Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 16 Februari 2011

Antenna Party

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dari posting terdahulu, terima kasih atas maklumbalas teman-teman semua.
Berikut ialah tentatif yang dirancang dalam aktiviti antenna party nanti:-
  • Tarikh : 12 Mac 2011
  • Jam : 9.30 pagi - 4.30 petang
  • Tempat : Kelab MARES Petaling Jaya
  • Bilangan antenna yang dicadang akan digotong royong,
1) Magnetic Loop - 9M2RZL

2) G5RV - Terbuka
3) Spider Beam - 9M2SQL
4) Trap Dipole - Terbuka
5) Tak-Tenna - Sekadar perbincangan am

Bagi rakan-rakan yang ingin membina sendiri antenna G5RV atau Trap Dipole pada hari terbabit boleh emelkan pada saya untuk saya senaraikan bahan-bahan yang perlu dibawa kelak.
Tenaga pengajar yang dijangka :
1) Cikgu Azlan 9M2AGC
2) Pak Alex 9M2RI

(Saya masih berusaha untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua rakan di atas).

Mendapatkan beberapa peralatan pengukuran yang akan digunakan kelak seperti Standing Wave Ratio Meter, Impedance Meter, Capasitan Meter, Spectrum Analyzer (jika perlu) dan lain-lain berkaitan.

Atas permintaan beberapa teman-teman yang mempunyai kekusutan berkaitan praktikal mengendalikan pengendalian antenna.

Insyallah saya akan mengusahakan sedikit minuman semasa acara nanti.
Objektif:
a) Memberi peluang bagi pemegang lesen A dan B yang berkeinginan memiliki/membina antenna HF yang mudah dan mampu milik secara gotong royong.
b) Menyediakan ruang diskusi dan percambahan minda bersama pakar antenna semasa proses gotong-royong membina antenna.
c) Bersama-sama menyelesaikan permasalah penalaan antenna seperti galangan, gamma match, ciri-ciri dan pelbagai persoalan lain.
d) Melihat sendiri bagaimana antenna dibina. Kemudian pulang ke rumah dan bina sendiri!

Bagi sesi kedua,

Saudara Aziz 9M2AU akan mengadakan sesi percambahan minda dan perkongsian pengetahuan tentang persoalan:
  • ATU tidak perlu ketika membeli radio? anda setuju?

  • Kenapa bila DX kawan-kawan akan cucuk besi ke tanah dan katanya untuk grounding?. Perlu grounding? HF kenapa perlu tetapi VHF tidak? apakah kesan pada radio bila grounding? dan apakah grounding yang sesuai?
Sesi ini adalah amat digalakkan peserta bertanyakkan secara langsung ketika penerangan. Nah bawakan segala persoalan anda pada acara ini nanti ya :).
Bagi rujukan tambahan rakan-rakan yang ingin membawa bahan mentah pembuatan boleh melawati kembali catatan di bawah yang akan saya kemaskini dari semasa ke semasa pautan di bawah :
Buat masa sekarang saya senaraikan rujukan loop antenna :
Loop antenna http://www.oe1ira.at/sl/loop.html
Taktenna http://billbrwn.tripod.com/id3.html atau http://billbrwn.tripod.com/id7.html
Trap dipole http://degood.org/coaxtrap/
Saya akan memaskini dari semasa ke semasa Insyallah...... jika ada sebarang persoalan emelkan pada saya ya.
PROGRAM INI ADALAH DEDICATE UNTUK ANTENNA HF SAHAJA
DAN INI ADALAH PROGRAM ILMU. TIADA BAYARAN DIKENAKAN DAN TERBUKA PADA SEMUA HAM RADIO TIDAK KIRA DARI PELBAGAI PERSATUAN.
BERHUBUNG DENGAN SAYA JIKA INGIN MEMBINA SALAH SATU ANTENNA HF DI ATAS.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails