Anda adalah tetamu ke blog ini.

Jumaat, 15 September 2017

Filter bagi setup HF dalam Kenderaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ahad lepas saya sempat mengendalikan HF dari atas Van Mares. Memang mencabar kerana mengendalikan HF dari bekalan kuasa kereta banyak terganggu oleh Noise dari aktiviti enjin seperti alternator dan ignition (kalau petrol)... 

Salah satu noise ini masuk melalui bekalan kuasa.... nasib baik ada sahabat dari selatan 9W2JOH Feroz Khan sumbangkan benda alah bawah ni.... audio hampir 'clean' dapat didengar oleh saya terutama qso antara 9w2sbd dan 9m2vot petang itu... Tambah lagi van mares merupakan model dari eropah yang sedia baik filtering sistem pendawaian, noise yang wujud tidak begitu kritikal walaupun ketika enjin pada RPM yang tinggi.. 

Anda juga ada idea bagaimana menghilangkan noise pada setup mobile HF anda?

Gambar di bawah ialah In line Filter yang biasa digunakan dalam kenderaan bagi menghilangkan noise supaya tidak memasuki litar Audio Amplifier. Kalau rajin jalan-jalan di jalan pasar KL akan bertemu dengan filter ini di kedai-kedai audio.


Menggunakan Transformer 12V-12V sebagai pemisah dan gandingan kapasitor... Litar LC


Okla 60 Amp!


Jenama cap ayam tapi berfungsi baik.

Terdapat banyak lagi kaedah untuk menghilangkan noise dalam kenderaan bagi setup HF. Carian di Google mungkin dapat membantu anda...

73!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails