Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rabu lepas saya sempat bertemu dengan Mr. Saty 9M6NA di shack beliau di Kg. Tg Aru, Labuan. Sebelumnya saya ternampak dalam Facebook DX Zone memaklumkan bahawa 9M6NA akan aktif selama 1 bulan di labuan dan menyertai Contest CW minggu ini. Terjahan ke rumah beliau awalnya tidak berjaya kerana beliau masih di Jepun.
Setelah saya whatapps beliau barulah dimaklumkan belian sedikit terlewat untuk ke Labuan kerana terlepas flight dan terpaksa reschedule jadual. Kami pun bertemu di restoran Tanjong Hub Restoran untuk makan malam, kata beliau ianya milik Hj. Ali (lupa callsign).... Selepas selesai makan malam, masa untuk lawatan ke shack beliau.
Setup beliau sebenarnya sangat simple
Inilah makluman awal yang saya perolehi dan saya dapat tahu beliau akan aktif keudara pada bulan ini.

Mr. Saty sedang melakukan demo setup shack beliau
Patutlah kualiti RX di shack beliau sangat baik dan kurang noise. Penggunaan 3 band pass filter dengan kombinasi triplexer.
Juga kaedah grounding yang teratur menyelamatkan risiko statik kilat ke pesawat radio.
Inilah shack beliau, serius Dxer dan Contest
Pada awalnya saya ingatkan padle CW, rupanya untuk switch tetingkap pada pc supaya lebih cepat merekodkan callsign dalam logbook digital.
Saya sempat bertanya rumour mengenai beliau yang akan dimantle antena dan mungkin berpindah shack ke Kota Kinabalu, kata beliau buat masa ini masih kekal. Cadangan tu ada terlintas dalam fikiran beliau apabila 9M6MO Allahyarham Haji Mohamad yang telah silent key. BUat masa ini masih lagi kekal untuk beberapa tahun lagi di Labuan...
Jam dah pukul 8 malam (disini seperti jam 9 malam). melihat beliau menguap saya pun mohon minta diri dulu untuk pulang.
73!







