Saya sempat melawat kembali 9M2PIC Sabtu lepas dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang. Satu kelab stesen yang banyak meyimpan suka duka saya sebagai warga radio amatur. Mungkin tuan-tuan juga ada memori manis di sini.
Kelab inilah di mana saya bermula sebagai warga radio amatur. Ia bermula apabila saya menghadiri Kelas Bahasa Jepun dari salah seorang Pensyarah berbangsa Jepun dari JIC di Jabatan Perdagangan. Beliau menggalakkan kami bertutur bahasa Jepun di radio. Ah.. radio apa ya detik hati saya ketika itu.
Soalan yang sama saya alihkan pada sahabat saya yang juga rakan sekelas dari Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (yang kini berlayar setiap hari di Selat Bagan). kami mula mendekati kelab ini melalui seorang senior dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Saudara Rushdi Carlos.
Apapun ianya adalah sebahagian dari sejarah saya.
Antena Yagi di luar kelab
Pemandangan Jelas
Antenna VHF sediada atas bangunan
Jadual aktiviti. Khabarnya ianya menjadi satu syarat wajib Pelajar yang mengambil major Elektonik Perhubungan. Kini Tiada lagi Perhubungan, Kuasa, Jangkawas Kawalan dan Teknologi Komputer. Semuanya digabung menjadi Elektrik Elektronik.
Logo Kelab
Pemandangan Dalam.. perhatikan.. Projek Radio Packet kami masih ada lagi
dan radio yang digunakan
Pemandangan depan Kelab dari atas.. Perhatikan Jabatan Perdagangan dahulunya dihujung sana. Kini telah beralih ke bangunan Maktab Perguruan (telah diambil alih)
Pemandangan bawah
Oh.. kertas memo Latihan Industri kami masih terlekat di cermin bilik Ketua Jabatan.
Tandas pengajar yang mempunyai kekunci khas untuk masuk. Lupa nombor gayanya ciritlah kat depan pintu tu hehehe..