(INGAT, UTAMAKAN KELUARGA DARI RADIO TAU.. DAN UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI DAN ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah 2 malam sepupu saya di Alor Setar asyik telefon saya bertanyakan samada saya nak jual FT817. Owh, terus saya katakan tidak padanya. Tu la radio saya cari makan kadang-kadang. Membuat penalaan antenna di atas bangunan jauh dari bekalan kuasa etc. Sayang seribu kali sayang... 817 adalah radio kedua sejak radio pertama tidak dipulangkan hingga ke hari ini oleh sang peminjam durjana.
Perbualan saya semakin rancak bilamana sepupu saya ingin membeli sendiri radio tersebut. Katanya atas minat membara tentang HF. Bagus kata saya dan saya mulai menyokong. Walaubagaimanapun beliau bertanyakan pendapat saya dan jika saya yang sendiri ingin membeli radio atau sebuah setup radio HF, apakah yang sesuai.
Saya masih menyimpan catatan saya ketika ingin membeli radio HF pertama saya.
Apa yang perlu bagi sebuah stesen radio asas HF ialah:
1) Sebuah pesawat pemancar HF
2) Sebuah Bekalan Kuasa DC12V minima 15A regulated
3) Antenna
4) Jika antenna wide maka perlu Antenna Tuning Unit (ATU)
Memandangkan sepupu saya ialah berjawatan Pengawal Keselamatan di pekan, gajinya amat-amat kecil. Maka saya mengingatkan beliau tentang keutamaan anak2 dan keluarga.
Disebabkan minat membara tentang HF, beliau mendesak saya mencadangkan juga anggaran kos terbaik agar beliau boleh membuat tabungan.
Saya mencadangkan beliau mendapatkan radio berkuasa 100watt sebaik-baiknya. Saya menekankan untuk jangkamasa panjang beliau boleh lebih enjoy berkomunikasi dengan stesen jarak jauh tanpa risau turun naik propagasi. Saya lampirkan perbandingan kadar anggaran kos bagi 2 unit asas ini (harga adalah sumber dari Blazer Singapura dengan kadar tukaran bulan 5 lepas):
Nafsu Tahap 1
Cadangan 1
- ICOM IC718 (100watt maksima dengan All Mode AM,SSB,RTTY(FM)) RM1800
- Bekalan Kuasa (13.8V 20A regulated dari Batam) RM340
JUMLAH ANGGARAN RM 2140
Cadangan 2
- Yaesu FT817ND (5watt maksima All mode All Band) RM2350
- Bekalan Kuasa (13.8V dengan 5A regulated) RM100/ Battery + Charger
JUMLAH ANGGARAN RM 2450
Ketika memberikan gambaran pada sepupu saya, beliau membangkitkan soal All Mode All Band. Wah.. sudah nafsu sudah mari, ketawa saya pada dia. Saya telefon lagi Blazer dan congak kadar tukaran.
Nafsu tahap 2
Cadangan 3
- Yaesu FT857 (100watt maksima) RM2550
- Bekalan Kuasa dari Batam RM 340
JUMLAH ANGGARAN RM 2890
Saya tidak memasukkan ATU dan Antenna kerana beranggapan antenna boleh di rakit sendiri dan ATU juga boleh. Tetapi jika ingin memasukkan ATU dalam cadangan, tambah aja RM550. Jenama tak ingat (bukan MFJ atau Comet).
(UPDATED!!)
Saya ingatkan semua pembaca blog saya. Kerapkali pembaca keliru dengan mengatakan ATU adalah wajib berada di samping radio HF. ATU adalah optional!! Tiada ATU pun radio masih boleh TX asalkan antenna itu dibina pada freq yang hendak dikerjakan. Ramai teman-teman saya melakukan homebrew antenna pada single-single band dan berkendali dengan SWR yang terbaik tanpa bantuan ATU. ATU hanya apabila antenna yang dibina tidak berada pada galangan yang sepatutnya disebabkan mahu meliputi dua tiga band dalam satu antenna. Mentaliti banyak sahabat handai saya mengatakan ia wajib tetapi bagi sepupu saya, saya menyampaikan pada beliau tidak. Penggunaan ATU akan mengganggu sedikit kuasa pemancaran ke antenna disebabkan LOSS.
Berdasarkan pengalaman saya, saya mencadangkan pada sepupu saya agar mengambil cadangan 1 sahaja dan banyak yang boleh dijimatkan. Ini kerana berdasarkan pengalaman saya, ketika cabaran propagasi turun dan naik, 100watt banyak membantu. Dari segi Mobiliti pula, ia juga sesuai walaupun agak besar. Percayalah, komunikasi HF terbaik ialah ketika statik dan dengan pembumian yang baik. Maka mobiliti acapkali akan berakhir dengan stesen itu memantau disebabkan suasana sekeliling yang terganggu akibat bergerak. Kosentrasi mendengar hanya ketika suasana statik dan diam barulah dapat menangkap bait-bait perkataan dari HF.
Lagipun harga pesawat 100watt cadangan saya jauh lebih murah dari yang 5watt. Tak logik kan dari segi keuntungannya..
Mahukan QRP? Mudah saja kata saya padanya, tukar seting pada radio ke TX POWER paling rendah iaitu 5W misalnya dan anda adalah QRP! ;) Mudahkan.. hahaha..
Portabiliti? Kenapa IC718 tidak? Haha.. sebenarnya, apabila makin lama kita mengendalikan HF, Soal Portabiliti bukan lagi isu. Yang akan dikejar selalu ialah bagaimana nak menangkap stesen yang memanggil CQ. Disini lah ramai para QRPer akan terfikir mahu meningkatkan kuasa. Tetapi terlupa, dia hanya 5watt. Cabaran ini lah yang kita harus lihat. Bak kata orang lama ham radio yang lain, alang-alang memiliki radio yang mencecah ribuan... baik terus pada maksima kuasa pada harga yang berbaloi.
Ini mungkin perlaburan pertama anda dan mungkin terakhir kan? ;) biar pilihan tu terbaik dan berbaloi.
ICOM IC718
|
Yaesu FT817ND
| |
Freq
|
0.3Mhz-30Mhz
|
0.1Mhz-30Mhz
50-54Mhz
76-108Mhz
87.5-108Mhz
144-148Mhz
430-450Mhz
|
TX Power
|
100wat max
|
5watt
|
Mode
|
AM, RTTY, FSK(Hidden Mode FM), LSB, USB, CW
|
AM. RTTY, FSK, LSB, USB, FM
|
Memory
|
100 Ch
|
200 ch
|
* Bagi model Yaesu FT857 bezanya dengan FT817 ialah ia berkeupayaan 100watt dengan tiada batteri terbina dalam. Walaubagaimanapun FT897 menawarkan spec yang sama tetapi dengan optional batteri.
Disini saya warnakan kuning pada kotak di atas sebagai perbandingan. Saya mengatakan pada sepupu saya jangan teruja pada tulisan berwarna merah di atas kerana beliau mencari radio HF sahaja. Band-band yang lain adalah tidak diperlukan kerana max output adalah 5watt. Makanya ia seperti hanya membawa handie talkie sahaja walhal transmisi nya tak jauh ke mana.
Sayugia saya ingatkan, masa kita enjoy nak berqso tidak ikut masa. Kebetulan propagasi turun naik ketika mood nak memegang PTT. Dengan 5Watt tak kemana. Tetapi 100Watt Insyallah mengatasi. Tidak perlu menunggu propagasi membantu sepenuhnya, terus tekan PTT dan jika anda bernasib baik akan bertemu dengan Rizal 9M2RDX temerloh ;). Hatta antena terbaik tetapi kuasa rendah juga masalah. Lihatlah apa yang terjadi pada stesen yang berkendali dengan handie talkie di VHF 2M berbanding stesen yang mengendalikan radio mobile 50Watt? Anda mampu melihat bezanya.
Soal mahu all band dan all mode juga mengganggu perbualan kami. Aduh.. bagaimana ya. Melihat pada pengalaman dan kecenderungan beliau, saya memaklumkan yang beliau akan jarang sekali melekat di 6m band, manakala 2 meter band SSB yang diutarakan pula saya memaklumkan bahawa beliau akan jarang guna. Saya berkendali 2m SSB hanya untuk EME (rata-rata TX 1000watt ke atas). Tetapi aktiviti EME sudah tidak aktif lagi masakini dan boleh dibilang dengan jari. Komunikasi 98% adalah CW dan 2% lagi digital mode. Komunikasi 2 stesen dalam 2m adalah terbaik dengan FM. Tambahan pula untuk komunikasi antara stesen tempatan. Ini terutama ragchew. Jika tidak beliau akan mengalami turun dan naik suara... perlahan akan mempengaruhi mood kedua-dua stesen berbicara. Disebabkan kejap dengar, kejap hilang kejap timbul... akhirnya feedup dan masing-masing malas memancar. Ini adalah impak transmisi berkuasa rendah, dengan sedikit tempias propagasi.
Lupakan 2M SSB bagi komunikasi tempatan dan percayalah, tiada stesen jarak jauh (misalnya Malaysia ke Indonesia) yang berkendali di 2m SSB kecuali EME (dalam mode CW). Jika mahu juga berkendali di SSB, cubalah di 10M... ramei di sana huhuhu. Tapi jika 5watt, pastikan anda CQ di bandplan QRP. Insyallah.
Saya amat galakkan beliau mengasingkan 2M dan 70CM dari radio HF. Ini kerana apabila terlalu luar cakupan freq maka sensitiviti radio akan menjadi kurang, konsep Selectivity lawan Sensitivity. Jika Selectiviti bagus sensitiviti kurang... begitu juga jika sensitiviti bagus selectiviti kurang. Lihatlah contoh terbaik IC706MK2.. rata-rata punyai masalah sensitiviti pada 2m.
UHF? Sepupu saya mengakui tidak memanfaatkan freq ini. Satu demi satu cadangan ini kami potong dan Alhamdullillah sepupu saya memilih setup Cadangan 1. Lega juga hati saya sekurang-kurangnya membantu mengurangkan beban beliau.
Minggu lepas beliau berjaya mendapatkan dua peralatan cadangan 1 berkat tabungan 2 bulan serta jualan besi buruk dan baki dari penjimatannya dilaburkan pada ATU. 3 bulan menabung katanya.
Lega hati saya.. Insyallaah. Total beliau melabur ialah RM2800 dengan setup sempurna Radio+power supply+tuner+antenna homebrew. Kini beliau menunggu masa mengisi boring ujian CW Insyallah.. mungkin teracun dengan award-award si http://9m2get.blogspot.com/ dan http://9m2rdx.blogspot.com/ yang menangguk di lubuk 40m, 20m dan 10m . hahahahaha…
Dari panduan membantu sepupu saya ini saya teringat tentang FT817 awal milik saya yang saya beli tahun 2001.. hinggalah saya menggantikan dengan FT817ND (yang hanya memberi satu filter free dan batteri). Bagi saya ia sesuai untuk kaki monitor, experiment dan testing sahaja. Bagi kaki ragchew, pile up, DX atau field day saya amat-amat mencadangkan mempertimbangkan radio berkeupayaan 100watt dan ke atas. Ini kerana majoriti station luar sana mengutamakan stesen yang kuat dan stabil untuk berkomunikasi. Sehingga kini 817 saya menjadi gajah putih. Sayang..
Kebaikan FT817 adalah sensitiviti dan keupayaan all band. Tetapi dengan bekalan kuasa bateri dalamannya, ia hanyalah bertahan seketika sahaja, radio saya Cuma bertahan 2 jam monitoring dan 35minit TX. Bagi saya, IC718 saya adalah paling sesuai untuk DX, Ragchew, Contest mahupun field day kerana saya cenderung pada itu. Bagi mereka yang ingin memikirkan manakah radio yang sesuai untuk dibeli pertama kali bolehlah mencuba cadangan-cadangan saya ini... pastikan perlaburan anda boleh digunakan bagi tempoh masa yang lama dan maksima kepuasanya. Berbaloi dengan perlaburan.
Selamat menilai ;)
P/S: ICOM IC718 (100W) saya lebih banyak digunakan dari Yaesu FT817 (5W) kerana mampu menembusi benua tanpa bantuan propagasi total dan kondisi. Akhirnya FT817 tersadai di dalam laci bak kata Azman... gajah putih. Aduhai..
P/S: Saya adalah bekas peminat QRP dari 2001.Tapi dek halangan-halangan saya di atas, saya lupakan.
P/S : Saya membandingkan model-model di atas kerana ia adalah yang termurah mampu milik dalam pengetahuan saya. Manakala kebanyakkan Linear Amp (kasut) di pasaran memerlukan suapan minima 10watt untuk menjana 100watt SSB ke atas, 817 masih belum mencukup (5watt maks). Harganya agak mahal iaitu RM550 minima (harga yang saya dapat semasa Hamfest di Indonesia). Baik dapatkan yang sudah berkuasa tinggi.
P/S: Tepuk poket tanyalah selera.