Saya mewakili komuniti wilayah V17 dengan bangga menjemput semua
warga radio amatur dan peminat radio komunikasi di Malaysia
menyertai pertandingan Amateur Radio Directional Fox Hunting (ARDF).
Acara ini julung kali diadakakan terbuka buat semua komuniti radio
amatur samada Marts, Astra, Mares, Parts, Pradas, SCS, Jasra, AKRB,
Paras, Komuniti Radio Amatur dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor,
Melaka mahupun komuniti-komuniti kecil seperti V33, Vee99 dan
komuniti bukan radio amatur tetapi berminat dengan teknik
membangunkan perkakasan radio mencari isyarat disamping beriadah
dalam hobi ini.
Tujuan acara ini di adakan adalah bertujuan untuk mewujudkan
semangat berkerjasama, bersukan dan bersaing yang sihat dikalangan peminat
radio amatur atau peminat hobi elektronik melalui cara pembangunan
(homebrew) peralatan, kecergasan dan kecekapan minda. Dan yang
penting para peserta dapat menguji keberkesanan hasil homebrew
masing-masing.
Radio amatur bukan sahaja sebagai satu wadah komunikasi buta semata-
mata tetapi satu ruang mengaplikasikan apa yang kita cenderung
kepada satu kemuncak pengujian tahap kejayaan kita bereksperimen.
Antara pertandingan yang akan dipertandingkan ialah (rujuk laman
web rasmi wilayah V17 utk sebarang perubahan):
1)Antena ARDF terbaik
(Setiap antena yang dibangunkan oleh peserta akan disaring mengikut
kriteria teknikal seperti SWR, galangan, kekemasan etc)
2)Pertandingan Fox Hunt Individu
(Hadiah utama ialah sebuah Transceiver popular)
3)Pertandingan Fox Hunt Berkumpulan
(Hadiah misteri tetapi sangat dicari ;) )
3)Pertandingan Slalom Fox Hunt
(Pertama kali dibawa ke Malaysia mungkin dimana terdapat beberapa
antena yang memancar dimana peserta yang duduk harus mencuba
mendapatkan susunan antena yang memancar di hadapannya. Mudah!)
Dan
Acara Flea Market di tapak acara.
Demi memastikan peluang tuan-tuan menang dalam pertandingan ini,
jaguh-jaguh V17 seperti Raymond dan Fadhil serta sekutu V17 tidak
dibenarkan bertanding tetapi bertindak sebagai panitia sahaja.
Bagi yang ingin memiliki transceiver radio amatur - Model popular
(antara hadiah utama) boleh lah mencuba nasib. Hadiah-hadiah
lumayan menanti anda ;)
Acara ini akan diadakan pada 5 April 2009 ini. Lokasi - Kuala lumpur,
lebih detail akan dimaklumkan melalui laman web rasmi V17.
Nah.. tunggu apa lagi, bangunkan antena fox hunt anda.. charge
kembali handie talkie anda yang dah berhabuk dan bersedialah
memenangi hadiah menarik pada 1 Mac ini!! Inilah masanya anda
menunjukkan kejantanan tuan-tuan. Jumpa di sana!!
Laman rasmi wilayah V17 http://www.wilayahv17.com
atau http://v17ardf2009.blogspot.com untuk mendaftar
atau http://wilayahv17.blogspot.com
dan http://www.pkkkl.com
ARDF beacon asal yang akan dicari nanti
Beacon yang akan digunakan oleh urusetia pertandingan ARDF 5 April nanti
PCB dan kad pemprogram PIC
PCB dan kad pemprogram PIC
Sambil tu saya juga sempat membeli pemegang bagi ICOM IC 718 di Maplin Jalan Pasar. Bagaimana memasang?
Perhatikan lubang skru ini:-
Ini rupa pemegang yang berharga RM6