Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya ada perubahan pada 1 Julai 2026 iaitu yuran pemprosesan telah disemak dari RM60 menjadi RM100. Jika anda renew melalui E-Spectra awal, mungkin free. jika terlepas maka RM100 kena lah. Cuma pada pandangan saya, renew AA ni macam tidak mesra pengguna. Juga AA sekarang dah digital, sendiri cetak, sendiri simpan hahahaha...
Tapi ketawa saya terhenti apabila membaca PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) (PINDAAN) 2026 di bahagian takrifan ini "TIDAK TERMASUK".
Nampaknya ham radio di Malaysia tidak lagi ditakrif sebagai hobi eksperimen. Mungkin Malaysia bukan lagi negara yang menggalakkan inovasi.. kita hanyalah pengguna semata-mata....
Dan banyak projek-projek homebrew saya bolehlah campak masuk dalam tong sampah huhuhuhu...
73!



