Anda adalah tetamu ke blog ini.

Khamis, 26 Oktober 2017

Soalan RAE dulu-dulu


Bacaan santai pagi kita sebelum memulakan tugas di pejabat....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada sahabat-sahabat radio amatur yang bercerita betapa sukarnya mengambil peperiksaan RAE sekarang. Saya sendiri merasa stress ketika menjawab RAE dulu (kerana tidak sempat membuat ulangkaji).

Walaubagaimanapun calon RAE sekarang bertuah untuk lulus kerana jawapan telahpun disediakan bersama-sama dengan soalan ðŸ˜ŠðŸ˜Š.

Kebetulan saya ternampak ada ham radio lama berkongsi soalan RAE pada 15 November 1971. Tiada jawapan yang disediakan dan jawapan hendaklah dalam bentuk Esei.



Manakala yang lebih mengerikan ialah terdapat dua bahagian (Part 1 dan Part 2). Menurut apa yang saya pernah dengar, soalan bahagian 1 adalah wajib lulus dan bahagian 2 ada peratusan perlu lulus.

Calon paling hebat ketika itu mungkin boleh menarik nafas lega jika lulus RAE dan mendapat sijil RAE ini tetapi.....

Mereka masih perlu menunggu 1 tahun selepas lulus dan menduduki satu lagi peperiksaan yang mengerikan..... Ujian Kod Morse. Baru boleh memohon lesen radio amatur! (Kini dipanggil peruntukkan radas) hehehehe....... ðŸ˜‚😂😂😂
😂
Selepas pindaan Akta Telekom dengan memasukkan Peraturan Radio Amatur padavtahun 1997, lesen kelas B mula diperkenalkan dan calon yang lulus RAE sudah boleh memohon lesen kelas B bagi beroperasi di freq 144mhz hingga 148mhz* ( 2nd basis) dengan hanya 10watt sahaja.

Kemudian dengan kehadiran CMA 1998, kaedah perlesenan makin diperkemaskan dan dipermudahkan hingga sekarang.

Buat sahabat2 radio amatur yang akan menduduki RAE atas talian (ORAE) terdekat ini semoga berjaya Insyallah dan usah khuatir kerana setiap soalan kelak akan disediakan jawapan ðŸ˜Š
😊
73!

P/S: mohon betulkan jika saya tersalah fakta

Nota kaki: Akta dan Peraturan Telekomunikasi 1995 di dlm akta ini bermulanya Lesen Kelas B menggantikan akta telekomunikasi 1950


Related Posts with Thumbnails