Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 8 Februari 2011

Aktiviti harus diteruskan- HF antenna party

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Esok merupakan hari penting bagi saya. Ujian kesihatan ini akan menentukan kesihatan saya berapa lama bertahan. Semoga Allah mengabbulkan doa-doa saya.



Atas perbualan saya bersama Pak Mahadi 9W2MDY, kami bercadang mengadakan antenna party sebagaimana yang telah berjaya diadakan tahun lepas bersama-sama sahabat Ham Radio kawasan Kuala Lumpur. Seperti sebelum ini selepas gotong royong membina beberapa antenna, akan ada sesi penerangan tentang teori dan praktikal antena yang dibina. Insyallah saya cuba mendapatkan Cikgu Azlan dan 9M2jEN untuk sesi teori dan saudara Aziz 9M2AU untuk sesi mengenali mistik perbualan di HF.



Saya memerlukan juga cadangan dari sahabat-sahabat yang ingin ikut serta. Adakah amat-amat dialukan bagi rakan ham radio yang juga ingin membina antena sendiri membawa semua keperluan bahan mentah dan peralatan membina antenna bersama kerana kami hanya menyediakan perancangan tempat dan tentatif sahaja. Mudah-mudahan dengan gotong royong akan memudahkan pembinaan antenna yang dicadangkan.


Juga mohon cadangan kawan-kawan tentang lokasi yang sesuai. Memandangkan ada yang ingin membina antena bersaiz besar seperti dipole (trap, G5RV atau variasi yang lain) maka memerlukan kawasan lapang untuk menguji antena ini.

Sebagaimana yang telah dianjurkan di Tanah Merah, Sungai Buloh bersama komuniti Astra tengah, Teman-teman dari Pradas, Marts dan juga kenkawan Mares tahun lepas, adalah amat sesuai untuk pengujian, pembinaan, dan sesi kuliah teori antena kerana terdapat kemudahan kerusi, meja, bekalan kuasa dan tanah lapang. Jika termampu akan diusahakan sedikit minuman.

Berikut ialah cadangan antena yang akan dibina semasa antena party:-
1) Loop antenna - Sesuai bagi kaki QRPer atau homeless station
2) Simple Dipole - Antenna paling mudah dibina
3) Long Wire - Secara umum tetapi harus dibawa bersama ATU
4) Ada sesiapa yang nak bina antenna selain diatas? Ayuh kita sama-sama gotong royong :). Nyatakan jenis antenna anda.

Saya akan membina Loop antenna, jika ada sahabat2 yang berminat memiliki atau membina antena sendiri selain loop boleh berhubung dengan saya untuk saya bantu senaraikan jenis barangan yang perlu dibawa. No. talipon saya di X0137554815 atau anacoz85(a.)yahoo.com.

Mohon diwar-warkan pada sahabat-sahabat yang lain tentang perancangan ini. Insyallah saya akan cuba menjayakan aktiviti ini. Oh ya, walaubagaimanapun aktiviti ini hanya menjurus untuk HF SAHAJA. Tiada VHF atau UHF. Ini adalah untuk memberi peluang pada semua teman-teman yang meminati hobi ini terutama pemegang lesen B bersedia menghadapi perubahan had freq terutama sekiranya pihak MCMC membenarkan pengoperasian di 40m band kelak Insyallah.
Akan saya kemaskini dari semasa ke semasa... :) Semoga antenna party kita sekali lagi sukses dan memberi peluang buat sahabat-sahabat radio yang tidak mampu membeli antenna HF memiliki antenna HF dengan kos yang 99% lebih murah dari antenna kormersil :)

Saya merencanakan pada pertengahan Mac nanti Insyallah. Hingga jumpa lagi.. 73

P/S: Saya rasakan perlu diwujudkan aktiviti sebegini memandangkan hobi kita semakin kontang dengan aktiviti. Ingat tau, kita aktif hingga hari ini kerana aktiviti-aktiviti pelbagai komuniti ham radio merapatkan kita. :) Semoga cadangan ini menyemarakkan ikatan kita semua kembali :)

Johor Bahru

Kemaskini :
1) Ada sahabat akan membina/repair antenna homebrew 80m, 40m, 20m, 18m, 15m, 11m, dan 10m pada hari tersebut. Bagi yang berminat trap dipole dan bagaimana membina balun, ayuh kita pamerkan.
2) Seorang lagi sahabat yang ingin membuna sendiri antena mobile untuk HF iaitu experimen half loop antenna mobile sebagaimana pada kereta 9M2ZC.

Kemaskini 2 :
3) 9M2YAS mencadangkan tarikh sebelum ujian CW 23 Mac 2011. untuk beri peluang calon menimba tips-tips dari rakan-rakan yang lain.
Kemaskini 3:
4) Pak Yob mencadangkan 12hb ialah tarikh antenna party. Saya masih menunggu respon lokasi yang bakal diadakan.

ada lagi?

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails