Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bacaan hujung minggu kita kali ini bertajuk 5Mhz atau 60 meter Band.
Setiap kali berlaku kecemasan, freq radio amatur menjadi salah satu media yang boleh membantu dalam pengurusan kemanusiaan. Pengalaman sahabat-sahabat radio yang pernah berada di 'Ground Zero' banyak menceritakan betapa kritikalnya pemilihan spektrum freq lagi-lagi ianya adalah di freq HF.
Kebarangkalian freq tersebut bertindih digunakan oleh stesen lain yang tidak menyedari ianya sedang digunakan sangat tinggi disebabkan ciri-ciri freq ini.
Pernah terjadi ketika bantuan kecemasan, spektrum HF dipenuhi dengan aktiviti contest/DX secara kebetulan. Terdapat beberapa freq HF yang dianggap freq ajaib kerana peratusan dipengaruhi propagasi, sifat alam agak kurang, ciri-ciri freq yang mudah disesuaikan dengan sitem antenna dan banyak lagi. Contohnya freq 5 mhz atau 11mhz tetapi ianya agak terbatas sebab perkhidmatan lain telahpun melihat potensi freq ini dan telah 'block' untuk aktivitinya awal-awal. Contohnya Aeronautical dan military.
Pada WRC-15 tahun 2015 di Geneva, radio amatur di Region 1, 2 dan 3 telah mendapat peruntukkan spektrum baru iaitu 5Mhz sebagai 'Secondary basis' tetapi ianya bukan boleh digunakan sebarangan. Kedudukan freq ini ialah antara 5351.5Khz hingga 5366.5Khz dengan 15watt EIRP sahaja kecuali beberapa negara yang kuasanya dinayatakan.
Mulai 1 Januari 2017, setiap negara perlu menggubal peraturan negara masing-masing agar freq ini dibenarkan untuk operasi radio amatur. Tetapi TERTAKLUK PADA KUASA NEGARA TERBABIT SAMADA MEMBOLEHKAN IANYA DIMASUKKAN DALAM SYARAT PERLESENAN ATAU TIDAK (DI MALAYSIA DI SEBUT AA).
Spectrum plan SRSP 2017 oleh SKMM
Perhatikan peruntukkan freq
Nota kaki 5.133B
Memandangkan buat masa ini dalam AA tidak dinyatakan freq 5Mhz, maka ramai dikalangan ham akan menunggu pada akhir tahun ini biasanya pembaharuan AA dilakukan akan terdapat penambahan spektrum 60 meter ini Insyallah.
Bola di kaki SKMM sebagai badan yang berkuasa memperuntukkan freq samada boleh atau tidak pada aktiviti radio amatur di Malaysia
Teringat saya ketika 7.1Mhz hingga 7.2Mhz mula diperuntukkan pada region 3... kita sedikit lewat mendapat kemaskini freq ini dalam AA kita yang pada masa sama ham radio dari negara Asean lain sudahpun mula membanjiri freq baru ini.
Sebelum mengakhiri penulisan ini, terdapat beberapa fakta menarik yang boleh kita lihat hasil dari pembukaan freq 60 meter ini. Somalia, negara yang sering mengalami bencana telahpun mengorak langkah menggunakan 5Mhz sebagai jalur untuk Emcomm, Australia pula menggunakan freq ini (NSW) untuk News Broadcast, terdapat emcomm Net dijalankan dan untuk US, secara tegas NO CONTEST NO DX pada freq ini.
Link-link di bawah mungkin membantu anda dalam bacaan hujung minggu ini..
hingga jumpa lagi, 73!