Saya mengambil kesempatan menulis sedikit berkaitan isu ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang patah hati dengan hobi ini. Rentetan dari isu surat maklumbalas SKMM hasil dari keputusan Working Group (WG) baru-baru ini telah menimbulkan reaksi yang berbelah bahagi dikalangan sahabat kita.
Kelmarin saya juga menerima mesej yang drastik ada kawan lama yang secara melulu bertanyakan pendapat saya tentang isu ini. Ahhh... saya menjangka mungkin kerana saya kontra ketika menjawab di satu group whataps mungkin.
Sahabat-sahabat semua harap bersabar, ianya belum lagi dikeluarkan secara rasmi sebagai garis panduan dan memerlukan penilitian oleh pihak berwajib. Saya juga pernah hadir sekali dalam mesyuarat tersebut bagi pihak MARES dan tidak meneruskan lagi ke sesi seterusnya kerana hal yang terpaksa saya lenyapkan. Dan bukan semua cadangan yang Mares utarakan berjaya menjadi sebahagian dari kertas kerja WG itu ke SKMM.
Ada cadangan-cadangan itu dari kelab, persatuan ataupun komuniti yang terlibat dalam WG.
Saya tidak mahu ulas panjang tentang WG tetapi ingin mengimbas kembali matlamat kita menyertai dunia radio amatur. Setiap kali sahabat-sahabat baru datang bertemu dengan saya untuk sokongan lesen, saya kerap mengingatkan mereka tentang betapa perlunya mereka tidak terlalu fokus dalam hobi radio amatur. Enjoy hobi ni berpada-pada.
Dah nama pun hobi.. perkara yang dibuat di masa lapang. Saya teringat 2 sahabat ini yang sering melirik mata saya bila melihat aktiviti mereka di FB.. saudara 9W2VVH dan 9M2RDX.
9W2VVH masih aktif dan belum patah semangat. Bagaimana modus operandinya? dia aktif diperingkat komunitinya... alih-alih dah ada aktiviti yang dibuat dengan sukses.
9M2RDX pula juga aktif dan tanpa terkesan dengan sebarang kata-kata dibelakang, beliau gigih menjalankan field day disamping tidak meninggalkan keluarganya... dan walaupun ada ketikanya aktiviti outdoor beliau hanya seorang jalankan. Syabas buat kawan kita ni.
Ini hanyalah pandangan saya.... apapun pada sahabat-sahabat semua jangan patah semangat. Hobi radio amatur ni masih luas.... walaupun masalah dlm hobi ni kelihatan buntu (saya pun rasa buntu), lari lah sikit untuk melihat dunia luar.... Cubalah ke Festival Radio Amatur di luar sana untuk melihat benda lain dari kekusutan ini.
Next Tokyo Hamfest 2016 ialah 20 dan 21hb Ogos 2016.. jom!!