Anda adalah tetamu ke blog ini.

Rabu, 23 Jun 2021

Kenangan Roti Canai dan Teh Tarik 9W2TR

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tadi mendapat perkhabaran Bang Rashid Tanggo Rameo atau Teh Tarik 9W2TR telah kembali ke padaNya.

Innalillahiwaiinailaihirojiun..



Gambar dari Ikmal 9M2EDU sempena selesai membantu Allahyarham membangunkan kembali setup base dan antena beliau Mac tahun ini.

Banyak kisah yang boleh saya nukilkan sepanjang mengenali bang rashid. Beliau boleh dikatakan amat disenangi, mudah didekati dan mudah membantu semua ham radio. Jadi tidak dapat disangkal beliau amat disenangi oleh semua ham radio di Malaysia samada dari kem MARTS, MARES mahupun ASTRA.

Kisah beliau dan teh tarik atau roti tidak dapat disangkal. Ketika (Amateur Reunion Day) ARRD pada tahun 2008 beliau menyediakan katering dengan cemerlang. Juga ketika Shah Alam Batu Ladung Mega Eyeball sekitar 2014 kalau tidak silap Allahyarham Pak Mahadi 9W2MDY juga hadir, menu beliau sepanjang malam dan pagi nya amat kami ingati.

Pada 2016 ketika projek repeater, beliau ada menyuarakan hasrat untuk berhijrah sebentar ke singapura untuk mencuba nasib rezeki di sana. Ketika itu kesihatan beliau mula merosot telah menyebabkan beliau membatalkan hasratnya. 

Masa berjalan amat pantas, saya pun baru tahu sebelum ini beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama isteri beliau. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala-galanya, Allahyarham meninggal dunia sebentar tadi atas asbab lain.

Terdekat ini, kita telah kehilangan ramai ham radio... Bang Azmi 9M2BA, Pak Zul 9W2TQ, Pak Hamid 9W2TU, Bang Rashid 9W2TR, manakala bang Hanafi 9W2TZ masih lagi belum pulih lagi...

Kami generasi 2 Alphabet 9W2 kini sudah tidak lagi ramai yang ada dan bakal menjadi sebahagian dari sejarah dalam dunia ham radio yang makin sepi sebagai satu hobi.... yang tinggal hanyalah persahabatan yang kekal abadi.

9W2RW


Related Posts with Thumbnails