. selepas pendaftaran, kekemasan, SWR dan beberapa kriteria diambil kira. Antenna yang dah masuk tak boleh diubah-ubah dah.



Selingan...


Sniper pertandingan Slalom


Ganas!


Pertandingan berlangsung...


Antenna dipasang mengikut kedudukan yang ditetapkan panitia.


Sedia beradu!


Kerja berpasukan.


Cun!


Antenna akan diubah ke beberapa kedudukan dan ketinggian yang standard supaya terdapat keadilan pada kedua-dua peserta.

Adjust kabel


Turunkan antenna.





Selesai TX


Peserta akan diberi satu 'keyword' yang bernada high tone dan akan disebut secara berterusan selama 10 saat


Panitia memastikan padang dimana antenna dipasang 'clear' dari orang ramai.





Calon yang berjaya ke peringkat seterusnya.


Ada peserta tak berpuas hati!


Penjelasan


Panitia penjaga masa, penilai kualiti isyarat di lokasi, juga yang berada jauh dari lokasi.


Peserta yang cuba curang atau tidak mengikut peraturan pertandingan dipanggil dan diberi amaran keras.


Menggunakan pc utuk melihat kualiti pemancaran... ketika ini tahun 2008. Kini dah ada SDR yang lebih murah.


Pertandingan berlangsung



Penjaga masa



Analisa dari isyarat menggunakan PC


Penjaga masa


Panitia atau juri sedanga mendengar dan mengenalpasti isyarat yang paling kuat

Rasanya itu saja. nanti ada masa saya update Insyallah pertandingan ini.

Related Posts with Thumbnails