
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedikit gambar untuk dikongsi bersama. Ketik http://picasaweb.google.com/anacoz85/PasarLambak1Jun200802 untuk melihat sekitar aktiviti pasar lambak yang telah diadakan pada 1 Jun 2008 lepas di perkarangan kelab Mares.
Kedatangan yang hambar tetapi masih memuaskan hati saya. Seronok, sekurang-kurangnya beberapa warga radio amatur lama sudi hadir. 9M2 dan 9W2 yang sekian lama saya tidak bertemu. Sedikit gambar saya lampirkan untuk tatapain pembaca
Menanti saat gerai dibuka

Sepi tanpa pembeli

Antara barangan terbaru yang terdapat di pasar lambak yang lepas. Antenna 10M (28Mhz) 3 Element dengan harga yang cukup kompetitif.

Gamma Match antena ini

Gerai En. Lokman. Perhatikan Icom 756 Pro III.

Sesi tawar menawar

Pemandangan warga radio yang membeli belah semasa pasar lambak dengan berlatarbelakangkan antena yagi HF 3 Elemen untu 28Mhz.

Dan yang paling gembira..

Itu saja dari saya. Untuk makluman rakan-rakan yang ingin ikut serta ke pasar lambak ini boleh mendapatkan maklumat di http://fleamarket.mares.org.my Acara seterusnya ialah pada Ahad 3 Ogos 2008. Bagi bulan Julai, acara ini ditunda bagi memberi laluan pada acara di PWTC.
73!