Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Sebelum lebih lanjut saya mengulas pandangan peribadi saya ini, sayugia saya terangkan dulu terma catatan saya. Apa yang saya tulis ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata. Ia tidak berniat menjatuhkan mana-mana individu atau organinisasi malahan niat suci lagi murni penganjuran acara berkait rapat ham radio. Jika para pembaca kurang senang dengan pendapat peribadi, sila baca penafian di muka surat paling bawah dan segera pantas menutup pelayar laman anda ini.
Baiklah, rentetan dari kepulangan saya dari Kuala Lumpur semalam dan kenduri sate bersama Haji Rashid 9M2RS, Abang Sabri, Teman-teman Ampang/Setiawangsa serta Alam Damai. Bermula pembentangan persediaan mengendalikan acara Fox Hunt (ARDF). Rata-rata sahabat tidak dapat memberi jaminan akan dapat memberi komitment kerana dijemput agak lewat iaitu 2 minggu setengah dari tempoh penganjuran.
Atas semangat Ham, saya juga ingin membantu menjayakan bahagian Ham Fest yang bakal diberi. Walaubagaimanapun, semua beacon dalam simpanan saya adalah terlalu daif dan ada yang sudah ’geylong’ memerlukan saya membinanya semula. Kata putus saya ialah, dari gagal semasa acara baik saya undurkan diri. Untuk pengetahuan anda, Slalom milik saya masih belum berada dalam tangan saya. Manakala IC 16F84 sudah discontinued.
Berbalik tentang penganjuran ini, tahniah buat penganjur atas usaha mengadakan acara ini setelah sekelian lama tidak kedengaran di Malaysia. Sejak kali terakhir di Jalan Gasing, Marts Field Day adalah acara terakhir yang saya hadiri.
Izinkan saya mengulas lanjut, apa itu Hamfest? Rujuk makna asal di http://en.wikipedia.org/wiki/Hamfest yang mana saya akan jelaskan secara paling mudah.
Hamfest atau singkatan kepada Ham Radio Festival merupakan kombinasi 2 acara dengan tujuan menjadikan ia tempat pertemuan semua ham radio dalam pelibatan acara yang diadakan. Timbal balik dari acara ini ham radio akan dapat mempamerkan hasil yang diperolehi melalui pameran, jika lebih klimaks ialah dengan memasuki sesuatu pertandingan untuk menguji keupayaan hasil yang diperolehinya dengan hasil ham radio yang lain, gedung mendapatkan pengetahuan produk/teknologi/homebrew terkini, eyeball serta tempat mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan yang belum terjawab.
2 acara ini boleh saya kategorikan sebagai acara luaran (padang) dan acara dalaman (dewan/bawah bumbung).
Acara Dalaman:
1) Pameran
2) Taklimat isu semasa perundangan dan etika
3) Sesi penerangan produk/ teknologi
4) Sesi eyeball/soal jawab bersama senior
5) Kuiz
6) Pameran (aktiviti/alatan homebrew/APRS/Satellite teori)
7) Stesen statik ke udara
8) Makan minum ringan
Acara Luaran:
1) Pertandingan kemahiran (CW/Membina antenna/setup stesen kecemasan/etc)
2) Amateur Radio Directional Finding
3) Slalom (Indonesia banyak memperkenalkan acara ini)
4) Klinik radio (penalaan menggunakan alatan khusus/programing radio/baiki radio)
5) Pameran (APRS/satellite/peralatan homebrew/antenna)
6) Dxing
7) Jualan barangan ham radio baru dan secondhand
8) Kuiz
Ini hanyalah sebahagian yang terlintas dalam fikiran saya. Pelbagai lagi acara yang boleh di tokok tambah bergantung pada keupayaan penganjur dan komuniti yang sudi mengambil bahagian. Melihat bagaimana Thailand dan Indonesia mengadakan Hamfest saya percaya, masih banyak yang perlu kita bawa ke Malaysia.
Berbalik pada pengalaman yang telah saya laui semasa telibat dengan aktiviti ham radio di Malaysia yang mirip pada Festival mahupun pameran pengenalan radio amatur. Rata-rata bukan lagi dianggap sebagai Festival tetapi hanyalah pameran promosi tadio amatur. Antara Cabaran-cabaran yang telah dilalui dan dikenalpasti ialah:
1) Objektif penganjur utama tidak selari dengan objektif ham radio.
Ini berlaku apabila si penganjur misalnya menganjurkan satu acara yang tiada kena dengan ham radio. Misalnya Jom Heboh, ham radio akan diberi satu tapat/gerai untuk mempamerkan aktiviti ham radio. Saya melihat pada kesesuaian aktiviti ini. Atas semangat ingin memperkenalkan ham radio, maka bergotong royonglah menjayakan pameran ini. Tetapi tidak ramai pameran yang kita adakan kita sertakan borang-borang dan risalah penerangan yang diberi terus dengan tangan pada orang yang lalu lalang
Yang banyak terjadi ialah set radio dipamer, rakan-rakan ham yang datang hanya memenuhkan ruang. Tidak membantu menyebarkan risalah. Ada juga yang berkitar di depan radio tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Nah, mentaliti ini harus diubah. Saya melihat ketika era 10 tahun lepas, setiap pameran ham radio akan ramai ham radio giat memberi risalah-risalah penerangan, diselitkan juga borang keahlian persatuan. Ini akan sekurang-kurangnya membantu mendetik 2 saat orang ramai untuk bertanya tentang apa itu ham radio. Ini yang saya lihat kenapa setiap kali pameran, persatuan-persatuan radio amatur ini mengukur keberkesanan pameran yang disertai... dengan cara berapa ramai dapat menarik perhatian orang ramai mengisi borang keahlian. Tatkala ini, saya percaya tak kira Astra, Marts, Mares mahupun persatuan lain agak lesu dari segi keahlian walaupun banyak pameran yang dihadiri. Renung-renungkan lah.
2) Tiada kajian keutamaan pameran yang dipelawa.
Saya kira hal ini adalah sudah mematangkan banyak persatuan. Saya agak marah bilamana pameran ham radio acapkali diletakkan di kelompok tapak gerai makanan. Lebih menyayat hati apabila jika penganjur menyelitkan unsur hiburan pentas, gerai ham radio seringkali berada ditepi speaker besar pentas. Owh, bagaimana mahu mempamerkan komunikasi HF? Sedangkan gangguan bunyian itu akan menengelamkan audio HF yang sedia kecil?
Kadang-kadang penganjur hanyalah menganjurkan Karnival khusus misalnya Sawit (produk pertanian/IKS). Orang ramai yang datang hanya mahu membeli barangan IKS dan tidak akan sama sekali memandang pada gerai pameran ham radio. Pameran di Tadika etc.. di sini kita harus lihat siapa target kita. Kita menjual produk ham radio dan siapa sasaran kita? Kanak-kanak tadika? Kalau ya pun saya rasa ia bukan cara yang tepat. Cara yang tepat ialah melalui pengendalian dengan menglibatkan kanak-kanak itu seperta JOTA dsb.
3) Tiada Koordinasi yang baik.
Ini merupakan satu lagi cabaran yang capakali dilalui. Kekurangan tenaga sukarela menjaya kan pameran. Saya tidak mengulas hal ini kerana pasti anda akan terdetik jawapannya. Soalnya di sini ialah bagaimana menawan hati teman-teman ham radio agar sama-sama menjayakan pameran. Jika tidak, akan berlakulah sindrom ’asyik orang yang sama’ menjayakan. Tetapi bagaimana mahu hal ini menjadi semakin baik? Caranya ialah dengan menggalakkan penyertaan orang ramai menyertai ham radio. Dengan cara ini akan ada pelapis baru (sebab pelapis lama mungkin sudah kurang aktif).
(akan saya sambung nanti memandangkan banyak panggilan telefon yang saya terpaksa jawab sepanjang tulisan ini)
Tulisan saya terhenti setakat ini dek panggilan sahabat mengadu lagi tentang KL Hamfest. Jom berbalik pada penganjuran hamfest hujung minggu ini. Saya sedikit kecewa apabila mendapat tahu acara hamfest ini terlalu drastik 2 minggu setengah sebelum berlangsung. Aduh.. kenapa kelam kabut. Ini kan acara kebangsaan, bayangkan kami terpaksa mengatur semula jadual bersama keluarga. Tenaga kerja sahabat handai yang sama-sama akan membantu kumpulan kami mengadakan acara ARDF juga tersentak. Saya jujurnya telah berbincang dengan Pak Yob tentang rayuan menangguhkan acara ini dan seterusnya mengatur masa lebih panjang supaya ada masa yang lebih dari segi komitmen teman-teman yang lain dapat diberikan.
Tetapi ianya tidak merubah apa-apa. Wahai sahabatku, program Amateur Radio Reunion Day ARRD 2008 yang berjaya menghimpun hampir 500 orang sahaja mengambil masa 8 bulan untuk dirancang dengan rapi. Inikan pula Hamfest Cuma 18 hari lebih kurang. Anda sebenarnya membuatkan sahabat-sahabat lain tertekan demi mencapai objektif yang diberi.
Lihat lah Indonesia. Perancangan aktiviti Hamfest sahaja mengambil masa tidak kurang 6 bulan sebelum berlangsung. Apakah semangat Malaysia Boleh mampu mengatasi cabaran ini. Saya rasa tidak. Ini sebenarnya dawai yang bakal menjerut leher sahabat-sahabat kita yang komited. Kenapa tidak sebelum sidang akhbar itu tuan berbincang dulu dengan semua wakil persatuan? Apabila ada kata sepakat maka barulah keluarkan pengumuman tersebut.
Satu lagi yang agak lemah saya lihat diperingkat ini ialah komunikasi terus menerus oleh penganjur utama kepada rakan-rakan yang dijemput. Saya sendiri agak terkilan bilamana penganjur tiada memberi hitam putih secara rasmi menjemput mana-mana komuniti bagi setiap acara yang dipertanggungjawabkan. Hinggakan timbul kata-kata kurang enak disebabkan kegagalan tuan menyampaikan secara terus hasrat dihati.
Terakhir saya terima emel dari sahabat baik saya dalam arena radio amatur di Malaysia, penganjur main petik nama dan memasukkan di dalam senarai ahli jawatankuasa tanpa persetujuan. Nah, alangkah indah jika dari awal penganjur menggunakan hitam putih sebagai medium perhubungan rasmi. Tidak hanya melalui emel atau orang ketiga. Pengajur harus turun padang kepada semua golongan peserta hamfest menyampaikan mesej, dengan itu akan terlerai kesamaran dalam hati mereka.
Saya amat-amat mendokong usaha penganjuran hamfest ini. Malangnya kegopohan ini membuatkan saya tersentak, mengapa harus ini terjadi dikala ada usaha gigih sahabat menganjurkan hamfest?
Saya rasa cukuplah tulisan saya tentang ini. Ini adalah pendapat peribadi saya, walaubagaimanapun jangan lah menjadi halangan buat rakan-rakan lain yang ingin hadir ke hamfest. Marilah kita menyokong usaha murni ini asalkan ia tidak menjadi masalah dikemudian hari.
Insyallah, saya akan senantiasa mendokong apa jua acara radio amatur terutamanya hamfest atas semangat ham radio. Tetapi saya akan berikan dulu keutamaan pada keluarga saya barulah hobi.
Sekian... just my 2 cent..
Saya sempat membaca juga http://9m2rie.blogspot.com/2010/07/jangan-mempermainkan-semangat-ham.html dan mungkin saya senada dengannya...
P/S: Ini adalah luahan peribadi dari hati saya, jangan amik hati dan semoga anda sukses. Saya menyokong usaha murni anda walaupun tidak secara langsung.
Anda adalah tetamu ke
blog ini.