Saya paparkan sedikit sebanyak hasil kerja saya pada 2 bulan lepas. Dengan menggunakan konsep TNC milik WB8WGA dan IC 16F88+Max232 saya akhirnya dapat membangunkan satu lagi TNC yang berupaya mengkod NMEA 1802 dan nyahkod. Kadar ketepatan 89% walaupun terdapat sedikit masalah.
Ini membantu saya ketika saya sedang bergerak di atas kenderaan. Dengan menggunakan Kenwood TM-V7 (kenari biru) yang mempunyai DIN Connector, APRS TNC dan Garmin 276C saya mampu memplot semua stesen yang memancar ke Gateway TNC di atas Skrin Garmin 276C saya.
Mudah kan ;)... tanpa memerlukan Internet, Komputer dan sebagainya. Kini saya dapat melihat semua kenderaan, base station radio amatur atau mana-mana stesen portable semasa saya memandu.
Berikut ialah beberapa gambar yang saya sempat ambil semasa proses pembikinan TNC APRS saya dan interface ke Garmin 276C. Ianya bermula apabila saya mendapat dua bingkai Polycarbonate Transference menggantikan kepingan kaca yang sekian lama saya gunakan untuk proses dedahan PCB.
Perhatikan.. Polycarbonate yang ringan dan effective.. mudah dicuci berbanding kaca yang rapuh. Tujuan kepingan ini digunakan untuk melekapkan keseluruhan transferen yang mengandungi laluan pengalir supaya imejnya jatuh tajam diatas board positif PCB (UV board).
Kepingan kaca yang telah saya guna selama 5 tahun.. rapuh dan bercalar balar
Plastik transference yang telah dicetak dengan laluan pengalir.
Papan UV yang akan saya gunakan. Sebelum ini saya menggunakan teknik menyembur bahan kimia UV.. tetapi ianya tidak efektif. Beli ajer yang dah siap. Malangnya harga UV ini sudah menjadi mahal.. sekitar RM25 sekeping. Ada juga kedai yang menjual sehingga RM37 bergantung pada double sided atau kualiti dedahannya. Saya perolehi dari Hondai Penang.
Sebelum membuat dedahan, sediakan dulu persiapan alkali (developer) mengikut sukatan yang betul. Saya kerap menggunakan larutan alkali dalam membangunkan negatif-negatif filem tetapi nisbah alkali ini terlalu dilute dari biasa.
Campur ngan sukatan yang betul... kasik cair sikit...
Dengan cepat tekap plastik transference dengan polycarbonate dan UV board dan klip dengan kemas.
Dan dedahkan dibawah cahaya lampu kalimantan (untuk dedahan cahaya ultraviolet) mengikut tempoh yang disebut pada manual UV board. Dibawah ini ialah bilik gelap saya hehehehe yang telah bertukar menjadi stor. zaman filem dah berakhir bang...
Masa mula dedahan..
Masa dedahan tamat...
Dengan cepat buka klip dan masukkan UV board dalam larutan alkali yang telah disediakan.
Lihat.. imej dedahan telah timbul
Dan selesai imej terbabit timbul, bilas dengan air paip. Imej laluan pengalir telahpun wujud pada PCB anda.
Masa untuk etching... Saya sukakan menggunakan cecair Hidroklorik dalam bentuk cecair. Tetapi stok takder. jadi yang serbuk pun jadilah. Cuma mau kaw punya.. saya gunakan air panas... berasap tapi awas.. jgn hidu nanti paru-paru anda berkarat heheheh..
Dan imej terbentuk.. PCB hampir sempurna terhasil.
Ni dia... dah jadi dah..
Masa untuk menebuk lubang PCB. Saiz Drill 0.8 dan 1.0.
Masa untuk membuka rujukan.. Saya menggunakan panduan di laman http://www.enide.net/webcms/index.php?page=wb8wga-tnc
Hampir siap dipateri komponennya..
Dah hampir siap. jangan lupa program dulu IC 16F88 dengan bootloader yang boleh download kat SparkFun.
Oleh kerana saya mahukan GPS saya juga mengeluarkan suara ketika navigasi (turn left, turn right) ketika mengoperasikan APRS. Hanya satu-satu kabel sahaja boleh disambungkan maka saya melakukan modifikasi pada kabel yang diberi percuma bersama-sama 276C dengan membuat sambungan ke Speaker, Kuasa 12V kereta dan 9pin TNC.
Lubang speaker ditebuk secukup rasa untuk speaker pada casing baru.
Speaker 8 ohm 2Watt digunakan sesuai dengan galangan (impedancenya). Terus Hot Glue.
Garmin 276C punya connector berbeza.. tapi kalau kerap cabut pasang.. rapuh la pulak.
Ni dia.... TNC APRS box+Speaker+12V suplly ke Kenwood TM-V7 saya.
Jadi... selamat mencuba jika anda juga mempunyai GPS sama seperti saya. tidak perlu plot pada komputer atau internet. Terus pada skrin anda... saya akan lampirkan akan datang bagaimana beberapa kereta yang mempunyai APRS saya monitor terus di atas GPS saya.
Jadi... selamat mencuba jika anda juga mempunyai GPS sama seperti saya. tidak perlu plot pada komputer atau internet. Terus pada skrin anda... saya akan lampirkan akan datang bagaimana beberapa kereta yang mempunyai APRS saya monitor terus di atas GPS saya.
Hingga jumpa lagik... bye ;)