Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 8 Julai 2008

Memburu musang di Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Semalam saya sempat bertanya khabar rakan jauh.. rupa2 nya mereka juga akan menyertai pertandingan fox hunting. syabas dan selamat berjaya. semoga daya juang mereka berbaloi nanti.
Bagi kenkawan yang berminat... acara ini mampu mengubah rutin hobi sehari-harian yang hanya berborak kepada memanaskan pateri, menyelak helaian catatan gambarajah antena lama, mengetik carian google dan yang penting.. bersukan sambil menikmati hobi ini.Jadi.. cubalah! Setiap pasukan ada permarkahan khusus..
Setiap pasukan ada permarkahan khusus.. kumpulkan kembali kawan-kawan yang aktif berbual diudara dulu (yang kini mungkin dah bosan aktiviti kurang). Jadikan satu pasukan... Pasukan fox hunting :)So.. cepat2 buat gadget ARDF dan sertai kami sebagai jaguh sebenar hobi ni di Tasik Titiwangsa 20hb nanti :)!!!Saya lampirkan beberapa gambar buat tatapan para peserta Fox Hunting yang sedang berusaha mebina gadgetnya :)
Ringkas dah mudah dibawa
Kreativiti Vs Ergonomik... tetapi awas.. jangan acukan pada polis heheheh..

Yang ini gambar untuk kategori Fox hunting berkenderaan... saya percaya komuniti kita akan mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap ini.

Gambar dari dalam kabin

Jaguh... itu la yang saya tersebut bila memandang antena dan alat pengesan isyarat mamat ni... malangnya ianya tidak praktikal dari segi mobiliti dan kepantasan.
Ini merupakan salah satu kategori acara fox hunting dimana setiap antena ini akan memancarkan isyarat secara rawak A,B,C dan D. Peserta dikehendaki mencatat urutan mana satu antena yang memancar.


Dan bagi kategori mencari yang tersembunyi... mereka harus berlari. Masa menjadi penentu kejayaan..
Pelbagai jenis antena Fox Hunting


Dan kreativiti demi mencantikkan antena dan penerima. Serta kreativiti homebrew demi mempersiap sediakan diri menjuarai pertandingan. Perhatikan berapa banyak petunjuk digunakan pada antena peserta di bawah.


Antena Fox Hunting yang paling asas tetapi.... praktikal dan berbisa :)

Tapi.. kalau terlalu inginkan sensitif tidak pula praktikal.. perhatikan elemen yang terlalu banyak memberikan beban dan kebarangkalian elemen terpatah semasa berlari nanti.

Dan bagai mana pula anda? Tunggu apa lagi.. ayuh! melangkahkan dengan gagah bersama antena fox hunting tuan-tuan pada 20hb ini di Tasik Titiwangsa. Dan tunjukkanlah kejantanan anda!! :)

9M2NNL telah menganjurkan latihan praktikal dan mini fox hunting minggu lepas sempena Mega Eyeball Astra Wilayah Tengah. Satu langkah baik buat para peserta mempelajari. Dan kalau nak mencuba bolehlah turun ke pertandingan ini.
Maklumat lanjut dan peraturan pertandingan boleh di dapati dari http://martsmanager.blogspot.com/2008/06/selangor-open-fox-hunt-2008-rules-and.html
73!!



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails