Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 15 Oktober 2017

Mencari komponen kotak 19" Custom

Siri abam bob jalan-jalan jalan pasar ke 13...

Hari ini meredah hujan menghantar barang. Saya sempat singgah ke 2 lokasi tak jauh yang mana merupakan pembekal kepada case di jalan pasar untuk membeli tangkai pemegang kotak. 

Ada 2 kedai yang membekalkan kota-kotak ini di jalan pasar, Procase

Satu lagi ialah Unicase, tak jauh dari Procase. Kalau lalu Lebuhraya menghala ke Tol Sg Besi selepas Lapangan Terbang KL akan perasan sebelah kiri.


Dalam satu kedai kelihatan pekerja sedang menyiapkan case.


Antara case yang telah siap


Katanya syarikat Entertainment order.


Antara parts yang dijual


Tetapi saya mencari Railing ini saja


Ada banyak jenis railing 19" rupanya.

Banyak syarikat entertainment, oudoor event dan syarikat yang sering membawa alatan yang menggunakan kaedah penyimpanan peralatan dalam kotak begini. 

Mungkin anda mempunyai idea dengan kotak-kotak ini untuk memasukkan radio anda ketika aktiviti field day?

73!
Related Posts with Thumbnails