Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 3 September 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Osaka - Akihabara Tokyo 2, Roketto

Ok..

Kami berjalan menyeberangi jalan besar... memasuki satu lagi bangunan yang namanya tak silap Tokyo Radio Department. Di sini banyak kedai yang menjual komponen elektronik terutama berkaitan dengan radio. Kedai yang menjual casing di sini menawarkan perkhidmatan memotong, ukir dan mencetak pada permukaan casing apa jua kehendak pelanggan. saya meminati bahagian menbuat PCB custom made yang jarang-jarang ada di jalan pasar Kuala Lumpur.

Terdapat beberapa kedai elektronik yang masih menjual kit-kit elektronik nostalgia. ingat lagi kristal radio? ingat lagi projek kit membina radio kristal dari majalah-majalah elektronik lama?

Saya masih lagi menemui kedai-kedai yang menjual projek kit nostalgia semasa mula berkenalan dengan hobi elektronik. Kedai-kedai ini agak berdebu dengan si penjual  yang menjaga kedai ini saya kira sudah berusia lebih 70 tahun.


Antara kit-kit yang masih dijual, anda pasti teringat pada kenangan membina rdio pertama anda ;)

Masih dalam bentuk kit DIY asli. Tanpa memerlukan bateri!


Dalam ¥1200  (RM38), Standard harga kit di Malaysia


Loop antenna kormersil.

Ruangan kedai di sini mengingatkan saya dengan imbi plaza. Dengan eskalator yang kecil dan ruang kedai yang padat. kami bergegas naik ke tingkat atas...


Pada tingkat pertengahan ada satu kedai yang juga menjual tube. Agak menarik...


Ini pasti menarik minat kaki DX dengan kuasa yang melebihi 100 watt


Solid State Linear atau bahasa desperate nya "Kasut". 500watt.. Susah cari ni beb..


Papan tanda dalam bangunan Tokyo Radio Department.

Destinasi seterusnya ialah ke Roket. Roket atau bahasa tempatan Roketto ialah kedai yang menjual barangan hobi radio amatur yang paling besar di Tokyo. Ini merupakan kali ke 3 saya singgah di Roket...


Pemandangan kedai Roket dari hadapan. Di atasnya ialah laluan tren dan betul-betul tak jauh dari Radio Department tadi.

Ayuh kita masuk ke dalam kedai ini..

 

Saya lebih tertarik pada bahagian tower ini kerana ianya sukar untuk diperolehi di Malaysia.


Ini dipanggil Roof Top tower. sangat sesuai bagi mereka yang mengidamkan antenna yagi HF yang besar tetapi tidak mempunyai ruang tanah. ini adalah penyelesaian yang terbaik. lagi-lagi jika anda tinggal di rumah teres. Carian google imej mungkin membantu.


Lengkap! dengan kepanjangan 1 meter dalam kotak dan 5.66kg, ianya senang dibawa masuk bagasi kapal terbang. Jangan lupa trust bearing!. ¥12,600 atau dalam lingkungan RM380 atau buat sendiri :)


Antara koleksi trust bearing, spare part rotator dan pelbagai jenis rotator dari light weight hingga ke heavy weight.. boleh cuba test beb ;)


Hat ni saya mengidam.. memandangkan ¥ yang saya bawak agak sedikit, hanya mampu lihat. Ada sahabat-sahabat saya yang memilikinya.. Insyallah nanti nak pakai boleh pinjam hehhehe...


Antara aktiviti ham radio yang balik dari kerja, singgah melayan perasaan melihat radio idaman di kedai ini. Sebenarnya tidak semua ham radio di jepun mampu memiliki radio-radio sebegini. Saya juga hanya mampu memiliki radio asas IC 718 sahaja..


Antara CW key yang dijual. Kurang menarik minat saya hehehee..


Barisan radio transceiver yang dipamerkan dan boleh dicuba oleh pelanggan. Memang menitis ayaq mata bila tengok lama-lama...

Nampaknya hari beransur gelap. saya, abang Aziz dan Feroz mengambil keputusan untuk menangguhkan dulu window shopping kami memandangkan beberapa benda dah ditemui dan kami dapat menganggarkan harga standard barang-barang yang akan kami cari di Hamfest esok. masa untuk pulang ke hotel.

Dari Akihabara, menggunakan JR Yamanote Line hanya 2 stesen ke hadapan ialah stesen Ueno. 


Nasib baik tren yang kami naiki bukan antara tren terpadat ketika waktu puncak orang balik bekerja. Jika tidak mungkin kami dapat merasai suasana ditolak masuk ke dalam tren hahaha...


 Keluar dari stesen, suhu sudah tidak lagi sepanas kami mula-mula sampai. Senja menjelang....

Sampai di hotel, mandi manda dan berehat... Iqbal mengajak saya ke Shibuya. Kata nya mahu melihat lokasi dimana terdapat terdapat satu simpang yang amat popular dalam cerita 2 Fast 2 Furious, Tokyo Drift.


Masih dengan JR Yamanote Line.. terus ke stesen Shibuya.


Keluar saja dari stesen, pastikan exit yang betul.. akan nampak bangunan yang terletaknya Starbuck. Kata orang susah tau nak dapat minum di starbuck di mana ia merupakan lokasi yang paling cantik melihat kelibat orang melintas jalan.

Bagi sesiapa yang pernah menonton filem 2 Fast 2 Furious atau Tokyo Drift pasti ingat dimana kereta yang sedang drift melalui jalan ini dalam keadaan ramai orang melintas.


Malangnya ketika kami sampai, bilangan orang yang melintas sudah berkurangan. Tetapi suasana havoc nya amat menarik hati kami kerana orang yang melintas adalah datang dari semua arah hahaha..


Satu shoot dari lokasi starbuck... agak hampa kerana bilangan orang melintas tidak padat. Mungkin kami agak lewat malam ketika itu.

Saya agak terlalu penat dan mencadangkan agar kami pulang sahaja ke hotel.... memandangkan esok awal pagi merupakan hari yang paling utama dalam misi kami ke negara matahari terbit ini, saya harus menyimpan tenaga.

Lagi-lagi awal malam saya harus menyediakan makanan untuk esok pagi dan juga makan tengahari semasa menghadiri hamfest nanti. Semua nya tapau dari bilik hotel.. almaklumlah berjimat cermat hehehehe..

Jam sudah lewat pukul 9 malam ahakkss... sampai di hotel, Iqbal terus melayan internet. Owh ya, di jepun internetnya laju gilerr.. mungkin itu tarikan nya hehee..

Tiba-tiba telefon saya berbunyi, rupa-rupanya Feroz menjemput saya ke bilik hotelnya. Untuk makluman Feroz dan abang Aziz tinggal di hotel yang berasingan dengan kami.. ngajak minum teh tarik katanya.

Eh? ada kedai teh?

Sekali lagi malam itu kami melayan kopi terbaik di jepun di bilik Feroz hingga jam 1 pagi!! kalah kopi starbuck beb!! haha...

Esok adalah hari yang dinantikan iaitu Tokyo Ham Festival.....

Kaki sakit dan badan makin tak larat.....





Bersambung..................


Tokyo Ham Festival 2014 - Big Sight Ariake 1

Selasa, 2 September 2014

Peta Prefix Radio Amatur untuk dijual

Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke 57.

Saya ingin menjual peta prefix radio amatur seperti di bawah. Jenama Yaesu dan mengandungi peta seluruh dunia dengan Prefix callsign negara.

Ini mampu memudahkan imaginasi dan rujukan tuan bila masa terdengar callsign stesen di HF dan mengenalpasti dari mana stesen itu memancar. Ia juga amat sesuai di letakkan di hadapan Shack atau dinding di hadapan radio anda.

Tanpa peta ini pasti shack radio anda tidak lengkap dan cantik ;).

Bersaiz A1 poster jenama Yaesu. Jarang peta ini dijual berasingan. Selalunya anda perlu membeli sebuah transceiver HF yaesu yang berharga RM2500 ke atas barulah memperolehi peta ini. Tetapi kini tidak lagi.. dengan RM35 sekeping anda boleh memilikinya.

Ayuh ceriakan shack anda dengan poster ini. Hubungi saya di dengan WHATAPPS 0137554815 atau email seperti yang tertera disebelah.   

Cepat sebelum kehabisan stok!!

Terima kasih....

P/S : Peta ini juga boleh didapati di Onecommunication Shah Alam.



Isnin, 1 September 2014

Tokyo Ham Festival 2014 - Osaka - Tokyo (Akihabara - Tokyo Radio Department)



Alarm nokia 102 lampu suluh berbunyi tepat jam 4.45pagi. Saya terbangun dan terus memandang ke luar tingkap, mudah-mudahan sempat lagi untuk solat subuh... Ya.. Solat Duha nampaknya agak sesuai. Matahari sudah pun terbit rupanya.

Malam tadi kak sue sudi memasakkan nasi. Pada saya terdapat bekas-bekas yang boleh saya masukkan nasi. Memandangkan kami akan menaiki shinkansen dari Osaka ke Tokyo nanti yang saya jangka dalam 2 jam 5 minit. Bekal nasi ini nanti boleh di makan atas tren bersama-sama lauk seperti serunding dan kari ayam ready pack.

Dicadangkan jam 8 pagi kami sudah bersiap di lobi untuk check out sebelum bergerak ke stesen tren. Dek kerana ramai team kami terlewat ke jam 9 pagi baru lah bergerak.

Tetapi sesuatu yang tak disangka terjadi.. Baru saya terperasan charger portable wifi tertinggal dibilik hotel. Dalam tren, saya cadangkan pada kawan-kawan lain agar bertemu di stesen Shin-Osaka manakala saya keluar dari tren untuk kembali ke hotel.

Alhamdullillah dapat! Charger tersebut selamat disimpan oleh pihak hotel hahhahaa...  kalau tak lebur la deposit RM200 :).


Peta tren dari Osaka Loop tren ke Shin Osaka dimana stesen tren Shinkasen terletak.


Peta stesen Shin Osaka 


Perjalanan kami hari ini dari Osaka menuju Tokyo.

Bekalan nasi dan laup pauk yang telah dipack awal-awal tadi di hotel kami habiskan dalam tren. Perjalanan yang agak lama iaitu 2 jam memang melaparkan kami hahaha... JarakTokyo dan Osaka adalah 506km lebih kurang.


Sampai sahaja di Tokyo dimana stesen shinkansen series N700 berakhir, Kami akan melompat ke local tren iaitu JR Yamanote Line yang mana dalam laluan hotel kami.


Sampai saja di Euno Stesen... bapak panaih.. berpeluh! Rupa-rupanya 40°C!!

Kami memilih Euno sebagai tempat penginapan kerana ia terhampir dengan akihabara iaitu 2 stop dari Euno. Walaupun 2 stop, jalan kaki sebenarnya berbaloi kerana dekat hehehehe...

Di Euno juga terdapat satu taman yang saya kira menarik untuk dilawati. Ketika musim sakura di Tokyo, taman ini kerap dijadikan lanskap bergambar dengan bunga sakura berlatar belakangkan tower tokyo. Ada Kuil... tidak lupa terdapat satu lorong yang sebenarnya bersambungan hingga ke Akihabara yang mengambil ruang sepanjang track local tren. Kami merasakan jika last minit nak beli cenderahati seperti T-Shirt atau Fredge Magnet boleh la cilok kejap kat sini huhuhu...

Laluan yang sama juga menghubungkan kami ke hamfest iaitu Big Sight Tokyo esok


Apa entah nama lorong kat Euno ni.. Amerykano street... sambung hingga Okachimachi stesen.. nest stesen tu akihabara. Ada market basah etc..


Asas sistem tren di kota Tokyo.... jom tengok lagi detail...


Agak-agak hangpa boleh sesat tak? hahahhaa.. sebenarnya ada tekniknya ;). Saya guna program Metro (http://metro.nanika.net). Tidak perlu internet berbanding Hyperdia (http://www.hyperdia.com)

Ok, kami selepas check in hotel dan letak beg. Bal dan Kak Sue dah penat dan nak berehat. Saya, Feroz dan Abang Aziz mengambil keputusan untuk merayap ke Akihabara.... untuk survey harga barangan yang dicari. Soal harga yang agak mahal memang buatkan kami berhati-hati. Dengan harapan sekurang-kurangnya kami dapat anggarkan berapakah harga yang kami boleh terima di hamfest esok ataupun rujukan kami untuk tawar menawar hahaha..

Hei.. orang malaysia kan suka tawar menawar kan? tapi sayang.. orang jepun tidak. Harga yang dipamer dan tiada tolak ansur. Di sini, papan tanda harga yang dipamerkan akan di potong. kebiasaan nya harga baru selepas potongan adalah lebih rendah... tetapi disini, selepas potong, harga baru adalah lebih tinggi!


Ok, lupakan kedai beriani Siddique.. tiada bajet untuk makan di jepun. 


Ahaa.. dah sampai, papan tanda sejurus kami keluar tren..


Wah Happening!!


Hat ni saya no komen... penuh dengan rayuan promosi produk-produk elektronik kata gegadis ni.. Kalau lah jalan pasar macam ni huhuhuh..


Malam pun boleh tahan gak huhuhu..


Ok, sila ambil perhatian... peta di atas ini merupakan beberapa kedai radio yang wajib pergi. Tapi pembetulan, kedai Roket adalah berada di bawah landasan tren antara zon 4 dan 13, bukan seperti di atas. T-Zone Ham Store dah tak jual radio dan ada satu lagi kedai saya lupa namanya dah bertukar jadi kedai hardware. Sebelah stesen JR Akihabara terdapat plaza elektronik dan banyak jual barangan radio amatur samada baru, kits mahupun 2nd hand.

Malangnya berita sedih, Japan Rail Co. telah pun membeli bangunan tersebut dan akan menutupnya buat selama-lamanya. 80 tahun beb dah beroperasi... Cerita dari forum menceritakan kegemilangan akihabara adalah bermula dari plaza ini... 

Ketika perang tamat, radio merupakan satu-satunya sumber maklumat dan hiburan. Kegilaan memiliki radio ketika itu memuncak dan permintaan part-part radio meningkat. Disini juga evolusi sistem audio bermula di jepun. peniaga kecil-kecilan spare part elektronik memulakan perniagaan berteduh di bawah landasan keretapi dengan membuka kedai kecil.

Jika anda datang ke sini, cara jualan disini akan buatkan anda teruja. Boleh membelek komponen.. ambil masa lama-lama lepak dan pada masa sama macam-macam idea untuk homebrew akan datang.... kalau kat malaysia? fuhh..


Pintu masuk mula-mula.. banyak produk bug scanner, jammer etc. agaknya banyak sangat aktiviti curik rakam utk pasaran biru mungkin hehehhe..


Projek kit bersepah-sepah.. soap IC yang dulu cari kat RS Component tak dapat pun ada.


Hambik.. Rotary switch utk audio rasanya..


2nd hand, Sony World Receiver.. ada SSB.


Coil? Variable Capacitor? bersepah dijual seperti manggis tergantung.


Osiloskop.. 2nd.


Transformer? Step down? Up?


40m (7Mhz) Kits... baguih ni..


Hari tu ada nampak bebudak kaki homebrew barangan dari chinna ada sebut model ni, KN-Q7A.


Ni yang dah siap... pun ada jual. Siap PTT Mic.


hangpa boleh google kits ni... ni special kes, tuan dia order.. tak buka sampul lagi dah nak jual.


Full set beb...


radio 2nd hand.. old school..


Kami naik tingkat atas pulak Plaza ni..


mmmmm... kedai khusus valve audio. 


Dalam cermin depan.. yang utk RF pun ada.


Bapak smoothhhh....


Tapak untuk tube.


banyak...


Jual dalam bentuk kit beb..


Variable capacitor.. kecik sangat..


Dah masuk kedai 2nd hand... antara koleksi.


Terjumpa PCI card untuk jadikan PC sebagai Sofware Define radio.. Old school bebb..


Audio amps...


Berkilat radio sony ni..


Shoot gambar dekat


lagi part2 2nd hand yang dijual..


alamak... final transistor! rasa ni utk microwave atau sekurang-kurangnya 1.2Ghz.


lagi...


radio Mizuho!!


Hat ni banyak zaman telekom dulu.


SR-7 RX... CW mahupun SSB!


Ok... masa untuk kami bergerak keluar dari plaza yang bersambungan dengan JR Akihabara stesen.. Destinasi seterusnya ialah seberang jalan sana..

Apa pulak yang ada di sana?



Bersambung............

Tokyo Ham Festival 2014 - Osaka - Akihabara Tokyo 2, Roketto


Related Posts with Thumbnails