Anda adalah tetamu ke blog ini.

Ahad, 8 Jun 2008

DXing bersama warga V17 dan Temerloh

** Penulis bukanlah peserta program ini **




Assalamualaikum.

Tanggal 7 dan 8hb Jun 2008, satu acara field day mengendalikan HF secara 'out door' bersama rakan-rakan radio amatur di Bagan Lalang. Saya sertakan sedikit gambar. Posting ini akan dikemaskini 3 hari lagi. Bagi yang berminat membaca boleh melawati laman ini nanti selepas penulis selesai dengan tugasan rasmi.

Seorang ham radio (nama wak?) memerhati peserta program dari atas sana.. :)



Pemasangan antena yagi HF 10M, 15M dan 20M


Gotong royong.. pemasangan mengambil masa hanya 20 minit sahaja.

Bila bergambar... hehehe..

Antena disandar pada pokok..

Tanpa berlengah, otai 10M bergegas memanggil CQ CQ.. stesyen yang pernah aku kerjakan dengan mudah dicekup beliau.. syabas!

Bergambar lagi... tapi kali ni dalam gelap hehehe..

Raymond sedang menyiapkan pemasangan antena 2M, 2 transceiver HF sedang dioperasikan.

Mutalib dengan menggunakan antena long wire.

Bila sayup malam, stesyen 9m2cia, Pak ungku, 9w2nik, 9w2so dan 9w2ri hadir.. terima kasih atas sokongan moral.

Tombol berputar-putar...



Pencarian stesyen berlaku... dalam kegelapan... hehehe..

Disuatu lokasi di pantai, komuniti dari Pradas juga mengadakan field day bersama keluarga..
Malam itu ribut mengerjakan peserta field day. Nasib baik sempat diselamatkan. 9M2WT, 9M2LS dan satu lagi stesyen melawat tapak field day pagi keesokannya.

Dan berkongsi pengalaman.

Terima kasih juga atas sokongan pada aktiviti peserta :)

Masa untuk pulang. Antena dapat dilerai hanya dalam 15min...

Dan bergambar lagi... hahahaha...

Itu saja terdekat ini. Saya akan perbaiki catatan ini apabila pulang lagi. Bagi yang berminat melihat gambar yang lain boleh ketik pada Laman ini.

Jika akan diadakan pada masa hadapan, saya merancang adalah baik jika diadakan beberapa slot seperti :-

1) 'Talk' tentang pengalaman mengendalikan pelbagai jenis antena kormersil dan homebrew oleh 9M2WT
2) Sesi perkongsian pengalaman DXing oleh 9M2PZ, 9M2RJ atau sahabat-sahabat radio amatur lama yang lain.
3) Teknik menyertai contest oleh 9M2RS seperti di CQ Contest etc
4) Sesi pop kuiz bagi para peserta.

Semua acara ini akan dijalankan diwaktu malam semasa HF sedang dioperasikan. Dalam keadaan ramai-ramai bersantai.. rileks sambil menimba ilmu.

Sudah tentu ketika aktiviti chit chat di HF ada ramai peserta dikalangan pemegang lesen 9W tidak ada sebarang aktiviti. Jika dibiarkan kosong alangkah indahnya kalau sesi ini dilaksanakan. Dengan berhamparan kanvas bersila beramai-ramai agak menyeronokkan.

Saya cuba memasukkan acara sesi berbual kenal sambil bercerita dalam ekspidisi kali ini. Ia amat menyeronokkan sebenarnya. Diwaktu inilah kita akan saling mengenali sahabat sehobi dan pengalaman beliau berkecimpung dalam hobi ini. Segala suka dan duka akan diluahkan sepuas-puasnya.. akan ada para pendengar yang ingin mendengar cerita anda. Sayangnya ianya tidak dapat berlangsung dek sedikit gangguan yang amat menghampakan saya.

Juga boleh dimasukkan aktviti hati ke hati.. jika ada sebarang persoalan dan tidak jelas tentang sesuatu hal, ianya boleh dibawa diacara pada malam itu. Percayalah, ketika kami mengadakan acara ini tiada siapa yang kecil hati. Malahan ianya mengeratkan hubungan kami. Tiada sesiapa akan ambil hati kerana dalam keadaan yang bersedia. Jika ada permasalahan yang sukar dijawab maka akan ada rakan radio yang lain yang sudi menjawab. Ini dikatakan perkongsian minda. Itu sebabnya generasi kami lebih akrab dari yang sekarang. :)

Field Day bukan acara suka-suka, chit chat semata-mata di HF... ianya adalah medium kita mempelajari pengalaman orang lain, bertukar pandangan dengan lebih matang dan teknik bermasyarakat yang lebih akhrab.

Insyallah... acara seterusnya ialah Dxpedition... bagi yang berminat boleh ikut serta. Kali ini lebih terancang dan ada kambing golek heheehe... Bagi rakan yang bersama saya kali ini, sijil akan diberi Insyallah.

73!!

1 ulasan:

abu haniff berkata...

wak terbang tu call sign dia 9W2WMT, 73 de 9W2ZBR

Related Posts with Thumbnails