.
Terima kasih atas masih setia dengan melawati laman saya ini. Alhamdullillah kesibukkan saya sudah mulai reda. Cuma ada beberapa isu semasa berkaitan Ham Radio di kawasan kita yang akan saya ulas sedikit masa nanti. Juga hampir 150 emel dari rakan-rakan yang tak dapat saya jawab sepenuhnya.
.
Saya agak cemburu dengan beberapa sahabat kita yang rajin berkomunikasi di HF dengan stesen luar negara. Kerajinan mereka makin berbaloi apabila peti surat mulai penuh dengan QSL kad. Aduss.. hebat!
.
Malahan sudah ada yang menuntut habuan iaitu award yang agak menarik.. DXCC, Contest dan lain-lain. Dengan lokasi rumah saya terkini yang hampir dengan Singapura membataskan pemancaran saya. Sudah 2 kali Dipole saya dipotong jiran. Mmmm... rupa-rupanya dek booster-booster TV jiran bagi mendapatkan siaran dari Batam dan Singapura mudah diganggu oleh transmisi saya.
.
Ini membuatkan saya hanya menjadi tepu dan hanya memantau sahaja. Kedengaran kerap 9W2WF melalui kelab Mares memanggil CQ lewat 40m dan 20m band.
.
Berbalik soal QSL card, saya mula memikirkan tentang bagaimana mengoptimunkan koleksi-koleksi qsl kad saya? Alhamdullillah, saya mencuba temuduga melanjutkan kemahiran saya ke peringkat atasan. Berbekalkan koleksi-koleksi kad saya itu saya susun di atas album gambar. Dengan harapan bergunung saya majukan pada satu sesi temuduga...
.
Terdapat 2 kelebihan saya dalam temuduga ini,
1) Ham radio membentuk saya mahir mengeluarkan idea spontan.
2) Kemahiran bahasa ke 3 saya.
.
Dan alhamdullillah, gambar-gambar di bawah ini ialah hasil dari koleksi-koleksi QSL kad saya ;). Ditakdirkan saya adalah calon termuda tercalon ke program ini, Bakinya rata-rata berusia lewat 40an.
.
Semasa temuduga, saya memaklumkan bahawa saya telah berkomunikasi dengan seluruh dunia (kononnya hehehe) dan bertukar-tukar idea serta pengalaman dalam pelbagai bidang yang dibincangkan. Panel temuduga asalnya tidak percaya, dan meminta saya buktikan dengan sesuatu. Saya tunjukkan QSL kad yang telah disusun mengikut setiap benua, disamping itu Sijil-Sijil penglibatan Hamfest luar negara juga saya sertakan.
.
Bila masa sesi bual bicara, saya spontan menjadi yakin menggoreng topik yang diberi. Entah dari mana idea menggoreng tu dapat hinggakan susun atur perkataan English saya pun baik. Mungkin berkat berkomunikasi kerap di HF yang membantu kot.
.
Tiada apa yang saya dapat ulaskan.. mungkin gambar-gambar di bawah mampu menceritakan hasil saya ini. Oleh itu, bagi para pembaca yang ada koleksi qsl kad yang banyak.. himpun dan lihat potensinya buat ada.. saya sudah membuktikannya ;)
Para peserta yang terpilih, saya antara termuda.. Terima kasih Ham radio ;)
Lakaran kasar perjalanan saya ke Korea. Habis saya pusing sekeliling korea. Korea merupakan negara gunung ganang, tidak hairanlah orang korea terkenal kerana teknologi menebuk gunung dan membina terowong.
Walla weii... keretapi subway luas. Tidak seperti Malaysia yang agak sempit. Pengalaman di Jepun, Korea dan Chinna, sistem subway hampir sama dan padat seperti tin sardin ketika waktu puncak. Pernah lihat bagaimana petugas subway menolak orang masuk di dalam subway yang padat? hahahaha...
Memandangkan makanan halal agak sukar, makanan laut merupakan alternatif. Tetapi awas bagi mereka yang ada ghout. Nasib baik saya terselamat dari terkena semasa di sana. Ubat memang sentiasa standby huhuhu.. Ini merupakan sotong hidup. Terdapat restoran yang menyediakan menu yang ganas, makan sotong hidup-hidup. Saya mencuba dan rasanya.. adus, bayangkan sotong tu masih hidup dalam perut 1 jam pertama. Uikkkkk!!! taknak dah buat.
Ini merupakan makanan laut spesis kerang yang popular.. lagi ubat ghout daa..
Yang ini saya tak pernah cuba (atau dah termakan tanpa disedari)
Sebahagian dari bahan di DMZ. DMZ (Pammunjong) merupakan satu garis lintang yang memisahkan korea utara dan korea selatan. Bagi yang nak pergi pastikan 2 minggu booking. Ketika lawatan, Korea masih tegang kerana isu tenggelamnya sebuah kapal perang korea selatan... carian google mungkin membantu. Dan menurut Jeffri sahabat saya di kedutaan, segala percakapan anda dirakam apabila berada di sana. Elemen-elemen provokasi agak ekstrem di sana. Oleh itu.. kalau ke sana jangan lupa ke DMZ yer ;)
Ini merupakan kit saya sepanjang di sana. Dengan Passport dipegang oleh Kerajaan Korea, hanya kad di bawah yang saya ada. Maggie (sebab makanan halal takder) yang saya bawa dari Malaysia. Kad telefon dan kad pengangkutan awam (mcm Touch N go) boleh digunakan untuk teksi, bas dan subway. Bila bercakap soal makanan halal, sebenarnya tidak susah, di Seoul terdapat satu jalan iaitu di Ittewon (ala ala jalan Bukit Bintang KL) di mana terdapat banyak makanan halal. Masjid Ittewon (merupakan masjid tunggal di Seoul (dari 19 masjid seluruh Korea) yang mana pemberian Rakyat Malaysia pada 1957 sempena kemerdekaan kita) adalah tempat yang banyak terdapat kedai halal. Teringat saya majoriti kedai halal di sana boleh berbahasa asas melayu. Waa....
Ini merupakan kad pengenalan saya sepanjang di sana.
.
Salah satu ceramah dalam kelas yang saya hadiri. Sebenarnya latihan dan ceramah dalam kelas hanya 4 hari. bakinya kami habiskan dengan mengembara ke seluruh Korea. Owh.. lupa nak tulis, Selain kad pengangkutan dan kad telefon diberi percuma, kami juga diberi wang poket! 4 angka huh....
Ini saja shoot huhuhuuh.. ni gambar masa nak balik ke malaysia, penerbangan pergi dan balik dengan bisness class. Makanan pulak hampir 4 kali (ikut menu), berbaloi la dengan 6 jam perjalanan.
Yang kimchi ni bawak balik bagi orang kampung huhu..
Dan pastu layan balik main games... ni kira game paling lama main.. zaman ATARI dulu weii..
.
Ok berbalik soal makanan paling best di korea, rata-rata orang korea suka makan makanan rebus. Kalau bab pedas, kalah kita. Cili korea memang pedas. Menurut Jeffri, itu sebabnya masa musim H1N1, orang korea mendakwa mereka takkan terkena wabak tu disebabkan pemakanan diorang.
Ini merupakan makanan favourite saya. Dengan bantuan Jeffri, kami bertemu juga dengan makanan best ni.. kuahnya rasa lebih lazat dari mee bandung muar dengan pedasnya Ya Allah.. esoknya masih terasa kat bibir. Masa sampai pun dah jam 2pg makan dengan Jeffri, Izenan dan Kamaruzaman.
Ni kali kedua pulak pegi makan dengan Wendy, orang penang. Gileerrr arrr... sampai sekarang terasa nak makan lagi aduss.. kalau kat Malaysia memang takkan jumpa rasa pedas cam ni.. Wasabi pun kalah. Tapi yang hairannya, lagi makan dalam pedas tu lagi nak tambah.. sedar2 dah 2 jam makan beb.
Ni pulak makanan rutin.. apa leh buat, ketam rebus dan makan laut aja yang termampu. Soal halal kena hati-hati gak. :(
Ni gambar kat Nami Island.. Ingat Lagi cerita Winter Sonata? Saja la.. hari terakhir kitaorang. Owh.. tentang Pulau Jeju, takder apa sangat sebab ia adalah pulau dengan iklim tropika sedikit. Lebih kurang malaysia actually.
Shoot terakhir saya pada malam itu sebelum kembali ke Nandenmun untuk shopping sehingga jam 5 pagi . Keesokkannya saya ke Dondengmun untuk mencari BRUSH (disebut brushi), akseori wanita yang dipakai pada tudung...
Ni gambar dari bilik hotel waktu malam, depan tu ialah Namdenmun. Pusat fesyen kegilaan kaki fesyen funky. Bila masuk hari kedua ketiga, akan perasan, kalau orang jepun pakaiannya agak funcky ala ala kartun manga. kalau korea funckynya terkini ok. kalau budak-budak Hong Kong agak gila2 funcky (cam org gila la kot) hehehehe..
Ni masa kat Busan.. bilik hotel mengadap laut dengan kapal lalu lalang.. cantik permandangan. Owh.. hotel-hotel di korea selalunya akan bagi tuala yang kecil (selalu kita lap peluh aja kat malaysia). So, pastikan bawak extra tuala yer ;).
Seperti biasa, kalau kaki dah jejak di negara orang akan la saya carikan pakaian tradisional untuk buat yang tersayang. Dapat la dengan harga berpatutan satu set. Cantik la pulak bila dia pakai beb ;).
Ni gambar selepas makan malam dengan Dato' Ramlan, Duta Malaysia ke Korea. Sebelum ni kalau tak silap beliau adalah Duta Malaysia ke Bosnia. Makanan rumah dia la buatkan mata menitis beb... betapa sedap nya makanan Malaysia.. ish ish.. rindu nak balik Malaysia. Taknak asyik-asyik makan udang dan kerang (kadang-kadang ketam) hari-hari. Nasi pun kat sini macam pulut, terlalu banyak kanji.
.
Ada satu hari tu, sabahat saya ajak gi cari setem. Di Seoul terdapat satu kawasan macam Lorong Kulit Penang. Sempat la cari buku-buku lama. Cuma ada buku dari era peperangan korea yang kami temui. Cari punya cari terjumpa la.. satu set setem koleksi lengkap. Terus sambar beb..
Surat khabar terakhir sebelum tentera korea utara hampir menawan Seoul.... perhhgg.. Peperangan Korea agak tragik berbanding Vietnam di mana ketika ini kemuncak pertembungan kuasa barat dan ideologi Komunis. Secara teknikalnya, korea utara dan selatan masih lagi berperang. Belum ada perjanjian menamatkan peperangan dan hanya ada hanya gencatan senjata sahaja.
Satu batu tangga di istana Gwang**** (lupa nama dia). Jika di Kota larangan (Beijing) kebanyakkan simbolik pada batu ialah naga dan singa. Di Korea lebih pada elemen binatang yang baik-baik iaitu tikus dan kucing (saya rasa la).
Ni menu kat tempat kuliah saya. Terima kasih pada tukang masak yang telah berkhidmat hampir 15 tahun memasak makanan untuk muslim Malaysia.. Macam tau-tau citarasa saya huhuhuh...
Ni ialah sebahagian dari rutin istana, pengawal-pengawal istana melakukan demo sebagaimana ketika dulukala.
Di subway banyak menggunakan touch screen information kiosk. Besar gilerr nak google earthkan lokasi kitaorang.
Untuk kaki ham radio yang ingin mencari barang-barang ham radio... ingat nama ni. Bayangkan Jalan Pasar sepanjang 4km... anda pasti sesat hahaha.. Barang-barang ham radio banyak dijual disini. Tapi saya melupakan hasrat nak mengulas tentang barang-barang ham radio yang dijual di sini memandangkan kadar pertukaran Won ke RM agak tidak berbaloi. Won 10,000 bersamaan RM28. Icom IC7000 berharga hampir RM6000. Lupakan saja..
.
Tapi ada yang istimewa, kalau kat Malaysia, 7 segmen atau LED adalah pilihan projek Display unit. Tetapi disini, LCD adalah pilihan.. bayangkan projek anda selepas ni banyak menggunakan LCD. ;)
Polis disini rata-rata adalah muda. Dikalangan mereka yang setelah selesai menjalani kerahan tenaga (askar) ada yang menyambung perkhidmatan sebagai polis. Tahukan anda, kadar jenayah di Seoul adalah hanya 0.01%. Dan jenayah majoriti berlaku apabila orang mabuk. Aduhai.. Malaysia bagaimana ya?
Mmmm... bila masa malam.. agak bosan. walaupun Nandenmun kebanyakkan kedai dan shopping Complex hanya menutup perniagaan jam 5 pagi. hiburan adalah perlu. Saya sempat melayan teater Nanta, salah satu pementasan teater yang paling lama bertahan di korea. Best gilerr... tukang masak dengan gila-gilanya.
Shoot terakhir saya pada malam itu sebelum kembali ke Nandenmun untuk shopping sehingga jam 5 pagi . Keesokkannya saya ke Dondengmun untuk mencari BRUSH (disebut brushi), akseori wanita yang dipakai pada tudung...
.
Apapun ini saya yang saya mampu sertakan dalam posting kali ini. Hasil dari koleksi QSL kad saya telah membawa saya ke Korea dengan percuma ;). Terdapat hampir 4000 shoot gambar. Hanya ini yang dapat saya coretkan.
.
Ada orang berjaya melakar hasil dari QSL kadnya dengan awardnya, ada juga dengan green stamp nya, saya dengan trip ke korea... anda pula bagaimana? huhuhuhu... ;)
.
Hingga kita jumpa lagi.
.
P/S: Posting saya terdekat ini adalah berkaitan Hamfet di Malaysia dan beberapa emel pertanyaan dari sabahat yang saya telah janji untuk saya jawab.