Anda adalah tetamu ke blog ini.

Selasa, 30 Jun 2009

2 Bulan lagi sebelum Shack berpindah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

2 bulan lagi shack saya akan berpindah. Selamat tinggal Kuala Lumpur huhuhu...

Sementara menunggu tarikh itu saya lampirkan beberapa aktiviti saya minggu ini. Mungkin gambar dapat menceritakan keseluruhan perjalanan mingguan saya. Tempohari ada seorang kawan menunjukkan Microphone era Tun Razak... tergamam saya! Owh alangkah hebatnya ketika itu zaman radio berkendali di mode AM.


Dan bila terpandang mic jenis apa... rupa-rupanya Studio Mic!!! kalau anda googling pasti anda tahu berapa bernilainya mic ini. Saya bertambah kaget, tgerbayang ianya berada di shack saya... pasti terliur ham radio mendengar audio saya. beberapa kali bertanyakan pada tuan empunya malangnya tidak berhasil. Ia sudah dipunyai orang hehehehe...


Juga minggu-minggu yang lepas saya dikejutkan dengan keratan akhbar betapa laluan trunking dah banyak orang menumpang... hebat ;)

Minggu lepas saya bergegas ke suatu rumah milik ham radio saya gelarkan transformer (bukan nama sebenar). Berkendali di mode digital SSTV, PSK, UiView, RTTY dan entah apa lagi. Dari jam 2pagi hingga hampir jam 7pg!! gilerrrrrr.. pastu layan video Dxing milik mat salleh atas tunggul batu di Terumbu laut China Selatan.

Rupa Shack milik Transformer... 60% digital baki 10% Voice dan 30% tidur heheheh..

Transformer di sisi award yang telah diperolehi...
(juga katil yang selalu guna time tunggu ISS)
Memandangkan saya akan berada hampir dengan 9M0 land untuk 5 tahun maka saya merancang menyiapkan antenna HF khas (semua freq HF) yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Ianya khusus pesawat pemancar kesayangan saya iaitu Yaesu FT817ND secara portable.... QRP set yang selalu saya bawa dalam DXpedition . Antara pilihan ialah Miracle Whip dan Wander Antenna. Memandang Wander Antenna dah ada, saya terfikir nak buat Miracle Whip ajer. Beza antara kedua-dua ialah Wander antenna ialah L-Tuner (sebenarnya ATU kecil) yang menambah Kapasitor boleh laras manakala Miracle Whip cuma transformer boleh laras.
Kelebihan Miracle ialah handling power sehingga 15 Watt tetapi Wander hanya 5 watt sahaja. Tetapi ini boleh diatasi dengan menggunakan kapasitor boleh laras yang gap nya 1mm ke atas.
Jika ada yang berminat dan juga punya QRP set seperti Yaesu FT817 boleh mencuba sebagaimana artikel saya di http://jurukaka.blogspot.com/2008/04/awas-untuk-qrp-sahaja.html
Antara komponen yang tersedia ada dalam simpanan saya.

Ekperimen Ferit Core dengan tembaga 16 swg. Kemudiannya saya dapati 18 swg adalah paling kritikal untuk mendapatkan sehungga 8uH. beberapa draf pengiraan yang dibuat tetapi 1 minggu kemudian baru saya dapati terdapat pembetulan pada nilai 'Q' yang dikehendaki.

Upacara melilit Ferit bermula... perlahan-lahan dilakukan. Melengkapkan 50 lilitan mengambil masa hampir 1 jam 15minit. Hahaha..


Proses mendapatkan idea menyusun komponen dan kosmetik.


Ferit core yang saya gunakan ialah berdiameter 40mm. Kebiasaannya di Internet mencadangkan 36mm. Walaubagaimanapun dari pengiraan saya dan nilai Q yang dikehendaki (supaya lebih selectiviti) saya memilih berdiameter besar. Harga RM3 seketul.. kira ok la.


Dan menebuk...

Susun...


Dan Rivet kasik kemas..


Disebabkan ini ialah untuk antenna vertikal maka saya masukkan jack banana untuk sambungan ke ground. Ingat, HF menggunakan pembumiaan nyata. Grounding adalah perlu untuk menala antenna dan memancar.

Beberapa toroid/Ferit Core yang telah saya eksperimen...


Mengasah bahagian yang akan dipateri. Disebabkan tembaga ini disaluti penebat maka perlu dikikis sedikit supaya timah akan melekat. (tapi kalau solder lama-lama pun melekat gak)

Solder setiap bucu gegelung...

Dan sambungkan pendawaian dengan suis 12 kutub.


Tuner sedang diuji pada yaesu FT817ND dari segi pemasangan adalah ergonomik dan kemas.

Butang tambahan di atas ialah untuk penalaan khas pada freq 7 Mhz. Memandangkan keutamaan pada 7Mhz dan 14Mhz maka saya memilih 14Mhz sebagai resonan asas.

Dah siap dah.... Hasil Ujian adalah memberansangkan. Peh!!... cuma antenna yang digunakan ialah teleskopik 2 m yang takder coil... Direct teleskopik atau basic telescopik. Result dia dengan Yaesu FT817ND 5 Watt:-
435Mhz - 1.4:1
144Mhz - 1.3:1
50 Mhz - 1:1
28Mhz - 1:1
24Mhz - 1:1
21Mhz - 1.6:1
18Mhz - 1:1
14Mhz - 1.5:1
10Mhz - 1.4:1
7Mhz - 3:1
3.5Mhz - 8:1
Dengan modifikasi, 7Mhz boleh sehingga 1.2:1. Jangan lupa pendek atau panjangkan antenna teleskopik anda. ini juga membantu dalam penalaan.
Dan saya juga pada minggu yang lepas sempat melawat seorang rakan saya yang jauh. Gambar di atas ialah Shack beliau. Terima kasih pada beliau kerana sudi membantu saya memprogramkan 16F84A. Programmer saya kaput hinggakan 3 IC 16F84A hancurrr... mahal sehhhh nak replace.


PIC programmer beliau yang gampang hahahaha... tapi membantu :P



Perhatikan gambar di atas. Di dalam mangkuk di atas ialah benih jagung yang telah tumbuh akarnya saya semai. Insyallah sempat kot makan jagung hasil dari baka Sime Plantation bagi nih hehehehe...
P/S: Kepada owner Shack di atas... itu ganggang saya akan pulang kan terdekat ni. Sabarr....
Gambar yang Hitam di atas ialah interface SSTV/RTTY/PSK etc.... dan yang putih tu Beacon ARDF yang ditempah orang... Dah hantar kecuali yang putih tu, IC baru program ;)
Hingga jumpa lagi.... bye!! ;)

Khamis, 18 Jun 2009

Jakarta Fox Hunting 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ORARI DAERAH DKI JAKARTA AKAN MELAKSANAKAN JAKARTA FOX HUNTING 2009 YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA HARI MINGGU, 12 JULI 2009 DI LAPANGAN IRTI (SILANG MONAS), JL. MEDAN MERDEKA, JAKARTA PUSAT.
Ini bukanlah hamfest tetapi satu pertandingan satu hari sahaja sukan radio amatur. Baik untuk belajar ;)
73!

Sabtu, 6 Jun 2009

Amateur Radio Reunion Day 9M1P 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gambar semasa ARRD 2008 yang saya tidak sempat pamerkan ada dalam simpanan saya. Jika berminat boleh la melayari gambar di bawah dengan ketik pada slideshow ini.



Selamat melayari.... sudah 1 tahun berlalu. Diharap acara sebegini kerap kali dapat diadakan kerana ia mampu menyatukan semua ham radio pelbagai latar persatuan dan mengimbas kembali kenangan berkecimpung dalam hobi ini.
73!!

Selasa, 2 Jun 2009

Jom buat APRS TNC terus pada Garmin GPS 276C Anda (on Screen)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya paparkan sedikit sebanyak hasil kerja saya pada 2 bulan lepas. Dengan menggunakan konsep TNC milik WB8WGA dan IC 16F88+Max232 saya akhirnya dapat membangunkan satu lagi TNC yang berupaya mengkod NMEA 1802 dan nyahkod. Kadar ketepatan 89% walaupun terdapat sedikit masalah.

Ini membantu saya ketika saya sedang bergerak di atas kenderaan. Dengan menggunakan Kenwood TM-V7 (kenari biru) yang mempunyai DIN Connector, APRS TNC dan Garmin 276C saya mampu memplot semua stesen yang memancar ke Gateway TNC di atas Skrin Garmin 276C saya.

Mudah kan ;)... tanpa memerlukan Internet, Komputer dan sebagainya. Kini saya dapat melihat semua kenderaan, base station radio amatur atau mana-mana stesen portable semasa saya memandu.

Berikut ialah beberapa gambar yang saya sempat ambil semasa proses pembikinan TNC APRS saya dan interface ke Garmin 276C. Ianya bermula apabila saya mendapat dua bingkai Polycarbonate Transference menggantikan kepingan kaca yang sekian lama saya gunakan untuk proses dedahan PCB.

Perhatikan.. Polycarbonate yang ringan dan effective.. mudah dicuci berbanding kaca yang rapuh. Tujuan kepingan ini digunakan untuk melekapkan keseluruhan transferen yang mengandungi laluan pengalir supaya imejnya jatuh tajam diatas board positif PCB (UV board).

Kepingan kaca yang telah saya guna selama 5 tahun.. rapuh dan bercalar balar



Plastik transference yang telah dicetak dengan laluan pengalir.

Papan UV yang akan saya gunakan. Sebelum ini saya menggunakan teknik menyembur bahan kimia UV.. tetapi ianya tidak efektif. Beli ajer yang dah siap. Malangnya harga UV ini sudah menjadi mahal.. sekitar RM25 sekeping. Ada juga kedai yang menjual sehingga RM37 bergantung pada double sided atau kualiti dedahannya. Saya perolehi dari Hondai Penang.

Sebelum membuat dedahan, sediakan dulu persiapan alkali (developer) mengikut sukatan yang betul. Saya kerap menggunakan larutan alkali dalam membangunkan negatif-negatif filem tetapi nisbah alkali ini terlalu dilute dari biasa.
Campur ngan sukatan yang betul... kasik cair sikit...

Dengan cepat tekap plastik transference dengan polycarbonate dan UV board dan klip dengan kemas.
Dan dedahkan dibawah cahaya lampu kalimantan (untuk dedahan cahaya ultraviolet) mengikut tempoh yang disebut pada manual UV board. Dibawah ini ialah bilik gelap saya hehehehe yang telah bertukar menjadi stor. zaman filem dah berakhir bang...
Masa mula dedahan..
Masa dedahan tamat...
Dengan cepat buka klip dan masukkan UV board dalam larutan alkali yang telah disediakan.
Lihat.. imej dedahan telah timbul

Dan selesai imej terbabit timbul, bilas dengan air paip. Imej laluan pengalir telahpun wujud pada PCB anda.
Masa untuk etching... Saya sukakan menggunakan cecair Hidroklorik dalam bentuk cecair. Tetapi stok takder. jadi yang serbuk pun jadilah. Cuma mau kaw punya.. saya gunakan air panas... berasap tapi awas.. jgn hidu nanti paru-paru anda berkarat heheheh..
Dan imej terbentuk.. PCB hampir sempurna terhasil.

Ni dia... dah jadi dah..
Masa untuk menebuk lubang PCB. Saiz Drill 0.8 dan 1.0.
Masa untuk membuka rujukan.. Saya menggunakan panduan di laman http://www.enide.net/webcms/index.php?page=wb8wga-tnc

Hampir siap dipateri komponennya..
Dah hampir siap. jangan lupa program dulu IC 16F88 dengan bootloader yang boleh download kat SparkFun.
Oleh kerana saya mahukan GPS saya juga mengeluarkan suara ketika navigasi (turn left, turn right) ketika mengoperasikan APRS. Hanya satu-satu kabel sahaja boleh disambungkan maka saya melakukan modifikasi pada kabel yang diberi percuma bersama-sama 276C dengan membuat sambungan ke Speaker, Kuasa 12V kereta dan 9pin TNC.
Lubang speaker ditebuk secukup rasa untuk speaker pada casing baru.
Speaker 8 ohm 2Watt digunakan sesuai dengan galangan (impedancenya). Terus Hot Glue.
Garmin 276C punya connector berbeza.. tapi kalau kerap cabut pasang.. rapuh la pulak.

Ni dia.... TNC APRS box+Speaker+12V suplly ke Kenwood TM-V7 saya.


Jadi... selamat mencuba jika anda juga mempunyai GPS sama seperti saya. tidak perlu plot pada komputer atau internet. Terus pada skrin anda... saya akan lampirkan akan datang bagaimana beberapa kereta yang mempunyai APRS saya monitor terus di atas GPS saya.
Hingga jumpa lagik... bye ;)
Related Posts with Thumbnails