Aktiviti Mobile Communication Unit MARES minggu ini.
Unit ini masih lagi dalam proses penambahbaikan. Perjalanan pembangunan kenderaan ini agak perlahan kerana ia nya bergerak atas sumbangan derma orang ramai dari semasa ke semasa.
Kelmarin kami ke Jalan Ipoh mencari canvas yang boleh di jadikan tirai (langsir) yang boleh dibuka (tanggal) atau gulung dan pada masa sama menjadi pemantul haba. Ini kerana syarat kenderaan kami tidak boleh meletakkan tinted kekal pada cermin belakang. Sebenarnya boleh, tapi kami malas nak apply ke JPJ jadi pakai saja kaedah ini. Selagi ia mematuhi peraturan sediada.
Dah sampai depan kedai
Lokasi dalam google
Gambar dalam google, pekerja bangla dalam ni dah balik kampung.. tinggal 2 orang anak nya sambung kerja kat sini.
Depan kedai, macam-macam jenis kanvas ada
Adik abang buat kerja ukur saiz tingkap yang nak ditutup.
Potong
Kemudian potong ke kenvas yang dipilih
Kanvas yang dipilih ialah jenis khemah selalu guna. Satu side warna silver dan satu lagi warna putih. Silver ni diharap dapat memantul haba.
Jahit tepi pulaksupaya kanvas tak mudah terkoyak.
mmmmmm....
Ni snap button yang akan dipasang.
Balik rumah saja, terus tanda dan tebuk lubang untuk tapak snap button.
Dah siap pasang, tak puas hati sebab takut tanggal. Terus rivert huhuhu..
Dah siap pasang.
Pemandangan dari belakang.
Dengan memilih kaedah snaps button pada canvas, dan pada struktur van pula tapak snaps di rivet terus supaya kekal.
Insyallah fasa seterusnya ialah membina meja di dalam van ini agar dapat disesuaikan dengan peralatan komunikas yang bakal dipasang kelak.
Ini merupakan fasa 2 bagi kenderaan ini dan dijangka lewat berdasarkan had kewangan yang ada. Semoga dipermudahkan dan terima kasih atas sumbangan anda semua.
Jazakallah.